CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safriehalim

[Tempatan] Christchurch: Rakyat Malaysia Yang Hilang Disahkan Meninggal Dunia.

  [Copy link]
Post time 21-3-2019 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
andromeda84623 replied at 21-3-2019 05:29 PM
Maknya Arwah dulu lecturer kat UKM. Lepas tu opt to pencen awal and moved to NZ with her family.

...

Jln 3 bandar baru bangi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ladies, regardless of your religion let's participate in this National Scarf Day, we will send the message to the world that we are all the same human with same blood and we don't accept any violence or any act of terrorism by all means.

This Friday we are going to do this in solidarity with all the victims in New Zealand and all the New Zealanders who are now still mourning.

How to participate??

1. Wear blue scarf this Friday 22 March 2019
.
2. Share your photo in your social media account - make the setting public so that we can see it!
.
3. Include these hashtags: #RememberChristchurch #NotEvenHisName #WeAreHere4NewZealand #HelloBrother #MIZAN4NewZealand
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga arwah Haziq sedang bergembira di sana. Acik tumpang sedih dgn kematianmu. Allah yang Maha Mengetahui apa jua perancanganNya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni budak JESS....innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 21-3-2019 05:24 PM
Dari bacaan berita

Pemahaman macik

Haziq ditembak diwajah ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarasaleh replied at 21-3-2019 01:05 AM
Takziah, maknya orang kazakh ke?

Orang kita, lecturer UKM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera,

Warga UKM yang dihornati,

Berkenaan dgn kejadian menyayat hati di Christchurch New Zealand, seorang rakyat Malaysia yang terlibat, iaitu Encik Tarmizi Shuib merupakan  suami kepada seorang kakitangan UKM, Dr. Marina Zahari, pensyarah Statistik di Pusat Pemodelan dan Sains Data, FST.  Anak mereka, Mohd Haziq yang berusia 17 tahun baru disahkan awal pagi ini sebagai mangsa tembakan pengganas  di masjid an Noor Christchurch pada Jumaat 15 Mac lalu.

Semoga ruh anakanda Mohd Haziq dicucuri rahmat dan digolongkan bersama para solihin dan syuhada'.  Semoga Dr Marina sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah yang berat ini.

Sehubungan itu, PKAUKM akan membuat kutipan sumbangan bagi membantu Dr.Marina. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PKAUKM
(CIMB Islamic Bank) 8602054552
Bukti sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari PKAUKM, Dr Ibrahim Mohamed melalui emel : ibrahim@ukm.edu.my. Tarikh akhir untuk memberi sumbangan ialah pada Rabu, 27 Mac 2019.  

Semoga usaha ini dapat meringankan beban yang dihadapi.

Salam hormat.
Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM)
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya ya allah... takziah to keluarga Haziq.. asyik bergenang ja air mata bila baca kisah ni.. esok dah genap seminggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..i know how it felt..semoga keluarga arwah tabah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 21-3-2019 05:39 AM
Tak ingat I baca news mana. Ada matsaleh NZ plak ckp haziq ni la yg unaccounted victim... yg dari  ...

Yg no. 50 tu futsal player yg meninggal 2hari lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 08:52 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Sedihnya..
Syurga buatmu dek..
Moga keluarga haziq tabah dgn dugaan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 21-3-2019 05:24 PM
Dari bacaan berita

Pemahaman macik

Thanks for sharing..
Bila u citer cam ni...baru la faham .. ye la hilang lama xkan tak jumpa kan.. rupanya mmg dah ade kat hospital..

Yg the farther ke dikatakan meninggal ...sampai di malaysia dah sahkan he passed away..? Rupa2nya anaknya..

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nah, sila nangis ntah huntok keberapa kali lepas tengok video ni.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
InsyaAllah ibu, bapa dan adik beradik arwah Haziq semuanya tabah dan strong orangnya untuk melalui semua cabaran ini.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
So skang mangsa yg meninggal dh jd 51 ke? Allahuakbar...x sanggup nk bayang kondisi mangsa yg xleh nk wat pengecaman fizikal tu. Sedihnyaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainnailaihi roji'un
Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
UPDATE] 'Wajah arwah Haziq berseri-seri'


ADIK saya, Mariani Shuib, 49, memberitahu wajah Muhammad Haziq berseri-seri, nampak tenang seolah-olah sedang tidur ketika dikafankan walaupun jenazahnya sudah masuk hari kelima hari ini sejak tragedi tembakan itu berlaku, Jumaat lalu,” kata Zarina Shuib, 53.

