CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2862|Reply: 45

[Tempatan] Keputusan malam tadi. Kelab Golf Antarabangsa Seremban teruskan jualan bir

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 12:03 AM | Show all posts |Read mode
Kelab golf Seremban tarik balik larangan jual bir
March 24, 2019 11:35 PM



PETALING JAYA: Larangan menjual bir di Kelab Golf Antarabangsa Seremban ditarik balik berikutan keputusan sebulat suara mesyuarat agung luar yang biasa (EGM) yang diadakan malam ini untuk membatalkan larangan yang dikenakan oleh presiden kelab, Menteri Besar Ainuddin Harun.

“Ia ditarik balik serta-merta,” kata ahli kelab, Shanker Ramachandran kepada FMT.


Mesyuarat agung tersebut dipengerusikan oleh timbalan presiden, Razali Ab Malik, yang juga merupakan setiausaha kerajaan Negeri Sembilan.

Shanker yang menghadiri EGM itu berkata, kelab berkenaan menyediakan bir sebelum Ogos tahun lepas, tetapi diharamkan selepas Ainuddin menjadi presiden.

Kerajaan negeri merupakan pemilik padang golf 18 lubang di situ, tetapi 1,500 ahli memiliki bangunan kelab dan kemudahan sukannya.

Ahli kelab berkenaan kebanyakannya terdiri daripada pegawai awam, pesara dan kakitangan sektor swasta.

Sejak 1991, menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri dilantik sebagai presiden dan timbalan presiden kelab. Menteri besar juga melantik setiausaha, bendahari, kapten kelab dan 5 ahli jawatankuasa.

Shankar, yang merupakan salah seorang daripada 44 ahli yang memanggil EGM itu berkata, keputusan melarang jualan bir itu bukan sahaja bersifat satu pihak, tetapi juga berlawanan dengan amalan kelab sejak 63 tahun lepas serta kehendak majoriti ahlinya.

Beliau memetik Perkara 4.11 perlembagaan kelab yang membolehkan pembelian, pemerolehan, bekalan, jualan dan urus niaga barangan konsumer, termasuk peralatan golf dan sukan lain, arak, makanan dan kudapan lain yang dikehendaki oleh ahli.

Perkara tersebut dibangkitkan dalam mesyuarat agung tahunan kelab Oktober lepas dan jawatankuasa berjanji akan meneliti isu berkenaan, tetapi tidak ada apa-apa tindakan diambil sebelum ini, kata Shankar.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Waaaaaaaaaahhhh besar kuasa dia lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 12:20 AM | Show all posts
‘Maaf MB, kami tetap jual’
24 Mac 2019 11:45 PM

SEREMBAN 25 Mac - Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) malam ini menarik balik larangan penjualan minuman keras yang sebelum ini dilaksanakan berikutan cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Seramai 135 ahli berbayar kelab golf itu menghadiri mesyuarat tersebut dan menolak keputusan jawatankuasa pengurusan tidak menjual minum berkenaan yang dibuat dalam mesyuarat pada 20 Ogos tahun lalu.

Mesyuarat malam ini dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Razali Ab. Malik yang juga Naib Presiden kelab golf milik kerajaan negeri itu.

Aminuddin yang merupakan Presiden bagaimanapun tidak menghadiri EGM itu.

Seorang ahli kelab, V. Manimaran memberitahu, mesyuarat berlangsung kira-kira 30 minit dan sebahagian besar ahli membuat keputusan supaya minuman keras dijual.

"Wakil ahli telah memaklumkan keputusan itu kepada Naib Presiden dan menjelaskan larangan itu bertentangan dengan perlembagaan kelab yang mempunyai 1,500 ahli," katanya di sini malam ini.

Aminuddin pada 21 Mac lalu menegaskan beliau akan melepaskan jawatan Presiden SIGC sekiranya EGM malam ini memutuskan untuk menjual arak di kelab tersebut.

Beliau sebelum ini mencadangkan larangan penjualan minuman berkenaan dan ia telah dipersetujui jawatankuasa pengurusan kelab itu.

