CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: nazrullah

Ilmu hikmat/hikmah & kisah

[Copy link]
 Author| Post time 22-3-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 21-3-2019 10:54 PM
Sekitar tahun 2010-2012 dulu selalu jugak baca blog tokuban78 ni atau nama ownernya abe wan kalau ta ...

Yup.. Saya sebelum ni ade jugak pm dia, tanya pasal keris... Suka baca blog dia... So share la kat sini, mungkin ade forumer x tau ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 02:54 PM | Show all posts
ILMU BUYONG TEMBAGA DAN KAITANNYA DENGAN SENJATA FAQIR


Sudah agak lama ambo tak sempat nak mengupdate blog ini. Hari ini Alhamdulillah ada sedikit luang untuk ambo menulis kembali dengan sedikit idea yang masih tersisa. Berbalik kita pada tajuk diatas, yang adalah merupakan rentetan dari posting ambo sebelum ini yang bertajuk ‘Bahana keramat senjata faqir’. Ilmu kuno ini sudah jarang diketahui orang. orang tua dulu-dulu pun jarang juga yang memilikinya.Dan jangan pula kita gopoh gapah mengikut resmi Si-Jahil diluar sana yang bermudah-mudah membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman karut atau khurafat pada ilmu2 yang nadir sebegini, melainkan selepas kita kaji, faham dan betul2 tahu isinya terlebih dahulu.

Para pembaca yang ambo kasihi semua…Kadang2 terlintas juga dibenak fikiran kita, kenapa pula mesti TEMBAGA? tak boleh ke buyong itu dari bahan-bahan lain seperti perak, gangsa, tanah liat dan lain-lain. Orang tua kita dahulu banyak menyimpan rahsia, yang kadang2 dicungkil tak juga keluar jawapannya.  Walau apa pun, jawapan kepada persoalan ini agak sedikit sukar untuk diterima akal, biarlah ambo simpan dahulu rahsianya buat masa ini. Maka hanya pemiliknya sahajalah yang mengetahui rahsianya.

Ilmu buyong ini pada asalnya diaplikasikan oleh pengamalnya untuk mengembalikan barang yang dicuri. Dengan syarat tindakannya perlu segera diambil. Jarak masanya tak boleh terlalu lama, seperti contoh kecurian itu berlaku semalam, keesokan paginya mesti terus didoakan dengan ilmu buyong. kalau tidak harapan untuk barang yang dicuri itu dipulangkan semula sangat tipis.Seperti kes kecurian yang sering berlaku di negara kita lah contohnya. Kalau yang dicuri itu sebuah motosikal, kadang2 tak sampai 24 jam badan motosikal tu dah dileraikan satu persatu oleh sipencuri. Kalau sudah begini jadi halnya macam mana motosikal itu hendak dikembalikan kepada pemiliknya. Atau dengan kata lain sebelum barang yang dicuri itu berpindah tangan. Insyaallah jika tindakan diambil dengan kadar segera dan mendapat perkenan Allah Taala, barang yang dicuri itu akan dipulangkan kembali kepangkuan pemiliknya.

Setelah barang curi itu selamat pulang kepada tuannya, maka satu tindakan segera yang lain pula perlu diambil bagi menawarkan kembali hikmat buyong yang sedang mengamuk di dalam tubuh si pencuri. Dengan sedikit perahan asam limau nipis yang disertai bacaan tertentu maka ia akan mula menawar dan memadamkan kepedihan dan kepanasan si pencuri itu. Pelik juga kalau nak difikirkan dek akal kita yang dangkal ini.Dengan izin Allah, maka tak ada yang mustahil. Bi Iznika Ya Rabb…

Akan tetapi dalam masa yang sama ilmu ini juga boleh berfungsi sebagai senjata faqir. cuma perlu diketahui kaifiat dan kaedahnya yang ada sedikit perbezaan.Kadang2 sang guru tak akan mendedahkan kepelbagaian fungsinya kepada si murid.Kenapa pula begitu? guru sorok ilmu ke? guru kedekut ke? guru pilih kasih ke?..itu semua adalah andaian yang karut dan bukan2 kita kepada guru. Tak baik macam tu. kalau nak dikira, maka banyaklah sebabnya..susah ambo nak jawab…panjang berjela kalu ambo nak tulis.

