CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5513|Reply: 28

Azharina doa istiqamah dengan penghijrahan

  [Copy link]
Post time 19-3-2019 02:46 PM | Show all posts |Read mode



PADA usia ini, saya sudah memiliki segalanya. Apa yang penting sekarang, saya inginkan lebih ketenangan dari segi rohani,” kata penyanyi, Azharina Azhar sempena sambutan ulang tahun ke-34 yang diadakan semalam.

Azharina berkata, meskipun masih bergelar ibu tunggal, dia bersyukur apabila Allah SWT menggantikan dengan kebahagiaan lain iaitu dua anak angkat lelaki bernama Rahmat Azharin Aziz, 5, dan Redha Azharin Aziz, 2.

Malah, penghijrahannya dengan tampil bertudung baru-baru ini dianggap lembaran baru dalam hidupnya yang menjanjikan lebih kegembiraan.

“Kalau ditanya apa lagi saya mahukan pada usia ini, jujur cakap sudah tidak ada. Walaupun tiada suami, Allah Maha Adil dengan menggantikan kebahagiaan lain. Kehadiran dua anak, cukup bermakna untuk saya. Merekalah permata hati dan penyeri hidup saya.

“Harta dunia seperti tas tangan, kasut dan lain-lain itu sudah banyak dan saya bersyukur. Cuma sekarang, saya mahu terus berdoa ditetapkan hati supaya istiqamah dengan penghijrahan ini,” katanya kepada Harian Metro.

Azharina yang ditemui pada majlis kejutan hari jadi anjuran kelab peminatnya, Azharina Angels berkata, dia bagaimanapun memasang impian untuk memiliki rumah di tepi laut.

“Setiap orang pasti ada impian. Memandangkan yang lain sudah dicapai, jadi saya mahu pula merealisasikan impian memiliki rumah di tepi laut sama ada di Bali, Indonesia atau Australia.

“Kalau Allah berikan rezeki, insya-Allah. Tidak salah jika kita ada impian itu. Tetapi, kita kena berusaha dengan menggunakan duit sendiri.

“Tambahan pula, dua anak saya pun sukakan laut,” katanya.

Berkongsi mengenai sambutan hari lahir itu, Azharina berkata, ia kejutan yang menjadi kerana tarikh lahir sebenar pada 11 Mac lalu.

Katanya, sejak awal lagi dia memberitahu pembantu peribadi tidak mahu sebarang majlis sambutan hari jadi diadakan kerana menghormati keadaan bapa angkat yang masih dalam keadaan koma.

“Lagi pula saya baru berhijrah, nanti apa pula kata orang. Namun, tidak menjangka dia bersama kelab peminat sepakat merancang juga majlis ini.

“Naik malu saya dibuatnya sebab datang dalam penampilan selekeh tanpa secalit bedak. Saya hanya diberitahu ada mesyuarat,” katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 02:49 PM | Show all posts
harap pemilihan style tudung dan tudung tu canrik2 sket la.. awak tu tembun... kalau pakai tudung biasa2 nampak acik2 sngt
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 03:01 PM | Show all posts
Seluar tu tak sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 03:06 PM | Show all posts
elok laa sis...
time sis free hair pon..
fashion pon tah hape2..ketat smcm tang punkoq..
tah sape la designer Nye...
tu..mic bling2 tuu xpayah laa sis..
veryyy zaman2 Tushee...Ayati tasrip
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:18 PM | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 19-3-2019 03:06 PM
elok laa sis...
time sis free hair pon..
fashion pon tah hape2..ketat smcm tang punkoq..

haiyooo
ko pny nickname

menangis kak ani





Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni byk duit tp nmpk style pakaian semua cheap2,kampungan..hire la stylist..konfom xkan sendu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 19-3-2019 03:06 PM
elok laa sis...
time sis free hair pon..
fashion pon tah hape2..ketat smcm tang punkoq..

Aiyoooo..hahahahahah your nickname. Hahahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:40 PM | Show all posts
semoga istiqamah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuatnay aura sendu kat benang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 02:32 AM | Show all posts
tak pakai tudung ke pakai tudung ke tetap takde aura .... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Harta dunia spt beg, kasut Biasa org sebut rumah, keta, savings sbg harta..biar betul ko sis
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:48 AM | Show all posts
rse mcm iols hampir x kenal sheols... eloklah turunkan sikit berat badan ye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:50 AM | Show all posts
Mula2 ingat umur 40an rupanya baru 34.. Adehhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 11:45 AM | Show all posts
kepamnyaa
tapi ikhlas iolls doakan sis istiqamah
jaga diri, jaga anak2
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:35 PM | Show all posts
ni ke juara GGV yg tokram pilih dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:53 PM | Show all posts
vokal 'live' dia ni antara terbaik di Malaysia tapi sayang tak de x-factor

maybe dia ni kena pursue bidang lain dah, nyanyi sekadar suka2 jek nak lepaskan gian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2019 01:10 PM | Show all posts
perghhh kalau jumpa tepi jalan, tak tau dia artis wehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm meletop smlm berturban. Rupanya dg mmg bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi rupanya mcm umur anak I jer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 19-3-2019 07:06 AM
elok laa sis...
time sis free hair pon..
fashion pon tah hape2..ketat smcm tang punkoq..

Ayati tasrip yang ikan kekek mak iloi ilok tu ke? Dulu sekolah cikgu paksa buat persembahan tarian lagu tu. Ohh trauma nya aku.......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064606 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list