CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4683|Reply: 14

PENGALAMAN MISTERI SEORANG ANGGOTA PENYELAMAT DI DALAM HUTAN

  [Copy link]
Post time 23-3-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by jack_lester at 23-3-2019 06:31 PM

Semalam den dah terjemah kisah benar dari Reddit "Confessions of a Deep Sea Diver, harini den terjemah satu lagi kisah mistik, juga dari pengalaman seorang pengguna Reddit. Kisah di dalam hutan.

************************************************

BAHAGIAN 1 :

Aku merupakan seorang anggota penyelamat yang berkhidmat di bawah Jabatan Perhutanan Amerika Syarikat. Disebabkan tak tahu dekat mana lagi tempat nak bercerita, aku memutuskan untuk berkongsi pengalamanku di laman Reddit ini. Sepanjang tempoh perkhidmatanku sebagai anggota penyelamat, dah terlalu banyak peristiwa aneh di hutan yang telah aku saksikan.

Sudah banyak kali sebenarnya aku berjaya menemui semula mangsa yang dilaporkan hilang di hutan. Punca sebenar kebanyakan daripada mangsa hilang adalah disebabkan tabiat mereka yang gemar berjalan-jalan, ada yang terjatuh dari tebing dan ada juga sebab sesat. Tapi, aku pernah jumpa dua kes di mana mangsa telah benar-benar hilang. Disebabkan dua kes inilah yang membuatkan aku untuk tidak pernah berputus asa dalam usaha mencari mangsa yang hilang. Kes pertama adalah kehilangan serentak dua adik beradik lelaki dan perempuan semasa mengutip buah beri bersama ibu bapa mereka. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Senang cerita, ibu bapa budak-budak tersebut terlepas pandang hanya untuk beberapa saat. Selepas gagal menemui anak mereka, maka kami pun dihubungi. Setibanya di tempat kejadian, kerja-kerja pencarian terus dijalankan. Tidak lama selepas itu, kami berjaya menemui si budak perempuan . Dia kemudian memberitahu bahawa ada seorang "lelaki beruang" memberikannya buah beri serta diminta untuk senyap. Lelaki beruang tadi kemudian meletakkan budak lelaki itu pada atas bahunya, lalu beredar pergi. Mendengar cerita tersebut, pada mulanya kami menyangka ia adalah kes penculikan. Sangkaan itu ternyata meleset berikutan tiada sebarang jejak manusia dikesan di tempat kejadian. Lagi satu, lelaki beruang itu digambarkan tidak seperti manusia biasa kerana dia bukan saja tinggi, bahka mempunyai gaya seperti beruang serta memiliki raut wajah yang sangat pelik. Meskipun operasi pencarian dijalankan berminggu-minggu lamanya, semua itu tidak mendatangkan hasil. Budak lelaki tersebut tidak pernah berjaya ditemui. Kes kedua, seorang remaja perempuan hilang ketika keluar pergi mendaki bersama ibu dan juga datuknya. Satu ketika, remaja perempuan itu memanjat sebuah pokok bagi menikmati pemandangan yang indah. Lebih sejam si ibu dan datuk duduk menunggu di bawah pokok, namun remaja perempuan itu tetap tidak turun. Selepas panggilan nama anaknya langsung tidak bersahut, maka si ibu pun membuat panggilan kecemasan. Gerakan mencari dilancarkan. Namun, sama seperti kes pertama tadi, tiada sebarang jejak mangsa yang berjaya ditemui. Pelik bukan? Bagaimana remaja perempuan itu boleh hilang tanpa disedari oleh ibu dan datuknya.

Seterusnya, berkenaan dengan anjing pengesan semasa operasi pencarian. Kadang-kadang, anjing pengesan ini membawa aku lurus ke tebing. Sekali lagi, tebing. Bukannya di tengah bukit atau mana-mana tempat yang mempunyai permukaan batu. Namun dalam sesetengah kes, kami berjaya menemui mangsa di tebing seberang atau tempat lain yang jaraknya hanya beberapa batu dari lokasi terakhir kami dibawa oleh anjing pengesan. Perkara ini memang nampak pelik tapi hakikatnya luar biasa. Apapun, bagiku semua itu ada penjelasan yang tersendiri.

Ini pula adalah kes yang sangat menyedihkan. Seorang budak perempuan maut secara tidak sengaja akibat terjatuh serta tertusuk dahan pokok yang tajam. Sebaik saja ibu mangsa dimaklumkan tentang kejadian itu, dia terus berteriak. Apatah lagi saat melihat mayat anaknya dibawa masuk ke dalam ambulan, jeritan tangisan yang sangat hiba kedengaran. Beberapa minggu selepas kejadian itu, ibu mangsa tadi membunuh diri. Mungkin dia berasa tidak guna lagi untuk meneruskan hidup tanpa kehadiran anak perempuan kesayangan di sisinya.

Dalam satu kes lain, kami dikerahkan untuk mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti memanjat. Seterusnya, kami memanjat ke lokasi kejadian dan menemui lelaki itu terperangkap pada jurang yang sangat dalam dengan keadaan kakinya patah. Bayangkan, dia terpaksa menanggung kesakitan seorang diri selama dua hari di tempat tersebut. Dakwa lelaki itu juga, ada "seseorang" berada di atas puncak. Ceritanya begini. Semuanya bermula dengan baik. Sampai di puncak, dia melihat ada seorang lelaki di situ. Lelaki yang tanpa sebarang alat kelengkapan mendaki itu berpakaian jaket dan seluar ski. Belum sempat pendaki tadi menyapa, lelaki misteri itu menoleh sekaligus menunjukkannya tidak berwajah. Pendaki tadi terus berasa ketakutan dan lekas untuk menuruni gunung. Disebabkan tindakan kelam kabut itulah yang menyebabkannya terjatuh. Semalaman terbaring keseorangan, dia terdengar bunyi langkah lelaki misteri tadi menuruni gunung serta satu jeritan sayu yang sangat menyeramkan.

