CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6437|Reply: 31

Bikers Kental 2: Kutip 3 Juta Dalam 4 Hari Tayangan

  [Copy link]
Post time 19-3-2019 12:27 PM | Show all posts |Read mode

                                                                                                  Kredit Foto : Wasnita.com



Pada cuti hujung minggu lepas mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk menonton filem Bikers Kental 2. Khabarnya filem berkenaan menerima respon yang positif dan mendapat sambutan luar biasa.


Filem Bikers Kental (2013) berjaya mencatatkan kutipan penuh RM2.72 juta, namun sekuelnya yang baru ditayangkan minggu lepas lebih hebat kerana berjaya mengutip RM3 juta hanya dalam tempoh 4 hari tayangan. Bagi filem bergenre road trip dan aksi komedi, kutipan yang begini adalah sangat memberangsangkan bagi industri perfileman Malaysia.





Filem Bikers Kental 2 arahan Helmi Yusof ini sudah mula ditayangkan pada 14 Mac lepas. Ia merupakan sebuah filem kesinambungan filem Bikers Kental yang menceritakan pengembaraan semula geng motosikal ke Thailand selepas 6 tahun demi cinta dan persahabatan. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Amerul Affendi.


Walaupun filem ini kurang mendapat liputan media massa, namun rangka promosinya tetap hebat terutama dari team pelakon yang turun padang mempromosikan filem tersebut di pusat membeli belah serta hebahan yang dibuat melalui laman Instagram milik mereka. Antara pelakon yang sepenuh hati mempromosi filem ini di laman Instagramnya ialah Afdlin Sauki dan Zizan Razak.


  






                        Kredit Foto: IG afdlinshaukiofficial



Penulis bersetuju dengan senarai yang dibuat oleh portal Gempak berkenaan tiga sebab mengapa rakyat Malaysia harus menonton filem Bikers Kental 2 di pawagam berdekatan. Berikut adalah senarainya:


1. Jalan Cerita Yang Baik


Rentetan kisah cinta Bidin dengan gadis Thailand bernama Cherry Porntit  melalui hubungan jarak jauh, kali ini Bidin bertekad untuk memperisterikan Cherry yang masih lagi menetap di Hatyai. Konflik cerita ini bermula semasa perjalanan Bidin ke Hatyai, dia telah diburu oleh musuhnya di Thailand.


2. Semangat Brotherhood.


Pastinya filem ini mampu menyemaikan semangat brotherhood kepada audiens yang menonton filem ini. Ia mengangkat tema persahabatan yang telah diterjemahkan dengan baik oleh Zizan, Awie dan Afdlin Shauki.


3. Keindahan negara jiran.


Selain Kuala Lumpur, filem Bikers Kental 2 menjalani penggambaran di Thailand. Pemandangan negara jiran yang divisualkan sepanjang filem ini menarik dan ia menjadi bertambah menarik hasil teknik cinematography yang baik.


Bagi kaki wayang yang belum menonton filem ini dan untuk mereka yang muram dengan pelbagai masalah, ayuh ke pawagam berdekatan kerana filem ini mampu menghiburkan anda. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 01:18 PM | Show all posts
dah tengok...BORING!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:22 PM | Show all posts
mmg la rmi tgk smpi juta2...
tp ada ke dlm juta2 tu
tgk utk kali 2...ke 3...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 03:03 PM | Show all posts
da tgk yg first beli cd 5 inggit kedai amoi gebus

not bad la klakar la jgk

yg 2nd pun tgh tunggu cd 5 inggit berade di pasaran

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cherry Porntit? Alahai nama
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 03:12 PM | Show all posts
ren0_0 replied at 19-3-2019 01:18 PM
dah tengok...BORING!!!!

boring sebab?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm xbest jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:05 PM | Show all posts
ye ye je... tak pernah dengar pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye boring.. punchline asik x smpai . Lawak bmodalkan nama nama thai yg dibuat mcm lucah. Liwat la porn la.
Jln crita biasa sgt. X ssuai bwk ank, ada prmpuan seksi goda goda. No 1 lg best ckit. Ckit la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:19 PM | Show all posts
tahiyetahidak dah kutip 3juta tu... puiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:25 PM | Show all posts
iols gi tengok jumaat lepas dan muvi ni alahai boringnye indah kabar
better lagi BK1. rasa segan kat member coz dia yg banje..

babak naik motor & babak gaduh tu lama beno
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 07:29 AM | Show all posts
Tak berminat nak tgk. BK1 pun tgk kat tv jah. Surprise depa buat sequel sbb hat dulu pun so so je. Filem syafiq jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:01 AM | Show all posts
betul2 x best la ek
br plan nk tgk weken ni
anak nak sgt tgk
mcm mn nak bg alasan ek
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:01 AM | Show all posts

caca marba sangat. semua nak letak dalam satu movie. ended up aku rasa mengarut je

contoh cam part awek bidin & bidin kena kidnap ngan tuktuk, dan dan tu awie ngan aidid ngam2 follow sampai banglow. tetiba lak ananda leh tau location banglow tapi tak tunjuk pun dia follow gak tuktuk? part lawan gangster lagi la tak logik. pastu part aidid kena drug dengan pompuan kat kedai makan tuptap terus scene kat bilik hotel atas katil. tergantung

yang first lagi enjoy at least storyline and biker kental kuat. ni sikit sikit denyut. cam bodoh je
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:42 AM | Show all posts
ren0_0 replied at 20-3-2019 08:01 AM
caca marba sangat. semua nak letak dalam satu movie. ended up aku rasa mengarut je

contoh cam p ...

ok..akak tunggu keluar astro 1st jela..  
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:44 AM | Show all posts
myakayina replied at 20-3-2019 08:42 AM
ok..akak tunggu keluar astro 1st jela..

tunggu time raya je kak..tak berbaloi pun nak beli astro first. setaraf cerekarama jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 08:59 AM | Show all posts
macam ngarut je berjuta juta ni, tak logik langsung, teruk ye taste pilihan filem melayu sekarang haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 09:04 AM | Show all posts
best la jugak tengok citer ni , ringan je,

tapi jalan cerita mcm x berapa nk refine.. kalut.. buat kt phuket tapi sikit je view nya, asik amik pic dalm bilik je
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 11:38 AM | Show all posts
Edited by giyomi at 20-3-2019 11:42 AM

bila sesuatu pilem, just one or two hokay, dpt kutipan lbh skit terus dicop industri perfileman dah ada kemajuan blablabla, tp tak kira lak yg mundur tahap gaban. mgkn yg tgk pon kebanyakkannya adalah rempitan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow,hebat!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 1.060538 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list