Seperti yang sudah pembaca maklumi bahawa senjata fakir ini ada pelbagai versi dan levelnya. Dan senjata faqir versi buyong ini adalah tergolong dalam golongan hikmat yang berlevel tinggi. Agak besar juga kesan bahananya. Silap haribulan mangsanya akan menemui ajal. Itulah sebabnya ambo selalu ingatkan kepada diri ambo sendiri dan kepada para pemegang ijazah senjata faqir diluar sana agar lebih amanah dan kuat menahan sabar seperti teguhnya jabal Panau serta membuat beribu pertimbangan terlebih dahulu sebelum dia mula mengangkat dan mengancungkan laras senjata faqir kepada musuh seterunya. Nanti sesal seumur hidup jika kita silap membuat pilihan dengan membelakangi Hukum Allah.

Ingatlah kita semua pada satu Firman Allah Taala yang mafhumnya ” Barangsiapa yang memberi maaf dan berdamai, Maka Allah Taala lah yang akan memberinya pahala”. Wallahu a’lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 02:57 PM | Show all posts
SENJATA FAQIR : ISIM SYATTIT….ILMU PEMUSNAH BERLAVEL TINGGI

Cuti sempena raya idil adha minggu lepas ambo berkesempatan menziarahi Guru Tua Sayyidi wa Syaikhi Tok Sayyid Pedang Sila diteratak kayu indahnya. Selesai solat isya’ berjamaah ambo terus memecut motosikal yamaha LC 135 meredah kegelapan malam jumaat. Melewati beberapa buah kampung yang cukup sunyi bertemankan dingin malam membuatkan ambo sedikit mengelamun dengan masaalah duniawi yang tak pernah kunjung selesainya.Tidak berapa lama ambo pun sampai kerumah Tuan Guru tercinta. Raut jernih wajahnya yang sudah pun menggapai umur 90 tahun sangat sedap dipandang. Perasaan bahagia berguling-guling di dalam hati bila melihat senyuman diwajahnya, terlihat pantulan cahaya memancar-mancar keluar dari barisan gusinya yang sudah tak bergigi itu. Setelah berjabat tangan dan bertanya khabar, Sedulang teh O dan beberapa keping biskut segera dihidang, begitulah kelaziman Tuan Guru bila dikunjungi tetamu. Jika tidak dengan hidangan ringan, maka dengan hidangan berat diperjamunya. Jika tak sempat nak balik kerumah, disuruhnya tidur di suraunya, Alhamdulillah. Sekejap kami berbual tiba-tiba terdengar satu suara lembut halus manis memberi salam, terpacul dimuka pintu seorang sahabat qarib yang ambo muliakan, Tuan Hj. Sabri, imam masjid bandar Pasir Mas yang glamour dengan gelaran Tok Teratak Pulai. Tidak berlengah beliau terus duduk bersila menyertai majlis ilmu pada malam itu.


Pelbagai isu dan tajuk ilmu diperbincangkan pada malam itu.Tuan Guru banyak memberi nasihat dan semangat kepada kami berdua agar tetap istiqamah melakukan amalan yang telah  beliau ijazahkan. Antara tajuk yang kami bincangkan pada malam itu ialah berkenaan “isim Syatit”. Kata guru kami ilmu ini antara ilmu yang terkuat untuk membinasakan musuh. Terkadang hanya dengan mengisyaratkan jari telunjuk sahaja kearah musuh sudah cukup untuk membinasakannya. Jika ditunjuk kearah rumahnya, maka boleh terbakar rumah itu dengan izin Allah belaka. Sedar tak sedar jam dinding dah menujukkan pukul 1.30 pagi, niat dihati hendak meminta izin mengundurkan diri. Tapi ditahannya dahulu, lalu diperjamunya sehidangan makan nikmat di awal pagi…Alhamdulillah, terima kasih wahai guru kami.


