CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

[Komunikasi] Pelajari Vietnam ...

  [Copy link]
Post time 7-4-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan vietnam pn bole tahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2019 11:00 AM | Show all posts
Fakta menarik mengenai Vietnam

1. Vietnam di bawah pemerintahan China hampir 1000 tahun, sehingga tahun 938

2.Orang Vietnam tidak mandi di pagi hari. Mereka mandi pada waktu petang

3."Nguyen” pada nama depan atau belakang adalah yang paling banyak dipakai di Vietnam. 7 dari 10 orang Vietnam memakai nama ini.

4. Pantai di Vietnam terkenal dengan keindahannya seperti pantai Nha Trang, Mui Ne atau Phu Quoc

5.Ha Long Bay dianggap sebagai pemandangan yang paling indah di seluruh Vietnam. Terdiri dari 1969 pulau yang terletak di Teluk Tonkin. Zon ini terkenal kerana pemandangan lautnya yang amat mempersona. Ha Long Bay termasuk dalam World Natural Heritage Site oleh UNESCO, di samping taman nasional Phong Nha-Ke Bang.

6.Vietnam adalah satu-satunya negara di dunia yang penduduknya suka makan darah binatang (Tiet Canh). Darah yang paling disukai adalah darah babi, darah itik dan darah anjing.

7.Vietnam adalah negara yang penduduknya paling banyak memakan mee segera di Asia. Malah melebihi Jepun sebagai negara yang menghasilkan mee segera dan mempunyai banyak jenis mee, misalnya Pho, vermicelli (Bun), mie rumput (Mien), mie beras (Banh Da). Juga mempunai 2 versi yang berbeza: mee putih dan mee merah, kue tieu (Hu tieu) yang terkenal di Vietnam selatan, mee telur (Mi Van Than) dan mee segera

8.Dan Nhi adalah salah satu instrumen musik tradisional yang popular yang mirip dengan biola. Dimainkan dengan nada staccato pendek atau nada panjang.

9.Pada tahun 1954, Vietnam berpecah dan terbahagi kepada dua bahagian. Komunis di sebelah Utara yang dipimpin oleh Ho Chi Minh, didukung oleh Vietkong, China dan Uni Soviet, dan Demokratis di sebelah selatan yang didukung oleh Korea Selatan, New Zealand, Thailand, dan Laos. Kedua pihak sering berperang, dan akhirnya dimenangi oleh pihak Komunis dan Vietnam
disatukan kembali.

10.Sekitar 70% penduduk yang terbunuh dalam Perang Vietnam adalah para sukarelawan

11.Sebanyak 2,709 918 tentera Amerika yang terlibat dalam Perang Vietnam

12.Sehingga 15 Januari 2004, sebanyak 1875 tentara Amerika yang masih dinyatakan hilang di Perang Vietnam

13. Selama Perang Vietnam, tentera Amerika membuat rakaman suara hantu dan suara yang menakutkan untuk tentera Vietkong yang percaya bahawa jika tubuh telah dikuburkan, maka roh seseorang akan terus bergenatayangan

14.Selama Perang Vietnam, tentera Amerika yang terkenal dengan nama‘Tiger Force’ menjadikan rutin memotong telinga para korban untuk dijadikan kalung.

15.Nama Stesen Radio Davis di Saigon diambil dari nama orang yang pertama terbunuh dalam perang Vietnam, yaitu James Davis yang meninggal pada tahun 1961.

16.Orang yang termuda yang terbunuh dalam perang  Vietnam adalah berusia 16 tahun, dan yang tertua adalah 62 tahun.

17.Sejak tahun 1975, sebanyak hampir tiga kali ganda veteran Vietnam yang membunuh diri daripada yang mati terbunuh dalam Perang Vietnam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.062792 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list