CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6719|Reply: 46

Kereta Dirempuh Pesawat, Juruteknik MAHB Maut

[Copy link]
Post time 21-3-2019 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang parah selepas kenderaannya dilanggar sebuah pesawat peribadi ketika mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah disahkan meninggal dunia.


Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang tadi, meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia setahun hingga 13 tahun.


Berita Harian melaporkan, mangsa meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada pukul 6.45 petang.


Foto: Utusan Online


Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, “Mangsa meninggalkan isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia antara setahun hingga 13 tahun.


“Kami akan menghulurkan segala jenis bantuan yang diperlukan oleh keluarganya termasuk urusan pengebumian.


“Menjadi keutamaan kami untuk memastikan kebajikan keluarga Allahyarham terjaga."


Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang menimpa mangsa bagi menghormati perasaan keluarganya.


“Ruzaimi adalah kakitangan yang berdedikasi dan amat komited dengan tugasnya. Ini satu kehilangan yang tragik kepada MAHB.


“Beliau dikenali di kalangan rakan sekerja dan pihak pengurusan sebagai seorang kakitangan yang berbakat dan beretika."


Foto: KOSMO


Semasa kejadian, pesawat swasta berkenaan hilang kawalan lalu merempuan bahgaian depan cermin dan bumbung kereta mangsa.


Penumpang dan anak kapal selamat tetapi mangsa dikejarkan ke hospital sebelum meninggal.


MAHB memaklumkan pihaknya sudah menubuhkan pasukan penyiasatan dengan kerjasama Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi mencari punca sebenar kejadian itu.


Kementerian Pengangkutan melalui Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) turut menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden terbabit. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.. Takziah buat keluarga mangsa. Semoga tabah menghadapi ujian
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada kaum keluarga, semoga tabah menghadapi hari2 mendatang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke kes yg ada kena mgena dgn vvip
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
SOP mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannya... Anak kecik2 lagi. Semoga family arwah tabah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
awekjepun replied at 21-3-2019 12:37 PM
Ni ke kes yg ada kena mgena dgn vvip

Siapakah vvip itu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:47 PM | Show all posts
Kesian kat family arwah..harap2 dapatlah bantuan/pampasan yang sewajarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 02:52 PM | Show all posts

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.. Takziah buat keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 03:20 PM | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 03:20 PM | Show all posts
sampai sudah cam mana boleh berlanggar tak bagitau..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-3-2019 03:20 PM
sampai sudah cam mana boleh berlanggar tak bagitau..

Arwah tengah buat rondaan nk check semua ok ke tak....tetiba pesawat tu hilang kawalan langgar keta kembara yg dia bawak...pkl 3pagi kannn
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:36 PM | Show all posts
Major incident.
Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:44 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-3-2019 11:29 AM
Arwah tengah buat rondaan nk check semua ok ke tak....tetiba pesawat tu hilang kawalan langgar ket ...

kereta dan kapalterbang tak boleh share laluan yang sama..

kalau kakitangan airport tengah buat rondaan kat runaway, no plane sud land atau masuk ke runway untuk takeoff.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:56 AM | Show all posts
Tuan punya kapalterbang dah bersuara...



Pihak berkuasa lapangan terbang Subang harus dipersalahkan kerana kecuaian dalam kejadian yang menyaksikan seorang pekerja meninggal dunia selepas berlaku pelanggaran di atas landasan dengan jet syarikatnya, kata hartawan Vincent Tan.

Malay Mail memetik pengerusi eksekutif Berjaya Group yang mengesahkan pesawat Berjaya Air terlibat dalam kemalangan pada Isnin lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata serangan yang dibuat terhadap syarikat penerbangan itu dan krunya berikutan kejadian kemalangan tersebut tidak berasas serta tidak benar.

Dalam kejadian pada Isnin lepas, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, sedang memandu kenderaan kejuruteraan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ketika terlibat dalam kemalangan di atas landasan dengan pesawat persendirian sekitar jam 3.20 pagi.

Mohd Ruzaimi meninggal dunia akibat kecederaan pada malam Selasa lalu, meninggalkan seorang balu, dan empat orang cahaya mata berumur antara satu ke 13 tahun.

