CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Tempatan] lima rumah di kampung ulu rantau seremban terbakar

[Copy link]
Post time 19-3-2019 11:23 AM | Show all posts |Read mode


Lima rumah di Kampung Ulu Rantau terbakar
SEREMBAN - Sebanyak lima buah rumah musnah dan puluhan penduduk terjejas dalam kebakaran kira-kira pukul 9 malam di Kampung Ulu Rantau dekat sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, seorang penduduk, Lee Yun Choy, 54, melecur pada tangan dalam kebakaran itu.

"Kami terima laporan kebakaran pada pukul 9 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 22 minit kemudian. Api sedang marak membakar ketika itu.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.52 malam, tetapi lima rumah penduduk musnah 100 peratus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya mengerahkan seramai 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, BBP Port Dickson, BBP Rembau dan BBP Senawang untuk memadamkan kebakaran itu.

Menurut beliau, penduduk yang melecur itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut turun ke lokasi bagi meninjau keadaan malam tadi dan memaklumkan bantuan akan diberikan kepada mangsa yang terjejas.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.498747 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list