CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] PT3 kembali semula pada format ujian bertulis. Mula dengan Geografi dan Sejarah

[Copy link]
Post time 24-3-2019 04:16 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-3-2019 03:52 PM
SPM nanti expect paper anak jadi lebih susah sis. Berusaha dari form 4 untuk score. Anak sis tu ba ...

anak ai yang 1st nie moderate
math & sians bukan tahap excellent
lebih pada art & language
so dia awal2 dah maklum
form 4  nak masuk kelas yang xde add math
the prob is 3 kelas pertama semua ada suject add math
skrg dia di kelas ke 2 dalam batch
so ai pun nak kena ngk dulu result pt3 dia
kena ngk ke mana hala tuju utk dia
based kelebihan dia
she is gud at RBT.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 24-3-2019 04:13 PM
yup
sejak dari dia darjah 1 ai dah prepare
zaman KSSR kan

Anak uols lahir 2004 ke?
First batch kssr & kssm kan.
Sama lah kita
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-3-2019 01:26 AM
PT3 tu sebenarnya dah balik gi format PMR, selain daripada diperkenalkan format baru untuk certain p ...

oo kiranya soalan dulu lagi susah la gittew.. wahh genius kah iolsss... patut besepahhh dpt stret A skarang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 03:09 PM | Show all posts
    Akhbar Cina

Ujian bertulis: Cikgu dan murid kelam-kabut
25 Mac 2019 32


PETALING JAYA – Tindakan kerajaan yang menambahkan ujian bertulis untuk mata pelajaran Sejarah dan Geografi dalam PT3 mewujudkan keadaan kelam-kabut dalam kalangan murid dan cikgu.

Daripada menggunakan 100 peratus penilaian ke atas projek, Lembaga Peperiksaan telah mengubah format penilaian dengan projek hanya menyumbang 20 peratus dalam jumlah penilaian.

Sinchew Daily melaporkan, keadaan itu telah menimbulkan keadaan kelam-kabut terutamanya kerana penilaian bertulis akan mengambil tempat pada Oktober.

“Pelan pembelajaran dan pengajaran sudah pun ditetapkan dan perubahan yang diumumkan pasti memberi impak.

“Keadaan bertambah keruh kerana pihak berkenaan hanya mengumumkan perubahan, tetapi tidak memaklumkan perkara lanjut mengenai perubahan yang berlaku, ”  kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, Goh Boon Poh.

Katanya, pihak berkenaan sebelum ini pernah merancang pelaksanaan PT1 dan PT2, tetapi ia gagal direalisasikan kerana persediaan yang tidak mencukupi.

“Berikutan daripadanya, penilaian hanya akan dilaksana pada tahun ketiga, dan sekali lagi masalah persediaan telah ditimbulkan.

“Mereka asyik melakukan perubahan selepas mengesan wujud kesilapan dan masalah, keadaan inilah yang menjurus kepada pertambahan ujian bertulis dalam PT3 secara tiba-tiba,” katanya.

Menurutnya, walaupun PT3 bukan “peperiksaan” tetapi hanyalah “penilaian”, tetapi perubahan mendadak yang berlaku masih  memberi impak kepada pendidik dan pelajar.

“Kerajaan baharu harus menghapuskan amalan seperti ini.

“Sebelum mengumumkan apa-apa polisi, pegawai haruslah membuat pertimbangan teliti dan mengumpulkan pandangan semua pihak selain memastikan mempunyai masa mencukupi untuk melaksanakan dasar berkenaan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:41 PM | Show all posts
jiranku cikgu kata KSSM Form 3 memang susah sb byk sgt topik kena cover.  Form 4 lebih mudah.

Ini memangku akui sb anakku Form 3. Payah gila sains dan maths.  Byk topik Form4 dan 5 dibawak masuk ke Form3.  Haishh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Exam besar bulan Oktober,  perubahan dimaklumkan bulan March. Suka sangat buat keputusan tergempar. Guru kelam kabut,  pelajar pun panik. Kenapa tak rancang lebih awal nak ubah sistem peperiksaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 26-3-2019 06:50 AM
misoto replied at 25-3-2019 08:10 PM
Exam besar bulan Oktober,  perubahan dimaklumkan bulan March. Suka sangat buat keputusan tergempar.  ...


No la. Actually dari hujung tahun lalu KPM dah bagi makluman...Pekeliling pon dah kuar. Cikgu2 dan pelajar patutnya dah aware pasal ni. Aiol siap gi kursus selama seminggu bulan November tahun lalu. Kursus ni dibuat seluruh negara.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 26-3-2019 06:44 AM
nichiyoubi replied at 25-3-2019 01:43 PM
oo kiranya soalan dulu lagi susah la gittew.. wahh genius kah iolsss... patut besepahhh dpt stret  ...


