CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16432|Reply: 168

[Tempatan] Christchurch: Rakyat Malaysia Yang Hilang Disahkan Meninggal Dunia.

  [Copy link]
Post time 21-3-2019 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 21-3-2019 12:58 AM



Misteri kehilangan Mohd Haziq Mohd Tarmizi susulan serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu terungkai apabila remaja itu disahkan maut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai masa dan lokasi penemuan mayat Mohd Haziq akan dimaklumkan selepas maklumat lanjut mengenainya diterima nanti.

Haziq adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor.

Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak.

Insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand itu mengorbankan 50 individu serta mencederakan puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia, pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan), Jumaat lalu.

Selain Mohd Tarmizi dari Alor Setar, Kedah, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera akibat serangan itu ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Kampung Binja, Bayan Lepas di sini dan Mohd Nazri Hisham Omar, 46, dari Shah Alam, Selangor.

Ketiga-tiga mereka kini menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand.

Semalam, polis New Zealand dalam kenyataan di Facebook berkata, setakat ini 12 mangsa terbunuh sudah dikenal pasti.

“Kita sedar kekecewaan keluarga mangsa berhubung tempoh panjang dalam proses pengesahan identiti mangsa serangan Jumaat lalu, namun kami berusaha mempercepatkan proses.

“Mungkin proses mengenal pasti mangsa kelihatan mudah, namun ia lebih kompleks, terutama membabitkan situasi seperti ini,” kata kenyataan itu.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun
Salam takziah utk ahli keluarga allahyarham
Moga tetap tabah dgn ujian ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.sedihnyaaa.
Semoga syurga buatmu Haziq
Kwn2 sekolah anak i semua sedih..
Diorang pernah sekolah sama..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama jugak ye diorang buat proses pengecaman tu... Mesti family melalui fasa indenial mula2.. Sedihnya, semoga family tabah.... Takziah kepada keluarga arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak terucap dek kata2.. salam takziah utk keluarganya. Sedih walau tak kenal tp terkesan dihati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga haziq. Semoga ibu n ayahnya tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah, maknya orang kazakh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...takziah buat keluarga arwah..semoga ibunya kuat..anak meninggal, suami parah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:50 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
*    *
*      *
Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yg beriman dan beramal soleh....
*    *
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. Sedihnya. Semoga syurga buatmu adek haziq
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah... Dah agak bad news untuk aruah. Semoga diberi kekuatan buat keluarga yang kehilangan dan the father diberikan kesembuhan secepat mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujian yg berat untuk maknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaa illaihirojiuun..meruntun jiwa..luluh hati sis..semoga ditempatkn dikalangan org2 yg beriman n beramal solehh.. amiin
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Al Fatihah utk Haziq takziah utk family
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihirojiun..
Dah agak dah bila hilang lama sgt..cuma x tersebut je sbb taknak pulak mengharap benda2 yg beyond our power ni kan..sedihnya muda lagi semoga ditempatkn bersama org beriman
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Aku yg bukan sapa2 ni pun mengharapkan miracle bila dia lama hilang, apatah lg maknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...Alfatihah buat adik Haziq...syurga tmpt mu nak

Moga Allah swt beri kesabaran, ketabahan dan keredhaan yg tinggi buat keluarga arwah Haziq...begitu juga buat keluarga2 yg terlibat. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:36 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiraajiun

Kematian yg terhormat - di hari Jumaat, ketika solat Jumaat, mati syahid. InsyaAllah syurga Firdaus menanti kehadirannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.178583 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list