CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2143|Reply: 7

Kanak-Kanak Selamat Tembakan Di Masjid Christchurch Kerana Dilindungi Ayah

[Copy link]
Post time 19-3-2019 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingnya. Kata-kata ini terbukti dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Christchurch apabila seorang ayah, Zulfirman Syah dikatakan mendakap anak lelakinya berumur dua tahun sehingga kanak-kanak itu selamat dengan hanya kecederaan kecil.





Kredit foto: Facebook







Menurut Alta Marie, isteri kepada Zulfirman dalam satu status Facebooknya, beliau sedang memasak di dapur pada hari kejadian dan menerima panggilan telefon daripada suaminya bahawa terdapat kejadian menembak di masjid Linwood Islamic Center di mana Zulfirman dan anaknya sedang menghadiri solat Jumaat.





Kredit foto: Facebook









Alta menyatakan anak mereka, Averroes berada dalam keadaan selamat dengan luka kecil kerana suaminya mendakap dan melindunginya daripada tembakan. Bagaimanapun Zulfirman tidak bernasib baik kerana beberapa tembakan mengenai badannya dan paru-parunya dikatakan cedera.





Kredit foto: GoFundMe







Mengulas keadaan mereka, Alta memberitahu Zulfirman dan anaknya kini masih berada di hospital untuk rawatan rapi. "Saya tidak tahu bila Zul dan Averroes akan dibenarkan keluar atau dipindahkan dari unit rawatan rapi tetapi kini mereka dalam keadaan stabil," tambahnya.





Kredit foto: Facebook







Susulan itu, Jodi Puhalla, seorang rakan kepada keluarga itu telah memulakan sebuah laman GoFundMe untuk sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini. Menurut Jodi, keluarga tersebut memerlukan sumbangan kerana Zulfirman tidak dapat bekerja buat masa ini atas kecederaannya dan Alta juga terpaksa bercuti untuk menjaga kedua-dua ahli keluarganya.




Sekiranya anda ingin menderma, boleh le laman GoFundMe ini: Help Young Family Victimized by Terrorist Attack - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 02:26 PM | Show all posts
ada tertengok video yang lepas kejadian tembak menembak tu, rasanya dia ni lah yang terbaring sebelah tangan pegang phone, sebelah tangan lagi pegang anak dia, semoga cepat sembuh kedua2 nya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
"White power" tu pada i cam bill gates mark zuckerberg. Duduk di atas. Powerful kaya raya ramai org sanjung hormat jadi idola.

Ni nama je white power tapi cas je lebih hujung mereput ko dalam penjara. Kalau mereput dalam penjara jadah powernya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2019 03:50 PM | Show all posts
Ummah kulit putih pun dah rasa terdesak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:05 PM | Show all posts
ni lebih kurang yang isterinya hadang peluru dari kena suami dia yang guna kerusi roda tu. meninggal isteri dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh apaknya.. anak pun mesti terkejut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2019 09:06 AM | Show all posts
kesiannya..kasih seorang ayah ..bdk ni mesti fobia kannn...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian budak ni....memori pahit hidup dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065833 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list