CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2088|Reply: 8

Rambut Bermasalah? Cuba 10 Petua Rawatan Tradisional Ini (Bahagian 1)

[Copy link]
Post time 25-3-2019 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Rambut yang bermasalah memang merungsingkan. Kadang-kadang syampu yang mahal juga tidak mampu menyelesaikan masalah rambut kita. Kalau anda sudah putus asa mencuba pelbagai jenama syampu dan perapi rambut tetapi masih tidak dapat hasil yang diiinginkan, apa kata anda mencuba petua rawatan tradisional dan alami pula?



Kredit Foto: Vitamin for Hair Growth


Berikut 10 petua rawatan tradisional yang dikongsikan oleh Dr. Sandeep Suttar, seorang pakar ubat-ubatan tradisional dari Mumbai.


1. Rawatan Telur Ayam

Kredit Foto: Style Craze


Untuk merawat rambut yang kusam, pecah dan pukul sebiji telur di dalam mangkuk kemudiaan lumurkan pada rambut yang sebelumnya dibasahkan. Sekiranya rambut anda kering dan mengalami keguguran, gunakan hanya putih telur sahaja. Biarkan lumuran selama kira-kira 20 minit sebelum dibersihkan dengan air sejuk. Amalkan sekali sehari untuk hasil yang efektif.

2. Rawatan Labu Air



Kredit Foto: Blog Terapi Ekonomi


Potong, tumbuk dan lumatkan sebiji labu air. Perah airnya. Lumurkan pada rambut yang sebelumnya dibasahkan. Biarkan selama setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan sekali sehari untuk hasil yang efektif.

3. Rawatan Madu Lebah



Kredit Foto: Elite Daily


Campurkan 1 cawan perapi rambut anda dengan 2-3 sudu madu dan kacau hingga sebati kemudiaan lumurkan pada rambut yang sebelumnya dibasahkan. Biarkan selama setengah jam sebelum dibersihkan. Campuran ini akan menghasilkan rambut yang lembut dan licin.


4. Rawatan Serbuk Penaik



Kredit Foto: Beauty Epic


Ambil 3 sudu serbuk penaik dan cairkan dengan segelas air. Gunakan campuran ini sebagai perapi selepas menggunakan syampu harian anda. Lumurkan campuran ini dan biarkan selama 5 minit sebelum dibilas. Rawatan ini sangat sesuai untuk mengembalikan kesegaran rambut jika anda telah menggunakan produk penggaya rambut yang berat seperti minyak atau spray sepanjang hari.

5. Rawatan Cuka



Kredit Foto: Expertscolumn.com


Campurkan apa-apa jenis cuka makan (contohnya Apple Cider Vinegar) dengan air suam pada nisbah 1:1 dan lumurkan pada rambut yang sebelumnya dibasahkan. Biarkan selama 5 minit sebeluum dibilas.


Adakah anda pernah mencuba salah satu rawatan di atas? Nantikan 5 lagi rawatan rambut bermasalah cara traditional di Bahagian 2. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi suka buat rawatan keratin kat salun..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
1 3 4 5 semua dah cuba..tahan bau busuk ok lagi, yg tak tahan lama sgt nak tunggu berkesan..last2 takyah buat
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul yg no 5 tu???aq gunakan untuk hilangkan kutu pada anak kucing aq,n mmg bkesan tp bulunya can jadi kasar ckit...x berani la nk pakai kt rambut...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:13 PM | Show all posts
tq tt for info
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:46 PM | Show all posts
Elok gi saloon rambut jer buat treatment bukan semua cara tu sesuai untuk semua orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 07:20 PM | Show all posts
complicated .. gi salon je lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hanyur le letak telur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah try no 5 sbb rambut ada kelemumur pastu byk gugur..leceh sbb berbau walau dah shampoo 2-3 kali..kering lak tu so i x buat dah

Then lepas i bersalin rambut bertukar cycle hidup..now dah balik ke asal mcm dulu..volume bertambah dan kurang kelemumur...rasanya hormon yg paling kuat pengaruh pd rambut dan kulit kita..syampu yg sesuai pun penting jugak dan jgn lupa conditioner..ni utk elakkan rambut gugur terlampau lepas basuh rambut..mmg ada beza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.064254 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list