|
[Tempatan]
[Update] Peserta Hilang Ketika Larian : Masih Tiada Petunjuk
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 26-3-2019 04:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
GOPENG 26 MAC 2019. PASUKAN menyelamat ketika menjalankan SAR terhadap Mohamad Ashraf, hari ini. FOTO Muhaizan Yahya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti sukan luar di kawasan itu tidak perlu bimbang kerana kawasan terbabit masih selamat
Orang ramai... buatla aktiviti kat situ..... untung2 jumpa heols kan. Kesian family tunggu |
|
|
|
|
|
|
|
olaoli replied at 24-3-2019 08:22 PM
My friend yg join bgtau so far jumpa flask air dia je
Jatuh dlm lubang ke gaung ke.. org tak nmpk |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 26-3-2019 04:54 PM
Jatuh dlm lubang ke gaung ke.. org tak nmpk
Mana you tau? You tolak dia jatuh gaung ke? |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 26-3-2019 05:40 PM
Mana you tau? You tolak dia jatuh gaung ke?
Aku tolak ko masuk parit penuh limbah hari tuu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat trgedj remaja hilang masa rentas desa
Cari punya cari rupanya dh mati terduduk atas batu
Huwaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-3-2019 05:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sudah tiga hari, Ashraf belum ditemui
26 Mar 2019
NORMAWATI BINTI AH ADNAN
GOPENG - Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui sebarang petunjuk baharu dalam usaha mencari seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang, sejak Sabtu lalu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Yunus Abu berkata, skop pencarian pada hari ketiga operasi, hari ini telah diperluaskan, luar dari kawasan petunjuk sebelum ini.
"Pencarian akan kita mulakan di tempat mangsa bermula hinggalah lokasi terakhir pertandingan ini tamat, mungkin dengan cara itu kita akan temui petanda lain.
"Bagaimanapun untuk hari ini, belum ada sebarang perkembangan, kita juga tidak menemui apa-apa petunjuk baru melainkan botol air milik mangsa," katanya ketika ditemui, hari ini.
Operasi pencarian yang dilakukan anggota bomba di kawasan puncak Bukit Batu Putih
Beliau berkata, operasi pencarian dibahagikan kepada beberapa sektor termasuklah di kawasan puncak Bukit Batu Putih pada ketinggian 90 meter yang sukar dilalui menggunakan jalan biasa.
"Kita terpaksa gunakan tali untuk memantau kawasan berkenaan kerana keadaannya yang lereng berbatu dan curam, kita tempatkan dua kumpulan di situ," katanya.
Pihaknya juga akan membuat penilaian semula terhadap setiap petunjuk yang diperolehi menerusi perbincangan bersama setiap jabatan yang terlibat dalam operasi berkenaan.
"Petunjuk yang kita dapat daripada peserta larian dan orang awam sama ada dalam bentuk gambar atau maklumat menerusi panggilan terakhir mangsa, semua akan kita nilai semula," katanya.
Sabtu lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.
Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
GUT thn ni totally failed..tak jage betul2..haih laaa..hrp jumpe la si ashraf tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 26-3-2019 05:48 PM
Teringat trgedj remaja hilang masa rentas desa
Cari punya cari rupanya dh mati terduduk atas batu ...
Macam ingat kes ni .. yang lepas azan tempat tu baru jumpa ka.. kes sedih tu |
|
|
|
|
|
|
|
Baca komen dekat page gopeng ultra 2019 tu. Ada sorang lelaki ni komen dan lakar spot mangsa yang hilang ni. Maybe ada kelebihan boleh menengok benda yg tak nampak mata zahir kot. Macam nak sampai ke puncak gitu spot yg dia lakar. Then ada lagi sorang lady ni komen dia pn nampak tempat/spot yg sama. Ce korang gi baca sana |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya .moga dipermudahkan semuanya..aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Aaminnn.......
Kalau masih hidup..meremang bulu roma membayangkan kena bermalam dlm hutan..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Peserta 10 teratas maksudnya he was leading the run lepas tu tiba-tiba he went missing ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dijumpai dalam keadaan selamat. Macam kes Umairah ke sapa nama dia yang hilang sesat 19 hari kat gunung tahan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
paiayam replied at 26-3-2019 06:24 PM
Baca komen dekat page gopeng ultra 2019 tu. Ada sorang lelaki ni komen dan lakar spot mangsa yang hi ...
Baru baca td.. Sampai skrg belum jumpa lg.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
paiayam replied at 26-3-2019 06:24 PM
Baca komen dekat page gopeng ultra 2019 tu. Ada sorang lelaki ni komen dan lakar spot mangsa yang hi ...
Dekat fb eh? Nk g baca |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat dgn tmpt I...tak der pulak org membawang pasai nie masa mkn tghari tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika di tempat akak penganjur begini tidak dobenarkan lagi mengadakan apa apa upacara sampai kiamat. Penganjur mesti bertanggungjawab sampai adik ashraf dijumpai. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga Ashraf dijumpai dgn kadar segera dan selamat insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
paiayam replied at 26-3-2019 06:24 PM
Baca komen dekat page gopeng ultra 2019 tu. Ada sorang lelaki ni komen dan lakar spot mangsa yang hi ...
Akak membaca tadi dapati semua orang dilarang mengutuk penganjur dan disarankan berdoa sampai adik ashraf dijumpai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|