Ha'ah. Jangan tak tahu zaman 90an, awal 200an dulu, pencapaian terbaik Malaysia dalam ujian Timss dan Pisa. Zaman bbnu ni merosot teruk underperfomed nak mampos. Sebab tu la gomen kelam kabut buat itu ini. Demi nak kejar ranking juga sebenarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 25-3-2019 03:09 PM
Akhbar Cina

Ujian bertulis: Cikgu dan murid kelam-kabut

Kalau ditanya cikgu Geografi dan Sejarah seperti keligs aiol, depa suka hada ujian bertulis dan markah kerja kursus pi 20% jah. Sebab hapa? Bebudak pemalas nak mampos buat kerja kursus (sekolah aiol la. Sekolah laen tatahu). If buat pon, sambil lewa jah kerja tadak kualiti. Diharapkan dengan kembalinya ujian bertulis ni, pelajar akan lebih amik serius akan dua matapelajaran nih. Bebudak hanat seperti bebudak sekolah aiols treat PT3 saperti takda nilai sedangkan PT3 ni la penentu masa depan penentu aliran mana depa akan amik bila dah masuk Form 4 nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2019 06:40 AM
Ha'ah. Jangan tak tahu zaman 90an, awal 200an dulu, pencapaian terbaik Malaysia dalam ujian Tims ...

Timms and Pisa tu apa cikgu besar? iols jaman SRP n SPM.. tak tau terms apo ni

ok maknanya bebudak skrg idaklah sebijak yg iols sangkakan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 03:11 PM | Show all posts
mamasaffiya replied at 25-3-2019 01:29 PM
Anak uols lahir 2004 ke?
First batch kssr & kssm kan.
Sama lah kita

yup my 1st daughter
bertabah lah ai nie
test 1 nie pun ada merundum
sbb format baru
so kena put effort lebih lah utk dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 03:14 PM | Show all posts
syadail replied at 25-3-2019 03:41 PM
jiranku cikgu kata KSSM Form 3 memang susah sb byk sgt topik kena cover.  Form 4 lebih mudah.

Ini ...

tau xpe
utk budak pandai pun dah suffer
inikan plak budak yang biasa2
sekolah anak ai sekolah biasa je
tapi batch form 3 tahun nie ada 200 org
math yang lulus suku je
itupun ramai yang cukup2 makan
termasuk lah anak sndri
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 03:16 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2019 06:37 AM
No la. Actually dari hujung tahun lalu KPM dah bagi makluman...Pekeliling pon dah kuar. Cikgu2 d ...

sesetengah student mmg aware
anak ai dari tahun lepas dah share info nie
tapi ai pun dah dpt info dari kawan2 cikgu
cuma biasalah bila nak starting point tu
mesti ada yang slack sbb 1st time
anyway tahun nie ada sekolah buat penetapan target pt3 x?
sekolah anak ai x nampak lagi setakat nie
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 03:20 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2019 06:47 AM
Kalau ditanya cikgu Geografi dan Sejarah seperti keligs aiol, depa suka hada ujian bertulis dan ma ...

sekolah anak ai plak setakat nie
x nampak mcm prihatin kat pt3
kalau concern pun nampak kat budak RK je
sbb tahun nie last batch RK
tapi bila ngk ranking pun sedia ada
budak RK failed juga math sains
honestly ai as parents prefer periksa bertulis
kerja kursus nie bkn anak2 je yang buat
ikut pengalaman kawan2 yang sudah
parents yang berhempas pulassss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2019 07:11 AM | Show all posts
Pemerkasaan PT3 dilaksana melalui 2 kaedah
27 Mac 2019 5:58 PM


PUTRAJAYA - Pemerkasaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksana melalui dua kaedah iaitu mengekalkan Pentaksiran Pusat (PP) sedia ada bagi lima mata pelajaran dan Pentaksiran Sumatif peringkat menengah rendah yang dikendalikan pihak sekolah bagi 18 mata pelajaran yang lain.

Lembaga Peperiksaan berkata, PP merujuk kepada pentaksiran yang dilaksana secara perkongsian akauntabiliti antara pihaknya dan sekolah iaitu kertas soalan ujian bertulis disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan pentadbiran pentaksiran dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

Pentaksiran Sumatif pula ialah pentaksiran yang dijalankan di akhir suatu pembelajaran seperti peperiksaan akhir tahun yang bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian murid dan dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah, kata lembaga itu.

Lembaga Peperiksaan berkata, bagi 2019, kertas soalan bagi ujian bertulis disediakan oleh lembaga itu.

"Bermula 2020 dan beberapa tahun seterusnya kertas soalan bagi ujian bertulis disediakan oleh sekolah menggunakan bank soalan dan panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin pada 14 Mac lepas berkata, antara usaha Kementerian Pendidikan untuk memantapkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah melalui Pemerkasaan PT3 mulai 2020.

Lembaga Peperiksaan berkata, format PT3 mulai 2019 telah dibangunkan mengikut kesesuaian dan keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang turut mengambil kira pandangan murid, guru, pentadbir dan ibu bapa melalui kajian berkaitan pelaksanaan PT3 yang dijalankan sejak 2015.

"Format baharu ini juga akan digunakan pada 2020 dalam pelaksanaan Pemerkasaan PT3," katanya.

Lembaga Peperiksaan berkata, perubahan format PT3 juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui surat siaran bertarikh 29 November 2018.

JPN juga telah membuat pemakluman kepada sekolah mulai Disember tahun lepas dan maklumat lanjut berkaitan format PT3 juga boleh diperoleh di portal Lembaga Peperiksaan www.lp.moe.gov.my.

"Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan usaha berterusan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan dilaksanakan bagi menjamin kualiti pentaksiran selaras dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 27-3-2019 03:11 PM
yup my 1st daughter
bertabah lah ai nie
test 1 nie pun ada merundum

Bertabah lah kita mak2 ni.
Anak kita pun test ari tu ada gak yg merudum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.078721 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list