Kaifiat pengamalan ilmu ini juga sangat ketat. Tak boleh diamalkan di dalam rumah, bahkan mesti diamalkan jauh dari manusia dan kesibukan dunia. Ambo tanya Tok Guru kenapa ilmu ni tak boleh diamalkan di dalam rumah? jawabnya ‘nanti ore tak mari rumoh mu’.Guru2 tua dulu pun sangat cermat sehingga mereka tak simpan suratan ilmu ini di dalam rumah. Dalam hati ambo ‘wah’ hebat sungguh ilmu ni. Setelah penerangan demi penerangan tentang ilmu ini disampaikan, timbullah pula rasa takut dalam hati untuk mempelajarinya. Bukan sebab bahayanya ilmu ini, bahkan takut gelekcas langgar ttaro hukum Allah. Itulah yang ambo paling takuti. Besar masaalah nak menjawab di padang mahsyar nanti.


Sebab itulah ilmu syatit ini tersangatlah sukar dan payah dan susah hendak dicari ijazahnya. Guru manakah yang sudi hendak menurunkan ilmu seberat ini kepada orang yang tidak amanah. Kelak kerosakanlah yang akan berlaku. Lepas ni janganlah ada pula pembaca yang bertanya soalan nakal ” kalau dh hebat sangat, kenapa tak syatitkan sahaja barak obama tu..yahudi yg dok bunuh rakyat palestin nun”.. soalan ni ambo payoh nok jawab disini. nak tahu jawapannya marilah jumpa ambo, senang nak buat kira bicara..Senapang automatik M-16 pun ada jarak tembakannya yg berkesan. Kalau sasarannya itu berada di Negeri Johor, lalu  ditarik picu M-16 di Negeri Terengganu, maka ketahuilah tuan puan sekelian bahawa itu adalah satu perbuatan yang sangat bodoh dan sangat tidak bijak bestari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 02:59 PM | Show all posts
SENJATA FAQIR SULTAN ABDUL JALEEL, Hikmat yang sudah mula ternasakh


“MUHAMMADURRASULULLAH, DEMI BERKAT SAYYIDI KU YANG KERAMAT” ( cnth. satu bait dari isim senjata faqir Sultan Abdul Jaleel )

Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Lama saya tidak meng up-date blog ini kerna banyak kesibukan yang bertalu-talu mendatang. Sehinggakan mood nak menulis pun hilang dan otak pun menjadi buntu. Tika ini datang pula kekuatan dan timbul mood nak menulis bila teringatkan satu lagi ilmu “rare” orang melayu. Yaitu satu lagi cabangan dari seni senjata faqir yang teramat sulit. Jika hendak didedahkan secara jelas jawapannya tentulah tidak. Sebab saya perlu menjaga etika kerahsiaan dan peraturan ilmu hikmat..jangan mare..


Berbalik kepada tajuk diatas, rasanya ada baik saya kongsikan sedikit maklumat dan kelebihan yang ada tersimpan dalam ilmu “Senjata Faqir Sultan Abdul Jaleel”. Mudah-mudahan dengan perkongsian ringkas ini dapat menyuburkan kembali semangat keilmuan melayu yang semakin layu dalam jiwa Si-Melayu.


Senjata faqir adalah satu seni keilmuan yang sudah tidak asing disisi penuntut ilmu kebatinan. tidak perlulah saya huraikan lagi apa kelebihan utamanya. Fokus saya adalah pada tajuk kita diatas.
Kenapa namanya dikaitkan dengan Sultan Abdul Jaleel? Jawapan ini hanya dapat diberikan kepada penerima ijazahnya sahaja. Nak tulis sejarahnya nanti tak cukup ruang.
Pengamal ilmu ini yang benar-benar berjaya insyaallah :
1- Akan dapat membiaskan apa sahaja serangan zahir mahupun batin.
2- Badannya tidak akan dapat dilukakan oleh sebarang jenis besi.
3- Menyerang musuh dengan jurus batin secara ghaib.
4- Dikasihi dan dimuliakan orang ramai.
5- Dihormati dan dipandang hebat.
6- Pembisa tangan untuk pukulan hakikat.