Aminuddin berkata, larangan itu bagi menjaga sensitiviti penduduk beragama Islam kerana kelab itu terletak berhampiran masjid dan perumahan yang didiami sebahagian besarnya orang Melayu.

Selain itu, jelasnya, ia tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Exco agama negeri . - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Amalan yg dipraktikkan sejak 63 tahun lepas. MB pun tak leh wat apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua MB  N9 otomatik jadi Presiden seremban golf club nih, termasuk Tok Mat pujaan lobaicai. Maknanya Umno lobai wannabe tak kesah pun depa jual arak ka tonggang ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 11:51 AM | Show all posts
Larangan jual alkohol di SIGC ditarik semula
Dikemaskini Hari ini 12:01 pagi
   

Larangan penjualan minuman keras di Seremban International Golf Club (SIGC) dilapor ditarik semula.

Keputusan itu dibuat selepas ahli-ahlinya dalam mesyuarat agung luar biasa petang ini sebulat suara menolak larangan yang dikenakan presiden kelab itu, Aminuddin Harun yang juga merupakan menteri besar.

Laporan Free Malaysia Today memetik salah seorang ahli kelab itu, Shanker Ramachandran sebagai berkata bahawa larangan itu ditarik serta-merta.

Shanker yang dilapor turut hadir mesyuarat itu berkata, larangan penjualan alkohol dikuatkuasakan Ogos lalu selepas Aminuddin menjadi presiden SIGC.

Shankar juga berkata larangan penjualan alkohol bukan saja dilakukan secara sepihak tapi juga bertentangan dengan perlembagaan kelab itu.

Mesyuarat hari ini diadakan selepas Shankar dan 43 ahli kelab yang lain menggesa ia diadakan.

Mesyuarat itu dilaporkan dipengerusikan timbalan presiden SIGC, Razali Ab Malik yang juga setiausaha negeri Negeri Sembilan.

Aminuddin sebelum ini menafikan dakwaan mengatakan beliau mengharamkan penjualan minuman keras di SIGC dan menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat secara muafakat oleh jawatankuasa SIGC.

Sin Chew Daily memetik Aminuddin sebagai berkata perkara itu telah dibincangkan dalam jawatankuasa SIGC sebanyak dua kali dan persetujuan dicapai menetapkan alkohol tidak boleh dijual di kelab berusia 67 tahun itu.

Dilaporkan padang golf itu milik kerajaan negeri, manakala rumah kelab dan kemudahan sukan lain dimiliki 1,500 ahli SIGC.

Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri secara automatik dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden kelab. Menteri besar juga melantik setiausaha, bendahari, kapten kelab dan lima orang ahli jawatankuasa.

Semalam, Free Malaysia Today melaporkan Aminuddin mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai presiden SIGC sekiranya kelab golf tersebut tidak mengutamakan sensitiviti tempatan.

“Apa pun saya tak kisah. Saya tak berada sebagai presiden SIGC pun tak ada masalah. Tak apalah, saya ikut tapi saya berhenti.

“Selain itu terdapat juga masjid berhampiran dan kedudukan saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam Negeri Sembilan (Exco Agama Islam),” katanya kepada portal itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2019 10:58 PM | Show all posts
MB Negeri Sembilan lepas jawatan kelab golf selepas larangan jual arak ditolak
March 25, 2019 8:59 PM


PETALING JAYA: Aminuddin Harun meletak jawatan presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) selepas mesyuarat agung luar biasa kelab itu menolak larangan menjual arak yang dicadangkannya.

Ditemui pemberita di satu program di Seremban hari ini, menteri besar Negeri Sembilan itu berkata surat peletakan jawatan akan ditulis dalam masa terdekat bagi menghormati keputusan mesyuarat itu.

“Saya tak ada masalah,” katanya, dan menambah perlembagaan kelab membolehkan penjualan arak di situ.

“Tetapi saya akan letak jawatan. Cuma belum sempat nak tulis hari ini. Pada dasarnya saya sudah meletak jawatan,” katanya.

Semalam, seramai 135 ahli berbayar SIGC menolak larangan penjualan arak yang diputuskan jawatankuasa pengurusan kelab pada satu mesyuarat 20 Ogos tahun lalu.

