CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7867|Reply: 45

Bibir Bengkak, Demam, Kena Jangkitan - Menderita Kerana Pasang Pendakap Gigi Den

[Copy link]
Post time 22-3-2019 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Seorang doktor gigi, Dr. Azila Mohd Kasim baru-baru ini berkongsi cerita mengenai pengalaman ngeri seorang wanita dari Johor yang mengalami jangkitan selepas mendapatkan perkhidmatan memasang pendakap gigi dari seorang doktor palsu.





Kredit foto: Facebook



Dalam statusnya, Dr. Azila berkata wanita itu ingin memasang pendakap gigi seperti kawannya, walaupun sebenarnya idea itu bertujuan supaya kelihatan lebih comel dalam gambar Instagram. Kawannya mendapatkan khidmat doktor gigi Instagram dengan kos RM220 dan wanita itu pula mendapatkan tawaran 'doktor' lain dengan harga hanya RM190.






Gembira dengan tawaran yang lebih murah, wanita itu bersetuju dan 'doktor' itu telah datang ke rumahnya untuk memasang pendakap tersebut. Menurut wanita tersebut, mulutnya dibasuh dengan cecair kebiruan yang menyakitkan sebelum pendakapnya dipasang.





Kredit foto: Facebook



Bagaimanapun mimpi indah wanita itu menjadi ngeri apabila seminggu kemudiannya wajahnya mulai membengkak, bibirnya juga bernanah. Wanita itu melaporkan kepada 'doktornya' yang mengatakan ianya adalah perkara biasa.





Kredit foto: Facebook



Tidak tahan menanggung kesakitan, wanita itu terpaksa mencari klinik gigi untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun terpaksa menahan kesakitan selama 3 hari kerana cuti Tahun Baru Cina. Akhirnya Dr. Azila berkata wanita itu terpaksa membayar jumlah yang lebih mahal hanya untuk membuka pendakap giginya. Dr.Azila juga mengesahkan wanita itu dijangkiti kuman berdasarkan pemeriksaan sampel darahnya.







Kredit foto: Facebook



Ramai netizen yang membaca perkongsian Dr. Azila berkongsi pengalaman hampir tertipu dengan 'doktor' palsu internet. Ramai yang berkata punca masalah ini sukar dibendung kerana harga pemasangan pendakap sebenar yang terlalu mahal sehingga mencecah RM5000.




Bagaimanapun diharap perkongsian ini menyedarkan ramai bahawa trend mendapat pendakap gigi murah atau untuk fesyen tidak berbaloi. Dapatkan perkhidmatan daripada mereka yang bertauliah supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 12:33 PM | Show all posts
adoiii aku tengok pn seram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 12:36 PM | Show all posts
Mendapatlah dik

Nak murah sangat kan ??

Tapi simpati jugaklah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kali fake braces dan fake dentists issues ni kena highlight d media massa. Tapi degil jugak korang ni still nak buat.

Dah zaman moden ni semua info di hujung jari, takkan la tak tahu juga apa yg berlaku. Sama ada malas membaca ataupun sejenis tak kesah akibat. Tunggu terhantuk baru terngadah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pedihhhhh

motip nak pakai braces untuk suka2?
tak paham la
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 01:03 PM | Show all posts
rasain lol

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 01:04 PM | Show all posts
alahaii takde penyakit cari penyakit..skrg sendiri tanggung..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
seramnye...i lebih rela jongang dr sakit cmni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Braces ni bkn dentist biasa blh pasang.. Kena cari pakar ortho..

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols nak padan kan deols... Cash mendpt yach! Sapa suh bodoh dekk, kita rkyt mesia kemain di dedahkaan dgn issue ni even ad yg kena dakwa kt court tp adek still bodoh so meols tepuk tgn jahh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:23 PM | Show all posts
Gile dah naik harga...dulu i pakai RM2000+....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:25 PM | Show all posts
sapeka replied at 22-3-2019 12:40 PM
pedihhhhh

motip nak pakai braces untuk suka2?

same i pun x phm...jaga kebersihan gigi dah la..tp biase la kot ikut trend lg fun
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:27 PM | Show all posts
Iols pasang tahun 2010, harga lebih kurang rm4k. 4 tahun kemudian baru boleh buka. Now rasa cam nak pasang balik je sebab rasa dah back to normal.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:27 PM | Show all posts
Mina2215 replied at 22-3-2019 12:37 PM
Dah banyak kali fake braces dan fake dentists issues ni kena highlight d media massa. Tapi degil jug ...

yg i pelik..knp x google dulu? research la skit.....zaman informasi dihujung jari kan?..
but i phm..x semua yg nerd mcm manja
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma nak ckp PADAN MUKA!! Isu ni dah lama news highlight kot. Masih lg ada y bodoh rupanya...menderita laa ko dgn mulut bengkak cenggitu..

Tapi reti plak nak g klinik gomen once dah sakit. Bodoh y amat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:47 PM | Show all posts
gadis_tulip replied at 22-3-2019 02:27 PM
Iols pasang tahun 2010, harga lebih kurang rm4k. 4 tahun kemudian baru boleh buka. Now rasa cam nak  ...

iye ke sis? patutlah xbf erra pasang tak bukak2 sejak 8 tahun dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 02:54 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 22-3-2019 02:47 PM
iye ke sis? patutlah xbf erra pasang tak bukak2 sejak 8 tahun dulu.

Tapi tak la seburuk cam gigi before buat brace. Kira ok cuma tak secantik lepas buka braces.

Actually, lepas bukak braces kena rajin pakai retainer selama 2 tahun. Tapi serious tak selesa pakai retainer so ai skip. Sebab tue la kot yang gigi ai cepat ubah ke normal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seriaunya dek. braces ni kene wat kat dentist bertauliah. bukan trend. harap jadi pengajaran. anak buah iols gigi helok pun sebok nk pakai braces ntah mane dapat. semate sebab ikut trend. braces ni iols tgk comot je, sorry yek
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:12 PM | Show all posts
pelik aku dgn bdk2 skg
beriya2 nk psg braces...
cantik ke
nk mkn pon seksa
kecuali la gigi ko betul2 nazak
bole la buat
tp biarla yg bertauliah

seriau tgk bibir beliau yg serupa mulut flowerhorn
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:15 PM | Show all posts
mengubah kejadian tuhan (susun atur gigi xsalah ke?)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.064339 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list