CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4199|Reply: 47

[Tempatan] Lahir di Malaysia bukan automatik jadi warganegara

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 01:54 PM | Show all posts |Read mode
KELAHIRAN di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu itu akan memperoleh kewarganegaraan secara automatik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya merekodkan status seseorang individu sebagai warganegara atau bukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa individu sewaktu kelahiran berlaku.

Justeru kata Mohd Azis, tiada individu yang direkodkan sebagai tanpa kewarganegaraan di negara ini.

“Namun, sekiranya ibu bapa mendaftar lewat perkahwinan selepas kelahiran kanak-kanak, manakala ibunya bukan warganegara, maka permohonan kewarganegaraan boleh dikemukakan kepada JPN di bawah Perkara 15A.

“Ia akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (PH- Beruas) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azis berkata, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk menguruskan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal kanak-kanak bertaraf bukan warganegara sebelum mereka berusia 21 tahun.

“Ini bagi mengelakkan isu keberadaan yang tidak sah di negara ini,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan dari Koo Ham mengenai penyelesaian terhadap isu kanak-kanak tanpa warganegara, Mohd Azis berkata, bebanan pembuktian kewarganegaraan anak adalah tanggungjawab ibu bapa, bukannya kerajaan.

Katanya, ramai ibu bapa di negara ini yang tidak mendaftarkan perkahwinan dan anak yang bakal lahir itu akan menanggung masalah mereka.

“Jadi, jika berani kahwin, beranilah untuk daftar dan tanggung kerana implikasinya akan berlaku kepada anak kelak.

“Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan supaya anak yang akan dilahirkan memiliki dokumen sah.

“Meskipun banyak kes yang dilaporkan, namun kerajaan masih menerima permohonan (kewarganegaraan) tetapi bukan menerusi Perkara 14 sebaliknya ia dipertimbangkan di bawah Perkara 15 A,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 1:42 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 02:04 PM | Show all posts
baguslah tgk ada ketat skit skrg nk jadi warganegara..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:52 PM | Show all posts
betul tu.. buat anak reti tapi nak uruskan pendaftaran anak harap kena suap..
patutnya kalau salah sorang mak bapak bukan warganegara, automatik anak bagi PR je..
sama dengan mak bapak PR..
dapat anak patutnya anak pun PR je la mana boleh jadi warganegara..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:32 PM | Show all posts
Bwak lar anak ngkau pegi kedutaan negara ngkau daftar dulu bodoH! Menyusahkann oghanggg betulll hengat bagus sangat lar konon nak tunggu daftarkan kat sneh dolo! Sial
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan takat anak warga asing je
Anak tempatan pon ada
Ada acik ni..kawen dgn askar tp bini kedua
X daftar kawen.
Anak anak dh besor panjang..
Pon xde surat beranak...pastu.org dh tolong bagi surat sokongan nak bawa ke jpn
Tetap x gi sebab jpn x call..
Iols cuma harap mak ni mati dlm keadaan keji sebab sanggup buat anak anak.dia jadi cm pelarian..
Baik.mati je dari kau hidup gini...
Mengharapkan org dtg kat ko bantu ko
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bangla kawen indon....anak nama Melayu...sekolah kat SEKOLAH KEBANGSAAN  lg tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 08:20 PM | Show all posts
Skuau replied at 25-3-2019 03:38 PM
bangla kawen indon....anak nama Melayu...sekolah kat SEKOLAH KEBANGSAAN  lg tu.....

Mulai saat ini haramkan kejadian sebegitu .
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-3-2019 03:38 PM
bangla kawen indon....anak nama Melayu...sekolah kat SEKOLAH KEBANGSAAN  lg tu.....

Mmg sop jpn mcm tu..kalau dua mak bapak PR..anak yg lahir sini automatik dpt warganegara..ni amalan sejak dulu lagi. Sbb aku ada kawan yg mak bapak ic merah tapi anak dpt ic biru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Atifan replied at 25-3-2019 10:20 PM
Mmg sop jpn mcm tu..kalau dua mak bapak PR..anak yg lahir sini automatik dpt warganegara..ni amala ...

