Operasi rumah sembelihan babi moden tunggu kelulusan
March 19, 2019 6:14 pm 0
AYER KEROH 19 Mac – Rumah Penyembelihan babi moden atau ‘abattoir’ yang siap dibina di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru akan mula beroperasi selepas mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi, Norhizam Hassan Baktee berkata, sekiranya ia sudah beroperasi kelak, ‘abattoir’ sedia ada akan ditutup dan dirobohkan.
Katanya, langkah itu bagi memastikan isu pencemaran yang sering diadu oleh penduduk setempat berpunca dari air kumbahan haiwan tersebut sebelum ini tidak lagi berulang sehingga berlaku pencemaran air dan bau.
Jelasnya, langkah itu dilihat bertepatan dengan komitmen kerajaan untuk melaksanakan Perladangan Babi Moden (MPF) sebagai usaha mentransformasikan penternakan babi di negeri ini.
“Bila ada peladangan babi moden, najis kumbahan seperti air kencing, darah penyembelihan disalurkan dengan cara yang betul. Jadi tak ada masalah dan kita akan pantau dari masa ke semasa,” katanya.
Norhizam (DAP-Pengkalan Batu) berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Othman (BN-Kuala Linggi) mengenai peladangan babi moden sama ada telah digunakan ataupun sebaliknya.
Author|Post time 22-3-2019 09:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-3-2019 09:48 AM
Ok lah tu lagi systematic.
Exactly, tp tgk komen kat fb masing2 tuduh Baktee ni bapa babi melaka lah apa lah.....dorg igt babi kat melaka ni baru nk ada kot, padahal dh wujud 40 tahun lebih dah kat situ secara x teratur dan x berlesen
Babi adalah makhluk ciptaan Allah swt yg ada manfaatnya tersendiri. Tak mungkin Allah sia2 ciptakan sesuatu atau untuk mencetuskan konflik sesama umat. Selain drp menjadi makanan bagi penganut bukan muslim, dikhabarkan juga ada bahagian2 babi yg boleh dimanfaatkan.
Pun begitu, babi ada hukumnya bagi sekalian muslimin iaitu tertakluk dgn hukum najis munghallazah. Bangkai,darah dn dagingnya adalah haram sama sekali dikonsumsi. Bersentuhan dgn binatangan trs, sengaja atau tak sengaja dituntut disertu samada pada badan, pakaian, bekas atau tempat. Larangan trs bukan semata2 Allah nak sekat nikmat lazatannya daging babi (as claimed by it's consumers) kpd muslimin, tetapi ada hikmah larangan spt yg termaktub dlm beberapa ayat al-Quran. Therefore babi tak perlu dimusuhi tetapi dijauhi.
Benda baik patut nya sokong ja ..
dengan ada nya konsep perladangan moden ni .. kurang - kurang isu pencemaran ( isu pencemaran yang sering diadu oleh penduduk setempat berpunca dari air kumbahan haiwan tersebut) boleh d atasi .. tak sepenuh nya tapi kurang kurang ada usaha kearah tu kan.
Post time 22-3-2019 03:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
axl_bach replied at 22-3-2019 10:49 AM
Tp babi adalah 2 perkara yg akan Nabi Isa perangi bila baginda diturunkan kelak
Sumber UAI
Saya belum dengar ttng itu sebelum ini. Kalau u ada maklumat atau pernah dengar kisahnya mll mana2 ustaz, sila share untuk pengetahuan bersama agar umat lebih peka dn waspada. Babi, biarkanlah babi dgn kebabiannya. To muslims, jauhilah babi.
Author|Post time 22-3-2019 04:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
arnauld replied at 22-3-2019 04:05 PM
Aku Rasa yang lebih baik adalah program pengurangan ternakan sampai takder. Ni kalau dah jadi bersih ...
Mmg ideally kita xmau babi ada, tp nk haramkan terus di msia?? Akan ada babi2 politik yg polemikkan tindakan drastik mcm tu nnt....
So dari dibiarkan tanpa lesen dan tanpa pengawasan why not kerajaan just carry on perancangan baik kerajaan BN terdahulu....lebih mydah dikawalselia dan mengawal pencemaran
aritu aku tgh syok2 mesin rumput kat luar rumah mak aku kat kampung...
melintas la 2 ekor babi hutan dari umah jiran sebelah...terkejut aku...
dasar babi..lari x pandang kiri kanan...
meluru seperti selayaknya babi...
Terima kasih atas video link yg disalurkan. Sbg ustaz popular, dia ada dlm ilmunya ttng apa yg diceramahkn. Saya tidak layak untuk mengupas lanjut apa yg sudah ustaz sampaikan.
Babi dn anjing itu sudah jelas hukum haramnya. Belajar bab Taharah sudah pun menjelaskan. Najis mughallazahnya masih boleh
diatasi, diangkat najisnya dgn cara sertu. Babi is totally/100% haram bagi muslimin: darah, bangkai, daging, organ, bulu dan kulitnya juga tak sah disamak. Yg mengaji pasti tau dah. Begitu juga anjing namun anjing masih lagi ada kelonggarannya dn ada jaraknya yg harus dibatasi.
Berkaitan dgn ilmu veterinar yg perlu memegang dn membedah babi, saya berpendapat tak perlulah sempitkan pandangan dgn melihat akan binatangnya tetapi nilailah ilmunya dpt dipelajari. And again selepas memegang anjing dn babi, angkatlah najisnya dgn air tanah dn air mutlak.
Bukan babi saja yg dibedah oleh veterinar, binatang2 lain juga ada.
Sekalipun ustaz mengimbau sunat membunuh babi, bagi saya, saya tidak akan mengejar pahala sunat itu dn menjadi pemburu babi. Babi tidak mempengaruhi hidup saya maka saya tidak perlu khuatir tentangnya. Memadai kalau saya faham bahawa babi itu binatang yg kotor dn bernajis berat. Begitu juga anjing, saya takut dgn anjing ttpi suka juga melihat anjing2 yg comel. Saya kagum melihat ciptaan Allah ttpi tak akan teruja memegangnya. Ilmu dn pantang larang berkaitan dua jenis binatang ini sudah dipelajari dn faham, maka kenapa harus muslimin mau terus2an berbalah tentangnya.
Mudah2an jawapan peribadi saya ini tak menjerumuskan saya dlm kelompok jahil murrakkab. Astagfirullah hal azeem...