CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 686|Reply: 0

[Tempatan] BANTUAN RM500 secara ‘one-off’ atau sekali beri akan disalurkan kepada pesara ke

[Copy link]
Post time 19-3-2019 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by arinn at 19-3-2019 02:01 PM

Yang ada pekerjaan lain selepas berpencen ....dapat juga ke?


Seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 secara one-off bermula esok.
                              Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan memberitahu, bayaran bantuan itu dilaksanakan sejajar dengan keputusan Bajet 2019 yang dibentangkan pada 2 November lalu.
Jelasnya, JPA bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah mengenal pasti senarai penerima pencen di bawah RM1,000 dan bagi memastikan bantuan secara one-off ini dibayar kepada penerima pencen yang layak.
"Semakan secara menyeluruh telah dibuat melalui agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Akauntan Negara.
“Keprihatinan kerajaan dalam melaksanakan pembayaran secara one-off sebanyak RM500 diharap memberi keselesaan dan memenuhi keperluan semasa para pesara kerajaan terlibat,” jelasnya.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pembayaran berkenaan boleh diajukan kepada talian 03-88854648/4433/4667 atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052424 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list