Kerajaan nak ramaikan org melayu kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 25-3-2019 02:52 PM
betul tu.. buat anak reti tapi nak uruskan pendaftaran anak harap kena suap..
patutnya kalau salah  ...

Dah byk dah ank indon dpt ic biru....

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-3-2019 02:19 AM
Dah byk dah ank indon dpt ic biru....

suluk ada mykad pun bersepah kat Sabah. siap masuk U kat KL ni lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:14 AM | Show all posts
Kewarganegaraan ini ikut side siapa? Bapak atau emak?

Kalau emak masih warganegara Malaysia - anak dpt tak warganegara. Aii tanya sebab Malaysia tak bagi dual citizenship.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mak warganegara anak lahir sini automatik anak dapat warganegara... kalau bapak warganegara bini dia bukan org sini tak daftar kawin anak terganting xde warganegara
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:23 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 25-3-2019 08:18 PM
suluk ada mykad pun bersepah kat Sabah. siap masuk U kat KL ni lg

geng se matrik aku dulu mak pak warganegara Indon tiba2 dia seorang saja warganegara Malaysia & adik beradik lain takde warganegara & sheols berjaya masuk matriks & sambung ke UMS

nama sheols Lia India Fitri & berperangai haram jadah, kalo ko ada dalam forum ni sila bertaubat & balik la ke negara asal mu

btw Sabah memang negeri yang pelik macam mana set2 pilak, indon, om boleh jadi warganegara & dapat IC biru


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:29 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 26-3-2019 02:19 AM
Dah byk dah ank indon dpt ic biru....

ak ada mmber mak pak indon dia pun lahir kat indon... sampai aku abis sek baru aku tau dia actually indon..ic merah.. baru2 ni je baru dapat tukar biru sbb da lama duk sini.. yg bestnye dia dapat offer masuk itm siap ngn ptptn skali... ak mcm...wtf... kowang ni x check betul2 ke b4 offer tempat kat dia nie.. aku dapat rasekan mesti ada lagi ramai anak2 indon dapat same benefit mcm dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:49 AM | Show all posts
shida81 replied at 26-3-2019 09:29 AM
ak ada mmber mak pak indon dia pun lahir kat indon... sampai aku abis sek baru aku tau dia actuall ...

ye ke semudah itu?
pelik gak cemana bley lepas masok u, kan kena ada birth cert makpak kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 10:04 AM | Show all posts
rifaa replied at 26-3-2019 09:49 AM
ye ke semudah itu?
pelik gak cemana bley lepas masok u, kan kena ada birth cert makpak kan?

...

tu la pelik.. kawan iols tu pun pelik knp dia leh dapat .. since dia da dpt dia amik je la itm jengka.. tp dia x amik ptptn.. sbb mak pak dia loaded... loaded dr mak pak iols
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
MelayuBarua replied at 26-3-2019 01:37 AM
Kerajaan nak ramaikan org melayu kekdahnya

Anak 'melayu' ni lah bile besar berebut masuk ipta uitm biasiswa dgn anak melayu original kite, elok lg anak cine tongsan kerala pendatang india tu lg bile bsr, tetap pendatang kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak 'melayu' ramai nasib baik sampai leh jd menteri, kalu kat pejabat suk selangor tu ramai set2 jawa geli aku, mkn nasi ambeng gile ko mkn nasi putih campur dgn meehoon yaikss
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:25 AM | Show all posts
kt kg aku pun ade sorg indon ni ic merah, kawen ngan rakyat tempatan. anak2 ada ic biru, pastu siap leh memiliki tanah tu aku tak paham tu.  

plg wadefak, indon tu dpt ic baru 2-3 thn lepas, dpt je ic biru terus dpt giliran pegi mekah hokkay.  org kg lain suma bising sbb deme ni merayu-rayu kt tabung haji pun tak lepas2, ni indon tak smpi sethn dpt ic biru lepas plak gi haji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.106807 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list