Menurut Zarina, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak saudaranya, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang meninggal dunia akibat terkena tembakan rambang ketika menunaikan solat bersama bapa dan adiknya di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Katanya, sebelum ini mereka sekeluarga mengharapkan Muhammad Haziq selamat dalam kejadian itu walaupun dilaporkan hilang sehingga semalam.


Menurutnya, sepanjang tempoh kehilangan itu, dia hanya menunggu berita daripada adiknya, Mariani yang berada di New Zealand bersama abang mereka, Zakaria Shuib, 55.

“Malam tadi jam 12 tengah malam saya terima WhatsApp dari nombor tidak dikenali memberitahu Muhammad Haziq sudah tiada tetapi saya abaikan saja kerana antara percaya atau tidak ketika itu.

“Pagi tadi juga saya terima banyak ucapan takziah melalui rakan-rakan sekerja melalui WhatsApp dan tengok berita dalam laman sosial di Facebook,” katanya ditemui di rumahnya di Jalan Hutan Kampung, Alor Setar hari ini.

Zarina berkata, dia hanya mendapat pengesahan mengenai kematian anak saudaranya itu melalui kiriman WhatsApp daripada rakannya yang menghantar pengesahan dari Wisma Putra menerusi Facebook 6.30 pagi tadi.

Katanya, ketika itu Mariani menghubunginya jam 8 pagi namun dia memberitahu mereka belum dapat sebarang pengesahan kematian Muhammad Haziq di sana dan mungkin orang lain sudah mengetahui lebih awal daripada mereka yang ketika itu masih berada di Hospital Christchurch.

“Kali terakhir saya bertemu arwah ketika Aidilfitri dua tahun lalu dan ketika itu mereka pulang berhari raya di sini sebelum kembali ke New Zealand,” katanya.

Zarina berkata, Mariani kemudian menghubunginya semula jam 4 petang tadi memaklumkan jenazah Mohd Haziq selamat dikebumikan di Memorial Park Christchurch, New Zealand.

Bagaimanapun katanya, majlis pengebumian itu hanya ditemani bapa mangsa, Mohd Tarmizi, 42, dan abangnya Zakaria kerana pihak berkuasa menghadkan jumlah pengunjung di tapak perkuburan itu.

“Mariani memaklumkan Mohd Tarmizi sudah boleh berjalan sedikit tetapi dibawa menaiki kerusi roda untuk melihat majlis pengebumian anaknya.

“Setakat ini, seorang lagi anak Tarmizi sudah dibenarkan keluar hospital namun ketika saya buat panggilan video untuk melihat keadaannya, Mohd Haris, 13, enggan berbual seolah-olah takut dan masih trauma dengan apa yang berlaku,” katanya.

Zarina berkata, setakat ini Mohd Haris masih belum mengetahui yang abangnya sudah tiada kerana keluarga enggan memaklumkan kepadanya disebabkan bimbang melihatnya kerana dia yang paling rapat dengan arwah.

Katanya, dia juga dimaklumkan yang Muhammad Haziq dipercayai terkena dua tembakan di belakang badan menyebabkannya kehilangan banyak darah tetapi tidak dimaklumkan di mana arwah ditemui.

“Allah SWT lebih sayangkannya kerana meninggal dunia dalam keadaan masih ada wuduk dan dalam masjid.

“Selain itu kami sekeluarga di sini bercadang mengadakan solat ghaib untuk arwah selain majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah bermula malam ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu menguruskan segala urusan untuk Mohd Tarmizi dan anaknya di sana.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. sedih sangat dengar berita ni. Lagi sedih bila mengenangkan keluarga mengharapkan keajaiban yg akan berlaku.. tapi sebaliknya. Semoga para syaheed semua tenang disana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini patut demo besar besaran tuntut hukuman mati kpd pembunuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.196170 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list