CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2394|Reply: 3

Ini 10 Bandar Terbaik dan Terburuk Di Dunia Mengikut Kajian Kualiti Hidup 2019

  [Copy link]
Post time 19-3-2019 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Sekiranya anda terfikir untuk berhijrah ke luar negara, mungkin anda boleh menggunakan kajian terbaru Mercer mengenai kualiti hidup di lebih 231 bandar seluruh dunia sebagai panduan.



Kredit foto: Carian Google



Dalam kajian tahun 2019, Vienna menduduki tangga teratas sebagai bandaraya yang menyediakan kualiti hidup terbaik. Terkenal kerana kebudayaan, kedai kopi dan senibina lama, bandaraya yang terletak di negara Austria ini berjaya mengekalkan kedudukannya untuk 10 tahun berturut-turut.









Kredit foto: Mercer.com


Penilaian tahap kualiti hidup dilakukan berdasarkan beberapa faktor seperti kadar jenayah, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, rekreasi, perumahan dan kebebasan individu. Negara-negara Eropah mengungguli hampir kesemua kedudukan di Top 10, manakala negara-negara Afrika dan Timur Tengah pula mendominasi 10 kedudukan terbawah.





Kredit foto: Mercer.com



Di negara Malaysia dua bandaraya berjaya memasuki senarai. Kuala Lumpur (KL) dan Johor Bahru menduduki tempat ke 85 dan 101 keseluruhan sekaligus mengekalkan kedudukan ke 10 dan ke 12 di kalangan bandaraya di benua Asia. Ini bermakna di kalangan negara ASEAN, KL berada di tempat kedua selepas Singapura.





Kredit foto: Carian Google



Selain Singapura (25), bandaraya Asia yang turut memasuki ranking termasuklah 5 bandaraya Jepun seperti Tokyo (49), Kobe (49), Yokohama (55), Osaka (58), dan Nagoya (62) disusuli Hong Kong (71) dan Seoul (77).  Turut tersenarai beberapa bandaraya negara jiran seperti Bandar Seri Begawan (106), Bangkok (133), Manila (137), Jakarta (142) dan Hanoi (155).


Selain kualiti hidup, kajian ini juga berfaedah buat para traveller yang masih mencari-cari negara untuk dilawati bagi tahun 2019. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 09:08 AM | Show all posts
biarla Malaysia takde dalam list, iols tetap nak stay kat Malaysia, tanah airku yg tercinta.

mana nak cari roti canai, nasik lemak, teh tarik, rendang weii kalo bukan kat sini.

iols pegi holiday je dah cukup dah tak perlu nak migrate
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:46 AM | Show all posts
wadiunong replied at 20-3-2019 09:08 AM
biarla Malaysia takde dalam list, iols tetap nak stay kat Malaysia, tanah airku yg tercinta.

ma ...

kan....i have been to switzerland, germany ...tak tahan rasanya nak duduk sana dgn kesejukan melampau, nk tgk matahari pun payah 7-8bulan setahun. makan luar jgn harap, maybe once a month as everything is pricey. depress guaaa....tp yg best xde acik bawang kat sana, so no pressure nak keep up with the jonesss
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 08:24 AM | Show all posts
juruterra replied at 20-3-2019 10:46 AM
kan....i have been to switzerland, germany ...tak tahan rasanya nak duduk sana dgn kesejukan melam ...



yup. pegila pelosok dunia mana pon, tanahair tetap di hati gitcheww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066128 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list