Dan banyak lagi khasiat-khasiatnya yang akan terzahir dan diketahui dengan secara istiqamah pengamalannya. Begitulah secara ringkas apa yang dapat saya kongsikan sebagai tatapan dan maklumat kepada pembaca sa-kalian. Semoga bermanafaat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 03:02 PM | Show all posts
BICARA HIKMAT : ILMU PEDANG BESAR DAN ILMU PEDANG KECIL


Ilmu pedang besar adalah satu ilmu yang masih dianggap belum lengkap dan sempurna jika tidak digabungkan dengan Ilmu pedang kecil. Mungkin para pembaca pernah mendengarnya atau sama sekali tidak pernah mendengarnya apatah lagi mempelajarinya. Lautan hikmat ini semakin dalam kita menyelam, maka semakin dalam dan luas dasarnya. Kadang-kadang sesak juga nafasnya. Biasanya ramai guru-guru tua ilmu hikmat ini memiliki ilmu pedang besar, akan tetapi jarang sekali dari kalangan mereka yang memiliki ilmu pedang kecil. Umpama seorang hulubalang atau pendekar melayu, paling kurang ada 2 senjata yang selalu dibawanya bersama. Yaitu sebilah keris panjang yang dipegang pada tangannya dan sebilah lagi keris pendua yang diselit pada bahagian pinggangnya. Kedua dua bilah senjata ini masing-masing mempunyai fungsi rahsianya yang tersendiri. Sebab itu se-seorang hulubalang@pendekar akan dilihat janggal jika hanya mengenakan 1 senjata. Lazimnya mereka akan mengenakan lebih dari 3 jenis senjata apabila masuk kemedan perang.


Berbalik kita kepada tajuk diatas, apakah itu hakikat ilmu pedang besar? nama ini sedikit asing pada kita. Hakikat Ilmu pedang besar ini ialah ilmu selendang merah@ ilmu ayat 4. Rata-rata orang kita hanya mengenalinya dengan nama ilmu selendang merah, selempang merah, ayat 4, ilmu rijalul ghaib, ilmu pisau lipat, ilmu parang terbang, pedang terbang dan lain-lain nama mengikut perguruan masing-masing. Bila kita sudah tahu akan hakikatnya, maka ianya adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Kerana masyhur berlaku pengamalannya dikalangan orang-orang melayu. Terutama ganerasi peristiwa 13 mei. Mungkin ada dari kalangan mereka yang masih hidup, yang sengaja memencilkan diri dipelusuk kampung. Carilah kesempatan untuk bertemu dan menadah ilmu dan amalan dari mereka.


Saya tahu diluar sana ramai juga orang yang tidak suka dan tidak pecah liurnya pada ilmu-ilmu seperti ini. Kalau setakat tidak suka itu tidak mengapalah, maka janganlah pula dihambur dengan pelbagai tuduhan, dakwaan dan fitnah yang bukan-bukan. Paling tidak ajarlah diri itu biar pandai menghormati ilmu seni orang lain. Dan didiklah jiwa agar lebih sabar, berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum membuat penilaian dan berkata-kata. Kelak kita juga yang hidup aman dan damai tanpa ada perselisihan dan persengketaan.