Aminuddin tidak menghadiri EGM kelab milik kerajaan negeri itu. Mesyuarat semalam dipengerusikan Naib Presiden Razali Ab Malik, yang juga setiausaha kerajaan negeri.

Aminuddin mengumumkan dia sedia melepaskan jawatan presiden kelab sekiranya larangan menjual arak ditarik balik pada 21 Mac lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti taliban tak payah la gigih nak jadi muntri. Jadi je la pengerusi surau ka maahad tahfiz ka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara mb x laku..maaf
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:22 AM | Show all posts
lepas ni boleh lah jaja arak percuma depan kelab...  yey....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
M5 replied at 26-3-2019 12:31 AM
Mentaliti taliban tak payah la gigih nak jadi muntri. Jadi je la pengerusi surau ka maahad tahfiz ka ...

Betul tu M, nampaknya org isle ni tak boleh bercampur dgn masyarakat....hari tu ada lobainita kutuk PM NZ sebab support LGBT siap suruh ummah jgn kagum dgn dia lagi walaupun PM NZ dah tolong org isle di NZ lepas serangan mesjid tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 26-3-2019 09:27 AM
Betul tu M, nampaknya org isle ni tak boleh bercampur dgn masyarakat....hari tu ada lobainita kutu ...

Lobai hanya kagum bila pm nz masuk isle. Buat la baik banyak mana pun, selagi tak masuk club muslimin muslimah tetap kena cop kapir jadi tungku api kat neraka. Itu je la polar pemikiran lobai. Hipokrit je sedih sendu meratap hiba sesama kristian bila ummah kena tembak tempoh hari.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 26-3-2019 09:22 AM
lepas ni boleh lah jaja arak percuma depan kelab...  yey....

Kalu mau test, boleh coba beer Hoegaarden. Bagus beer ni, ada zest limau
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Seremban golf club, Negeri MB face dilemma as he cannot resign as president
V Anbalagan - March 27, 2019 5:44 PM
267
Shares
  

Aminuddin Harun, the Negeri Sembilan menteri besar had agreed to resign after members voted to restore beer sales.
PETALING JAYA: The Seremban International Golf Club may have another problem on its hands now that its president Aminuddin Harun, the Negeri Sembilan menteri besar, has agreed to resign after members voted to restore beer sales.

And Aminuddin himself may be in a Catch-22 situation.

This is because the club constitution states that whoever is the state’s menteri besar automatically becomes club president.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:45 AM | Show all posts
M5 replied at 27-3-2019 04:04 PM
Kalu mau test, boleh coba beer Hoegaarden. Bagus beer ni, ada zest limau

kau tak payah nak promo najis ni kencing ni ke aku lah.  kau togok la sorang2 sampai kembung.  harap tak mamp dalam keadaan mabuk.  buruk taw...  wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:50 AM | Show all posts
M5 replied at 26-3-2019 12:31 AM
Mentaliti taliban tak payah la gigih nak jadi muntri. Jadi je la pengerusi surau ka maahad tahfiz ka ...

Ini boleh jadi precedent supaya semua kelab/persatuan atau organisasi tak letak automatik nama MB sbg presiden. Biar jawatan semua ditandingi secara demokrasi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2019 09:51 AM | Show all posts
M5 replied at 27-3-2019 04:04 PM
Kalu mau test, boleh coba beer Hoegaarden. Bagus beer ni, ada zest limau

Kwn aku cakap Paulaner sedap lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 28-3-2019 09:45 AM
kau tak payah nak promo najis ni kencing ni ke aku lah.  kau togok la sorang2 sampai kembung.  har ...

Arak rezeki yg baik, jangan terpedaya dgn dakyah kristian yg coba mengaitkan arak dgn najis kencing syaiton bagai

Cheers
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeaaaaah beer sudah minaaaaaang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 28-3-2019 09:51 AM
Kwn aku cakap Paulaner sedap lagi.

Petik nama kawan ye, ke malu sundri mau cakap paulaner sedap

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.084173 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list