CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2119|Reply: 30

[Tempatan] Kos sara hidup tinggi, kebanyakan mahasiswa terpaksa kerja part time

  [Copy link]
Post time 21-3-2019 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Mahasiswa bekerja sambilan tangani cabaran sara hidup

KUALA LUMPUR: Sebilangan mahasiswa sanggup bekerja sambilan dalam pelbagai sektor pasaran demi menampung kos pengajian di institusi pengajian tinggi.

Penuntut jurusan Sains Komputer Universiti Putra Malaysia (UPM), Syahir Mahadi, 23, berkata dia kini bekerja sambilan sebagai pembantu kafe di kampus bagi mendapatkan wang saku.

Katanya, dengan cara itu, dia boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa ketika kos sara hidup semakin mencabar.

Apatah lagi, katanya, dia pernah mencatu makanan dan menikmati nasi bujang untuk memastikan wang saku dapat bertahan sehingga hujung bulan.

“Sekarang, saya boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan sekiranya saya terlebih berbelanja pada sebelah siang, malam nanti saya akan makan roti sekadar untuk melapik perut.

“Selalunya untuk makan tengah hari, saya akan belanja RM5 hingga RM7, bergantung kepada wang yang masih berbaki.

“Memang ada pelajar lain yang berdepan masalah sama dan berjimat-cermat adalah jalan terbaik di samping menambahkan pendapatan menerusi kerja sambilan,” katanya ketika ditemui BH, semalam.

Aishah Talib bekerja sambilan sebagai pembantu kafe di kampus bagi mendapatkan wang saku.

Penuntut jurusan Pembangunan Sumber Manusia UPM, Aishah Talib, 24, pula berkata dia mula bekerja sejak semester pertama pengajian.

Katanya, ibu bapanya tidak memberikan perbelanjaan bulanan, malah anak sulung daripada enam beradik itu juga tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

“Bagaimanapun, saya mula bekerja sebagai pembantu kafe bersama Syahir di kampus sejak sebulan lalu kerana lokasinya lebih dekat dan akses pengangkutan juga lebih mudah.

“Gaji digunakan untuk membiayai kelengkapan pembelajaran dan selebihnya akan disimpan sebagai persediaan yuran konvokesyen nanti,” katanya.

Aishah berkata, dia sendiri suka berdikari dan gemar bekerja sambilan bagi mengisi masa lapang.

“Saya anggap pengalaman yang diperoleh ini adalah satu cara membina keyakinan diri sebelum menempuh alam pekerjaan,” katanya.

Ahad lalu, laporan khas BH mengetengahkan isu pelajar di universiti yang terpaksa `mengikat perut’ kerana berdepan tekanan kos sara hidup.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpyh ckp student lah.. Yg kijer pun sama kena ikat perut... Makan nasi sehari skali jer... Breakfast mknlah biskut ker apa... Kalo pg xmkn... Tgh hr mkn nasi.. Malam sebatlah roti ker roti canai ker.. Nasi lemak singgir just buat alas perut
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkn tengahari pun Rm11-Rm13....

Klu rm5 tu, mgkin amik sayur & telur dadar je.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 21-3-2019 06:00 PM
Xpyh ckp student lah.. Yg kijer pun sama kena ikat perut... Makan nasi sehari skali jer... Breakfast ...

Kan sis. Janji bule alas perut badan tak gigil2 kelaparan. X
Duduk universiti/kolej pandai2 la survive aktifkan diri, join persatuan2 anak negeri ke kelab ke apa2 yg mandatangkan faedah. Meols dulu minat sangat askar jadi meols join palapes. Cuti sem tak balik kg buat training..boleh la duit elaun training buat cover bayar yuran..dapat plak duduk kolej palapes.
Janganla duduk bilik sahaja dan mngadap buku. Bosannya hidup cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:05 PM | Show all posts
currently doing intermittent fasting.
skip breakfast and lunch.
start makan jam 5, stop jam 9.

tu pun makan 2 type of meal jer.
1st meal - a bowl of fruit salad, or dinner macam biasa.
dan 1 lagi apa2 jenis makanan yg teringin nak makan.

u can save a lot on food.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 21-3-2019 07:05 PM
currently doing intermittent fasting.
skip breakfast and lunch.
start makan jam 5, stop jam 9.