Apa pula hakikat ilmu pedang kecil? Ilmu pedang kecil hakikatnya ialah isim syatit. Hanya nama sahaja yang membezakannya. Isim syatit ini kita semua sudah maklum bahawa ianya adalah salah satu dari cabangan hikmat senjata fakir. Isim Syatit ini boleh dikira antara versi yang paling kuat dan istimewa untuk tujuan membinasakan kekuatan musuh dari jarak jauh. Dimana serangan terhadap musuh hanya dilakukan secara ghaib. Pelbagai wadah boleh digunakan dalam melaksanakan misi serangan terhadap musuh. Ada orang yang menggunakan batang pisang, jantung pisang, foto, peta kampung, busur & anak panah, pisau, api, paku, jarum, air menggelak, garam dan sebagainya berdasarkan petua ilmunya yang tertentu. Pelaksanaan hikmat ini adalah setelah melalui pelbagai syarat yang sangat ketat dan telah membuat beribu pertimbangan bersandarkan syariat. Bukannya boleh dibuat sesuka hati bersandarkan nafsu. Dimana, jika perlaksanaan hikmat ini dilakukan dengan hanya bersandarkan nafsu dan kezaliman maka hikmat ini akan memakan tuannya sendiri, naauzubillah min zalik.


Secara ringkasnya, ilmu pedang besar biasa digunakan di medan perang sebenar. Bertempur secara fizikal zahir, mengerah sepenuh tenaga dan bersemuka dengan pihak musuh. Adapun ilmu pedang kecil pula digunakan secara batin, yaitu menumbangkan musuh dengan secara ghaib yaitu dengan tanpa bersemuka. Pengamalnya hanya berada didalam rumah sahaja, tiba-tiba musuhnya yang berada di lapangan medan boleh tumbang dengan izin Allah swt. Pendek kata, ilmu pedang kecil ini umpama senjata sulit. Penggunaan senjata ini memang tidak dapat dikesan secara zahir. Akan tetapi janganlah pula kita menyamakannya dengan sihir yang bersandarkan nafsu bertunjangkan iblis.


Pasti ada persoalan yang berlegar-legar di dalam benak fikiran kita. Adakah ilmu ini benar-benar wujud? Atau sekadar cerita rekaan penulis sahaja? Jika benar wujudnya, siapa pula yang memiliki keilmuan ini, dan apakah menjadi seperti yang digembar gemburkan?. Soalan ini amat senang untuk ditanya dan payah untuk di jawab. Mudah kata,  jawapan kepada soalan ini hanya ada pada diri pemilik dan pengamalnya sahaja. Ramai yang memiliki tidak semestinya beramal. Dan ramai yang beramal tidak semestinya Yakin. Dan ramai yang menjadi tidak semestinya selalu mujarab, dan selalu mujarab tidak semestinya seperti kehendak. Allah Taala yang menentukan segalanya.


Ilmu-ilmu sebegini sebenarnya banyak tertulis, terselit, tersorot di halaman kitab para ulama hikmat. Mereka bukannya kedekut ilmu seperti yang didakwa sesetengah orang jahil, Cuma kita sahaja yang lalai dari mencari dan memahaminya. Adakalanya ianya tidak dijelaskan secara nyata kaifiat penggunaannya disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah kerana faktor keselamatan dan pengkhianatan. Sebab itu untuk memahami sesuatu keilmuan kita memerlukan kepada guru. Kerana kunci kepada pintu ilmu itu ada pada seorang guru. Bak kata Tok Uban :

Sudah resmi isim rahsia,

Ilmu langka Seri Petala,

Andhika datang berbudi bichara,

Manira beri barangnya pinta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 03:07 PM | Show all posts
BICARA HIKMAT : PENGADANG ISIM



Supaya kita tidak jadi kepanasan semasa mengamalkan mana-mana amalan yang ada dalam pelajaran ilmu hikmat ini, Terutamanya ilmu-ilmu isim yang berlavel tinggi, seperti isim Birhatiah, isim Jaljalutiah, Isim Zirah Pengebal, isim kaf 40 dan lain-lain lagi. Selain telah menerima ijazah keilmuan tersebut secara rasmi dari Sang Guru, Maka hendaklah terlebih dahulu kita membaca penimbul atau pengadang isim ini sebelum memulakan amalan, yaitu Surah Alfatihah satu kali, Selawat Syifa’ 3/10 kali dan Surah Al-Kautsar sebanyak 3 kali .