Ini pula kes yang betul-betul menakutkan aku. Kami ditugaskan untuk mencari seorang remaja perempuan yang telah terpisah dari kumpulannya. Dia akhirnya ditemui meniarap di bawah batang pokok tanpa sebarang kelengkapan dan juga tidak berkasut. Meskipun tiada sebarang kecederaan yang dihadapi, dia dilihat masih dalam keadaan terkejut. Ketika mengiringi perempuan itu pulang, dia kerap kali menoleh ke belakang dan kemudian ada menyebut tentang seorang "lelaki berbadan besar serta bermata hitam". Memandangkan kami semua tidak melihat sesiapapun yang berada di kawasan situ, maka kami beranggapan itu adalah simtom kejutan yang dialami oleh mangsa. Bagaimanapun, lama kelamaan perempuan tadi semakin gelisah. Hinggalah satu ketika, dia berhenti berjalan, lalu menjerit menyuruh "lelaki" tadi berhenti untuk mengekorinya. Jeritnya lagi, dia tidak sesekali akan menyerahkan kami kepadanya. Selepas berjaya dipujuk oleh kami, perempuan itu kembali mengorak langkah. Pada saat ini, kami mula terdengar pelbagai bunyi aneh. Salah satu daripadanya adalah bunyi orang batuk. Sebaik saja tiba di markas operasi, perempuan itu tiba- memegang bahuku secara mengejut. Dia memberitahu bahawa "lelaki" tersebut tidak gemar melihat parut yang terdapat di leherku. Ya, memang betul ada parut kecil pada leher aku. Hal ini memang sangat memeranjatkan aku kerana selama ini parutku itu memang sentiasa tertutup dengan kolar baju. Entah bagaimana perempuan itu boleh tahu. Cerita belum habis lagi. Sejurus selepas perempuan itu memberitahuku pasal parut tersebut, aku terus terdengar bunyi orang batuk tepat di cuping telingaku. Bulu roma tak payah cakaplah, terus naik meremang. Aku  berpura-pura berlagak seperti normal. Tamat operasi pada malam itu, akulah orang yang betul-betul paling lega.

Kes terakhir aku nak ceritakan ini mungkin adalah kes paling pelik yang pernah aku hadap. Bunyinya  mungkin mengarut, tapi percayalah ia benar-benar berlaku. Pembaca mungkin boleh bertanya dengan kenalan masing-masing yang bekerja sebagai anggota penyelamat tentang perkara ini. Silap haribulan, mereka pun buat-buat  tak faham soalan. Apa yang aku maksudkan adalah tangga. Terjumpa tangga di tengah-tengah hutan. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Masa pertama kali jumpa, aku cuma diberitahu oleh rakan sekerjaku bahawa itu adalah perkara normal. Cumanya, aku ada dinasihatkan secara tegas agar tidak sesekali mendekati tangga tersebut. Sekarang kalau jumpa tangga dekat hutan, apa yang akanku buat? Buat tak tahu.

-Tamat-

Kredit dan pautan cerita asal -
https://amp.reddit.com/r/nosleep/comments/3iex1h/im_a_search_and_rescue_officer_for_the_us_forest/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 04:11 PM | Show all posts
Ala cerita tangga tu tu takde kesinambungan ker...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite tangga dalam hutan ni pun mcm pernah bace.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jack_lester at 23-3-2019 06:37 PM
immaryjane replied at 23-3-2019 05:54 PM
Cite tangga dalam hutan ni pun mcm pernah bace.


saya translate cerita ni link asal Reddit ye. bukan copy dari sesiapa pun. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca menarik. Tapi bila bab tangga tu tiba2 terbayang bayang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo saya rajin lyan kt youtube kisah2 mcmni..ada byk channel. Kisah us army masa kt Afghanistan lagi misteri..masa operasi tiba2 sarjan tu berada disatu bandar seperti realiti..ada budak2 kecik etc..rupanya mereka telah dibawa ke alam misteri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik.. tt sambung la lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita kat reddit ni seram tahap gila... ade x baca pasal entiti yang menghantui satu taman ..disiplin kan budak? Seram ..pastu pasal serial killer..pekan berantu .. etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangga apa la sbnrnya ya..suka g hiking tp mujur xpnh jmp pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Strange, but true stories. Tales from the light side, the dark side and the other side.. bleh share link asal tak?
Cerita glitches in time ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi tt
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 24-3-2019 08:14 AM
Ooo saya rajin lyan kt youtube kisah2 mcmni..ada byk channel. Kisah us army masa kt Afghanistan lagi ...

Yg ni apa title dia dkt utube sis...mcm best
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:54 AM | Show all posts
Conjuring sangat citer2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:50 AM | Show all posts
intanumbrella replied at 25-3-2019 06:46 AM
Yg ni apa title dia dkt utube sis...mcm best

ada byk sis..salah satu dia corpse husband..byk gila citer seram best2 kt situ..enjoi!

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong continue citer tangga... Menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.092012 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list