Antara pukul 5pm hingga 9pm tu boleh makan apa2 je eh..?.. mcm nasi goreng kampung lauk paprik daging/ayam/seafood semua boleh ke..?..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 21-3-2019 07:21 PM

Siapa nak kerja part time jadi pengasuh yg jaga di rumah client/jaga kat ofis/shopping mall/event boleh try apply jadi Kiddocarer...



I think rate mcm dah makin better...ada byk insentif pula tu kalau kiddocarer tu rajin...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa yang pelik nya. Dah berkurun dah rasa student buat part time. Akak dulu pon buat part time tak masuk berita pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2019 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ada rupa dan ketinggian part time model.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:44 PM | Show all posts
setuju dgn komen forumer di atas....aku dulu part time...kene naik bas sejam kot....sbnya uni aku duk ceruk...now Alhamdulillah...dah byk bangunan kiri kanan...yg untung bebudak now la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 07:50 PM | Show all posts
kerajaan pakatan haramjada tak mau bagi biasiswa ka? full scholarshit...ka nak tunggu menipusto pru akan datang...sian kat anak2 bangsa kita ni...wakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 21-3-2019 07:02 PM
Kan sis. Janji bule alas perut badan tak gigil2 kelaparan. X
Duduk universiti/kolej pandai2 la su ...

Kan.. Kena yg gaji 1500 sbulan jer.. Lagi lah sakan diaorg berjimat cermat... Anggap jerlah ni pendidikan secara xformal kita.. Kalo xsusah mana nk hargai nilai duit, nilai makan.. Lainlah kalo born to be rich... Pengalaman adalah cikgu terbaik dan itulah akan mematangkan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 21-3-2019 07:16 PM
So apa yang pelik nya. Dah berkurun dah rasa student buat part time. Akak dulu pon buat part time ta ...

Kan? Student skg manja sgt ke apa. Aku dulu pun taun 2008 cuti sem pun buat part time kt stesen minyak. Dpt la rm600 sbulan. Dulu2 pun dh femes nasik bujang utk student yg kesempitan wang apa yg peliknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa untuk makan tu, makan lah. Dont skip meal. Nanti gastrik, nak belajar, kerja pun susah. Bila makan jangan plak mentekedarah. Sederhana lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 21-3-2019 08:55 PM
Kan? Student skg manja sgt ke apa. Aku dulu pun taun 2008 cuti sem pun buat part time kt stesen mi ...

Nak kata manja sangat tu tah la. Tapi jangan la rasa diri dorang tu la terpaling struggle nak hidup padahal dah memang orang tau, zaman hidup sebagai student tu la masa ko nak start belajar survive hidup dalam dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:47 AM | Show all posts
5 - 7 untuk lunch.??? cafe universiti tu xde yang murah lansung ke..?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 04:05 PM | Show all posts
Biasala... sekurang2nya boleh tanggung diri sendiri dan keperluan lain.
Anggap je cari pengalaman. Aku dulu pun part time keja kilang. Final year, byk masa aku kerja.
Kelebihannya bila abis aku tak menganggur. Terus kerja kat situ, tggu konvo. Lps konvo pun kat situ hingga aku ambik keputusan balik dan kerja kat negeri kelahiran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 22-3-2019 08:47 AM
5 - 7 untuk lunch.??? cafe universiti tu xde yang murah lansung ke..?

Minggu lepas saja je singgah Kat kafe kejut UKM, Saya mkn mi campur kuetiau letak sambal paru, air teh ais Dan Suami mkn bihun + kuetiau air kosong. Berdua rm7.50 murah sgtttttt...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:32 PM | Show all posts
arasham replied at 22-3-2019 08:08 AM
Minggu lepas saja je singgah Kat kafe kejut UKM, Saya mkn mi campur kuetiau letak sambal paru, air ...

saya dulu grad UKM jugak. memang jarang sangatlar nak dapat sampai 7 tu sekali makan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 04:35 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 21-3-2019 07:12 PM
Siapa nak kerja part time jadi pengasuh yg jaga di rumah client/jaga kat ofis/shopping mall/event bo ...

budak besar ke, kalau bayi yg kecik2 tu takut pulak nak jaga

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.072920 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list