Jika ilmu yang kita amalkan itu tinggi tahap kepanasannya, maka selawat syifa’ mesti dibaca sebanyak 40 kali selepas daripada selesai amalan itu. Kadang-kadang tahap ketahanan kepada aura panas ini berbeza kepada setiap individu. Ada orang yang panas sedikit sahaja bila mengamalkan ilmu isim, Dan ada pula orang yang tinggi kadar kepanasannya( biasanya berlaku kepada orang yang baru belajar dan tiada asas-asas ilmu hikmat) . Dan ada pula yang kepanasan itu seperti terpendam, dan akan meletup seperti time bomb.  Sebab itu sangat perlu kepada setiap pengamal mengetahui dan membaca amalan pengadang isim ini dengan tujuan agar kepanasan yang timbul itu dapat dikawal, diredakan dan dipadamkan. Jikalau panas ini tidak terkawal ditakuti boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak diingini.


Lazimnya Sang Guru tidak akan lupa untuk menurunkan petua penyejuk amalan ini bila diperturunkan ilmu isim kepada muridnya. Dan ada juga dari kalangan Guru Tua yang dapat mengesan dan kenal akan tahap dalaman muridnya. Jadi awal-awal lagi tidak dia perturunkan ilmu panas. Nanti menjadi beban yang merbahaya kepada dalaman si murid. Sebab itu sangat penting berguru dan mematuhi arahan guru. Ramai juga yang berguru, tapi ramai juga tidak patuh pada arahan dan petua gurunya. Sang Guru Suruh baca isim satu kali sahaja, tapi diratibnya sampai 10 kali…itu dh terlebih doss…panasnya meluap-luap nanti. alamat berendamlah didalam kolam…


Kalau kita sekadar membaca dari buku dan kitab-kitab hikmat seterusnya mengamalkan mana-mana amalan yang tercatat di dalam helaiannya, jika berlaku kepanasan seperti ini maka kepada siapa kita nak merujuk,mengadu dan mencari penawar ubatnya?. Sebenarnya banyak perkara yang perlu  dijaga dalam hal ini…panjang plak nak tulis x larat…bersambung insyaallah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2019 03:10 PM | Show all posts
PEMBIAS HIKMAT


Wahai saudaraku sekelian, janganlah kita suka mendabik dada dan kerap berkokok dan bertelur dikedai-kedai kopi atau di media sosial. Fokus ambo pada kali ini adalah berkenaan petua untuk memerisai diri dari menjadi mangsa sasaran sihir dan seumpamanya senjata fakir. Sebagaimana yang difahami dari Sabda Junjungan Nabi SAW, sebagaimana doa kita untuk membinasakan musuh dimustajabkan, begitu juga akan dimustajabkan juga doa orang lain ke atas kita.
Jika ada pedang maka ada perisainya, walau sehebatmana dan setajam mana pun ilmu yang kita canangkan itu, tetap ada penangkisnya. Disana para ulama telahpun menyediakan perisai khas untuk menangkis bedilan senjata faqir, bahkan bedilan itu akan melantun dan pulang semula kepada si pembedil. Kerana sudah maklum bahawa dikalangan manusia ini ada orang baik juga ada yang jahat, kot ilmu ini ada pada tangan orang yang jahat dan tidak amanah, maka disasarkannya sesuka hati, besarlah bala dan kerosakannya nanti. Mudah-mudahan tidak ada lah ilmu ini ditangan para sufaha’. Kalau ada pun mungkin dicurinya dari khazanah para guru. wallahu a’lam.


( Mohon maaf, perisai penangkis senjata faqir tak dapat ambo dedahkan dahulu, khas untuk ahli sahaja. Tapi dibawah ini ada ambo lampirkan satu doa khas buat menepis hantaran sihir insyaallah).

