CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4335|Reply: 51

[Tempatan] Bazar Ramadan KL @ Jalan Raja

[Copy link]
Post time 19-3-2019 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 5-5-2019 04:35 PM

Bazar Ramadan Lorong TAR ditempatkan di Jalan Raja tahun iniBernama | Mac 19, 2019 06:11 MYT

Pasar Ramadan di Jalan TAR akan dipindahkan ke Jalan Raja tahun ini. - BERNAMA/Fail

KUALA LUMPUR: Operasi bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR)/Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 200 meter dan 12 meter lebar.

"Sepanjang operasi bazar Ramadan ini, kenderaan awam masih boleh melalui Jalan Raja. Tiada penutupan sepenuhnya Jalan Raja dalam tempoh bazar Ramadan itu beroperasi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Susun atur petak-petak niaga telah diselaraskan dengan teratur bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di samping mengelak gangguan lalu lintas, katanya.



Nor Hisham juga memaklumkan bahawa tiada pemindahan pasar malam Lorong TAR akan dilakukan buat masa ini.

Menurutnya, cadangan pemindahan pasar malam itu dalam peringkat kajian dan persatuan penjaja akan dilibatkan dalam perbincangan mengenainya.

Nor Hisham berkata kios-kios yang dicadang dibina di sepanjang Jalan TAR adalah sebahagian daripada projek 'Sungai Nadi Kehidupan' (ROL), namun ia masih di peringkat kajian.

Cadangan pembinaan itu adalah untuk menyusun semula peniaga sedia ada di sekitar Lorong TAR dan Jalan Masjid India, katanya.

Nor Hisham turut memaklumkan bahawa penutupan Jalan TAR secara percubaan akan bermula pada 6 dan 7 April dan diteruskan pada setiap hujung minggu bulan April termasuk cuti umum.

Penutupan itu katanya, bersesuaian dengan inisiatif ROL iaitu kawasan berkenaan akan dijadikan mesra pejalan kaki di samping merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar rendah karbon.

Dalam tempoh percubaan ini, penutupan itu terhad kepada kenderaan persendirian sahaja manakala kenderaan awam seperti bas dan teksi serta kenderaan kecemasan seperti polis, bomba, ambulans dan badan penguatkuasaan lain masih dibenar menggunakannya.

Penutupan yang bermula dari persimpangan selepas Jalan Esfahan/Jalan TAR dan berakhir di lampu isyarat sebelum Jalan TAR/Jalan Melayu itu adalah dari 8 pagi Sabtu hingga 11.59 malam hari Ahad. -- Bernama




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2019 01:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 01:08 PM | Show all posts
Penutupan Bazar Rakyat di Lorong TAR sebab DBKL terima aduan

Oleh Mohd Azrone Sarabatin; Mohd Iskandar Ibrahim dan Mohd Nasaruddin Parzi
bhnews@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Pemindahan Bazar Rakyat di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini ke Jalan Raja kerana ia tidak lagi sesuai selain mendapat aduan daripada pemilik premis kedai di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, berkata pelbagai isu lain turut dibangkitkan oleh pemilik premis di sekitar kawasan berkenaan antaranya kebersihan persekitaran dan kesesakan lalu lintas.

“Bazar Rakyat yang menempatkan Bazar Ramadan dan Deepavali di Lorong Tuanku Abdul Rahman dipindahkan ke Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad-Dataran Merdeka.

“Ini kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima banyak aduan daripada pemilik premis di kawasan berkenaan selain banyak isu dibangkitkan seperti laluan masuk ke premis kedai berhampiran terhalang dan persekitaran dengan longgokan sampah ekoran peningkatan jumlah pengunjung,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN UMNO-Lipis) yang mahu kerajaan menyatakan sebab berhubung penutupan Bazar Rakyat yang sering menjadi tumpuan orang Melayu dan India ketika musim perayaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Shahruddin berkata, lokasi baharu Bazar Rakyat di Jalan Raja akan lebih selesa, teratur dan terurus yang akan dianjur dan diuruskan sepenuhnya oleh DBKL.

Beliau berkata kawasan baharu itu juga lebih luas termasuk petak perniagaannya yang akan memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 01:09 PM | Show all posts



tinggal kenangan berasak-asak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 01:14 PM | Show all posts
Parlimen: Lokasi baharu bazar Ramadan Jalan Raja lebih selesa
25 Mac 2019 12:16 PM


Para peniaga akan diberikan khemah besar dan petak meniaga lebih luas. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Lokasi baharu bazar Ramadan di Jalan Raja di sini bagi menggantikan bazar di lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) / Jalan Masjid India, akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung dan juga peniaga, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Beliau berkata, lokasi baharu itu akan menyaksikan bazar yang lebih bersih, cantik, menggunakan khemah besar dan petak meniaga lebih luas, selain kawasan jalan kaki lebih baik, sekali gus menjadikannya tersusun dan teratur, berbanding lokasi lama.


Katanya, lokasi asal tidak lagi sesuai memandangkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat banyak bantahan dan aduan daripada pemilik premis kedai berhampiran, selain isu kesesakan lalu lintas yang teruk dan juga masalah longgokan sampah sarap.

"Antara isu yang dibangkitkan seperti laluan masuk premis kedai berhampiran yang terhalang dan terganggu, kesesakan lalu lintas kerana ribuan pengunjung bazar oleh kerana banyaknya kenderaan masuk ke kawasan tersebut dan juga isu kebersihan persekitaran dengan longgokan sampah sarap ekoran peningkatan pengunjung dan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

"Selain itu, sekarang ini terdapat aktiviti pembinaan siar pejalan kaki yang sedang giat dijalankan di kawasan Jalan TAR, lorong TAR dan juga Jalan Masjid India, makanya sudah tentu akan memberi kesukaran kepada pengunjung ke bazar tersebut dan kita tidak mahu berlaku kemalangan dan sebagainya," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang ingin tahu sebab-sebab penutupan Bazar Rakyat di Jalan TAR yang sering menjadi tumpuan orang Melayu dan juga India ketika musim perayaan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersesak-sesak tu la yg buat meriah...  

Tahun ni rasa mcm nak pergi..tapi nak parking kat mana eh..?..yg dekat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada resroran ayam bakar...ala2 fast food..apatah nama dia...aku buka pose situ seblom pusing jalan tar shopping
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 04:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2019 04:36 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 04:36 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 04:37 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 04:37 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 04:38 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 10:29 AM | Show all posts
tak dapat sambutan.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 10:38 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 26-3-2019 11:30 AM
Dulu ada resroran ayam bakar...ala2 fast food..apatah nama dia...aku buka pose situ seblom pusing ja ...

ketahuan awak tak terawikh ye....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 10:41 AM | Show all posts
Nampak besar, cantik dn rapi tendanya.  Tapi orang lebih suka nampak yg kumuh (congested) kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 10:53 AM | Show all posts



parking xdee
harga mahal
makanan xsedapp

regards
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 8-5-2019 10:41 AM
Nampak besar, cantik dn rapi tendanya.  Tapi orang lebih suka nampak yg kumuh (congested) kan?

Puncanya Harga makanan dah terlalu mahal, Panas terik, public transport x cukup, parking pun xde.  Menteri buat keputusan x panggil pihak2 yg terlibat berbincang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 8-5-2019 10:38 AM
ketahuan awak tak terawikh ye....

X terawikh disitu kak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga2 jalan TAR pun ramai yg menyokong PH... sekarang apa macam dapat menteri yg bodoh. Haaa tepok le..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.072081 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list