Tan menegaskan juruterbang syarikat penerbangan itu telah mematuhi semua prosedur operasi penerbangan dan pendaratan, serta mendapat kelulusan dari menara kawalan lapangan terbang, sebelum turun.

"Sebenarnya, jika halangan pada landasan bukan sebuah kenderaan penyelenggaraan yang kecil, tetapi (katakan) sebuah trak atau peralatan berat lain, (maka) ia dapat mengakibatkan bencana besar.

"Keseluruhan pesawat, anak kapal dan penumpang mungkin telah musnah dalam kemalangan itu," kata Tan yang dipetik berkata dalam laporan akhbar itu.


Jelas Tan lagi pihak berkuasa lapangan terbang sepatutnya memberi amaran yang mencukupi kepada pesawat masuk mengenai kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan di landasan.

"Tiada amaran sedemikian diberikan dan pada pandangan saya, pihak berkuasa lapangan terbang cuai," katanya

Ahli perniagaan itu juga menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM50,000 kepada balu allahyarham Mohd Ruzaimi.

Menurut Malay Mail, Berjaya Air, dalam kenyataan berasingan, juga mengatakan penerbangan yang terlibat telah mengikuti pelan penerbangan yang diluluskan sebelum pendaratan dibuat.

"Tiada NOTAM (Notis kepada Airmen) dikeluarkan untuk menasihatkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan (masih berlangsung) sedang dijalankan di landasan di Lapangan Terbang Subang.

"Kebenaran mendarat diminta oleh juruterbang dan Menara di Lapangan Terbang Subang memberi kelulusan untuk mendarat. Tidak ada suar atau lampu amaran supaya kru waspada dengan kehadiran pekerja penyelenggaraan atau halangan lain di landasan," kata syarikat penerbangan swasta itu.


Berjaya Air berkata perlanggaran berlaku ketika pesawat itu menyahpecutkan dan telah menyentuh landasan.

Syarikat penerbangan itu juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyelesaikan siasatan terhadap kes ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini berkata siasatan ke atas insiden itu dijangka disiapkan dalam masa 30 hari.

[Baca berita penuh]

https://www.malaysiakini.com/news/469035

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape dlm pesawat swasta??? Celakanya terlepas mcm tu. klau dakwa kesalahan mmbunuh tnpa niat aci x? Yg kaya / vip tu sng2 je tlepas (mksd aku pilot dia)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 22-3-2019 08:56 AM
Tuan punya kapalterbang dah bersuara...



Lega sikit i baca sb i mmg harap sape2 VIP dlm pesawat tu tlg la sumbang pd family arwah. Ni VT dah bg 50k, lega sikit. Harap pihak airport pulak bg pampasan. Ank2 kecik lg 4 org. Tu pon i rasa klau VT bg 100k mcm bg rm10 jah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:16 AM | Show all posts
anony-mous replied at 22-3-2019 09:10 AM
Lega sikit i baca sb i mmg harap sape2 VIP dlm pesawat tu tlg la sumbang pd family arwah. Ni VT da ...

kalau bukan salah diorang, dah bagi rm50k tu pun dah ok dah...  in this case, kalau betul salah menara, then diorang la yang kena bagi pampasan yang banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 22-3-2019 09:07 AM
Sape dlm pesawat swasta??? Celakanya terlepas mcm tu. klau dakwa kesalahan mmbunuh tnpa niat aci x?  ...

Pilot dia dh bersuara, mmg dia kata flight dpt clearance for landing
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:24 AM | Show all posts
ni meninggal dlm tempoh bertugas o.ooOOO.. OSHA mana?? OSHA mana??

haiyo... tinggal isteri + anak 4 umo 1yr ~13 year.. cam besaq anak2 aku je... struggle kauuu.. rm 50k dari VT tu setidak2nya mengurangkan beban sikit.. tapi ape kampeni bagi?? prosesnya lama kot... dlm tempoh nak dpt pampasan tu mcm mano??? bagi press statemen memang senang,, realitinya family yg struggle nak move on tanpa bapa dlm keadaan anak kecik2 lagi..

moga syurga tempat mu arwah.. moga anak2 juga dikurniakan kekuatan dlm kehilangan ini.. mak kene kuat demi anak2 ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.559751 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list