Sebelum kita disasarkan, ada baiknya kita menyediakan payung sebelum hujan. Sebab itulah orang-orang tua selalu berpesan, belajar ilmu biarlah sampai khatam. Beli ibu kunci jangan lupa minta anak kuncinya. Disamping kita menerima dan mengamalkan ilmu senjata faqir ini, janganlah lupa untuk memohon kepada sang guru akan ilmu penangkisnya pula.
Kelalaian kita akan menyebabkan kerugian. Dengan adanya ilmu penangkis ini, bukan sahaja hantaran senjata faqir dapat kita patahkan, bahkan hantaran lain seperti santau, sihir, ilmu hitam dll dapat kita tepis dan hantar balik kepada tuannya. bila barang hantaran itu dipulangkan balik, bererti kebinasaan dan kecelakaan bakal menimpa. Ya tuan2, dengan itu ilmu senjata faqir ini tak boleh sebarangan diguna. kesilapan dalam mengguna dan membuat keputusan bakal mengundang padah yang amat bahaya. Di akhirat nanti kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan (membunuh tanpa hak).


kenapa perlu dipulangkan balik hantaran itu? susah juga ambo nak jawab. Biasanya jika sasaran yang dituju itu kebal dan berperisai maka tempiasnya akan kena pula kepada orang yang paling hampir dengannya, terutamanya anak-anak dan isteri yang tercinta. Emm susah hati kita dibuatnya. kalau isteri sakit jawabnya tak berasap lah dapur tu. Sama-sama kita berhati-hati.Pesanan buat diri saya dan para pembaca semua.
Satu lagi hal yang selalu kita buat-buat lupa. Samaada kita betul-betul lupa atau sengaja buat lupa. Yaitu apabila kita ditunjukkan suatu rahsia ketuhanan atau berlaku sesuatu yang pelik dan aneh sewaktu kita beramal atau diluar waktu beramal, maka jagalah seketat-ketatnya amanah yang ditunjukkan itu. Jangan sesekali mendedahkannya kepada sesiapa pun kecuali kepada guru kita sahaja. Tak usahlah dipecahkan rahsia itu kepada orang ramai, teman rapat kat kedai kopi, facebook, group whatsapp, telegram, blog dan lain-lain. Kerana pendedahan itu akan mengundang pelbagai fitnah dan masalah kepada diri kita sendiri. Dalam masa yg sama bibit-bibit ujub, sum’ah dan takbur akan mula menyubur dalam hati. Jadilah kita semua orang yang amanah dalam menjaga rahsianya. Otak, perbuatan, percakapan dan tulisan kita janganlah sentiasa menggambarkan kemistikan diri. Sama-sama kita jadi insan biasa yang normal. – maafkan ambo jika pembaca terasa pedasnya, tapi terpaksa juga ambo sebutkan disini, kerana ramai sangat para pengamal baru diluar sana yang suka menjaja cerita kehebatan diri kesana dan kemari.


Selepas selesai solat subuh bacalah surah Al-ikhlas 3 kali dan Bismillahillazi la yadhurru…….3 kali juga. Dengan niat menjadi pembias kepada semua hantaran yang jahat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 03:13 PM | Show all posts
HIKMAT GAJAH – SYAH QERTAS



Adakah pembaca sudah membaca selawat kepada Nabi saw hari ini ? jika belum, maka berselawatlah kepada BAGINDA NABI saw sebanyak 200 kali. Kerana ada satu keistimewaan yang Allah Taala akan berikan kepada para peselawat. Yaitu diampuni baginya dosa dua ratus tahun. Lebih-lebih lagi hari ini adalah hari jumaat, sangat dianjurkan memperbanyakkan selawat kepada Baginda saw.


Syah kertas ni adalah Nama kepada seekor gajah perang milik Megat Panji Alam, Sahaja dipernamakan ilmu ini dengan nama gajah tersebut kerana terkaitnya dengan peperangan. Ilmu ini adalah antara ilmu perang melayu yang dikirakan berstatus sulit dan rahsia. Kalau zaman dahulu mungkin ramai pemilik dan pemakainya. Zaman sekarang mungkin sudah tidak ramai yang menyimpan atau mengamalkan ilmu ini. Wallahu a’lam.


