CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1395|Reply: 10

[Politik] Edisi jaga tepi kain : UMNO-Pas perlu selesaikan pembahagian kerusi - Naib Penge

[Copy link]
Post time 19-3-2019 01:05 PM | Show all posts |Read mode

NAIB Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing (depan, tiga dari kiri) dalam siang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN ONLINE




IPOH 18 Mac - Kerjasama UMNO-Pas harus menyelesaikan masalah pokok iaitu pembahagian kerusi melibatkan 38 kerusi bertindih di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing berkata, perkara itu perlu diselesaikan jika kerjasama UMNO dan Pas benar-benar ikhlas.

Menurutnya, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pas bertanding 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan UMNO bertanding 38 kerusi, yang mana jumlah kerusi yang bakal bertindih menyaksikan pertembungan sebanyak 38 kerusi.

“Jadi siapa parti yang hendak bertanding? Di Selinsing misalnya Barisan Nasional (BN) dan Pas hanya berbeza 97 majoriti.

“Bagaimana sekarang. Pas hendak bantu UMNO ke atau UMNO hendak bantu Pas?,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kar Hing turut mempersoalkan tindakan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad yang didakwa hanya membangkitkan penipuan dan spekulasi apabila mendakwa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan negeri tidak stabil, kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut merestui pertukaran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang negeri itu adalah bersifat bermusim dan sering membangkitkan isu setiap kali menjelangnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan persidangan seterusnya bakal diadakan pada 16 April ini.

Beliau meminta Saarani supaya menghentikan segala spekulasi dan usaha untuk memburuk-burukkan nama Perak yang mematahkan keyakinan pelabur serta segala pembangunan yang sepatutnya dijalankan di negeri ini.

“Pentadbiran Pakatan Harapan adalah stabil dan kukuh di negeri ini dan kami bersama rakan lain, menyokong kepemimpinan Menteri Besar,” katanya. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-pas-perlu-selesaikan-pembahagian-kerusi-1.864102#ixzz5iahSmDo4
© Utusan Melayu (M) Bhd


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 01:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk je dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
yg korg sibuk tu knp haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:50 PM | Show all posts

Yang ni abang Komeng.......


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 02:00 PM | Show all posts
highcastle replied at 19-3-2019 01:50 PM
Yang ni abang Komeng.......

"nora panggil abang kanda...yipi"..wakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 02:17 PM | Show all posts
ala,  org nak bantu chedet tarik PAS join PH  ...  PAS kang ni jadi raja dah,  UMNO dan PPBM dedua kene gi lutut ngan PAS

kepada semua Parti Melayu,  jaga la sikit maruah,  dan jgn cuba menetas 'telur ular'

PAS susah nak diperkuda,   bila anak ular dah besar,   masuk Putrajaya,   hancur la tamadun dan budaya Melayu  

barangkali negara kita akan masuk dlm senarai Amerika utk di serang ... teknik baru omputih jajah semula ialah sponsor parti Islam dlm setiap negara kalu ada,  sponsor sampai parti Islam tu satu hari jadi kerajaan pusat,  so omputih akan cop negara tu jadi sarang penganas dan cari alasan  hantar tentera pengaman
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Melayu kembali bersatu menolak PH...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 02:21 PM | Show all posts
eleh... kejap je tu.
kan dah mmg tiap2 penggal umngok ngorat pas.  

pas tak serik2 tolong anjing tersepit.
lantak korang la,
kita layankan je
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama Nye UMNO dgn bercinta dengan anak dara
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:24 PM | Show all posts

PH dah panas bontot la tu. sibuk pasal kerusi orang  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.208614 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list