Ilmu ini kegunaannya lebih kepada penggerun. Dan boleh juga sebagai pelimun. Dimana badan pengamalnya akan kelihatan sebesar seekor gajah dimata musuhnya, dan musuhnya pula dilihat kecil di waktu terdesak. Juga berfungsi sebagai pelimun, dimana pemakainya akan ghaib dari pandangan mata musuh-musuhnya. Jadi mudahlah pengamalnya nanti untuk lolos dari kepungan dan serangan musuh insyaallah.


Boleh tahan juga hebatnya ilmu ini, jika di izin Allah Taala maka tak ada yang mustahilnya. Tapi bukan senang juga hendak memiliki ilmu ini, kerana disana banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Jangan kita ingat sekali-dua baca ilmu ni terus je jadi. kalau nak koya tu bolehlah. Ilmu sebegini dan juga ilmu hikmat perang yang lain juga memakan masa yang agak lama untuk proses kemenjadiannya. Mujahadah dan berdisiplin dan sebagainya.


Ayatnya seperti berikut, dibaca sebanyak 14 kali di waktu pagi dan petang :

Surah Al-Ana’m Ayat 130.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 03:18 PM | Show all posts
GAYUNGMAN 9…..ILMU RAHSIA Puni-punikar-pundikar-pendekar MELAYU



Atas pertanyaan dari seorang pembaca, maka saya repost kembali Tajuk ini :


Gayungman 9 ini dipanggil juga dengan nama wasilah 9@ucatan Hang Tuah, ilmu ini sangat popular dikalangan orang-orang melayu terutamanya dikalangan para pendekar. Pun begitu bukan senang hendak memilikinya. Keazaman yang kuat dan latihan yang gigih diperlukan bagi memastikan kejayaan. kerana teknik pengamalannya sedikit sukar pada permulaan bagi orang yang tidak mempunyai asas silat@beladiri.


kemujaraban ilmu ini adalah bergantung kepada kesungguhan pengamalnya. Ilmu ini dikatakan juga antara ilmu yang diamalkan oleh laksamana Hang Tuah. Antara kelebihannya ialah :


Pelindung tubuh badan.
Pengebal.
Pengasih.
Melaju dan mempercepatkan gerakan beladiri.
Gagah perkasa.
Tahan tubuh@tahan diri.
Awet muda.
Mengelak serangan musuh dengan gerakan automatik.
Menyihatkan badan.
Dan lain-lain.


Bagi mendapatkan khasiat-khasiatnya, hendaklah sentiasa diamalkan terutama sekali selepas solat subuh dan maghrib, insyaAllah mujarab.Kaifiat mengamalkannya hendaklah baca dahulu Alfatihah satu kali niat hadiah kepada baginda Rasulullah SAW, ayatul kursi dan selawat tiga kali kemudian barulah baca isim-isimnnya sebanyak sembilan kali dalam satu nafas, jikalau tak dapat dalam satu nafas maka bacalah tiga kali senafas.


Bacaan isim ini hendaklah bersama dijabatkan pada tempat-tempat yang tertentu pada badan kita. Setelah selesai melakukan amalan ini, hendaklah ditutup dengan mengucap 2 kalimah syahadah dan selawat tiga kali. Isimnya hanya sembilan patah sahaja.


Kepada pembaca yang merasa was-was dengan status kesahihan amalan ini, maka terpulanglah pada diri sendiri. tidak ada paksaan untuk menerimanya. janganlah pula membuat penilaian yang bukan-bukan. Kerana khazanah ilmu rahsia Allah meluas bak lautan yang tak bertepi. Pada dasarnya blog ini tidak akan memapar dan mempromotkan ilmu-ilmu yang menyalahi agama. Wallahu a’lam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.361035 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list