View: 2705|Reply: 19
|
[Tempatan]
Berita baik: Penjawat awam akan kembali ke sistem kerja lama
[Copy link]
|
|
Sistem kerja lama dikembalikan - PM
SERDANG: Sistem kerja lama berteraskan tiga garis panduan akan dikembalikan dalam jentera operasi kerajaan bagi menangani isu kerenah birokrasi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, tiga garis panduan merangkumi sistem fail kerja, tatacara prosedur dan carta aliran tugas itu ketika ini dalam fasa akhir perincian sebelum ia dihebahkan ke sektor perkhidmatan awam.
“Saya sudah bincang dengan KSN (Ketua Setiausaha Negara) untuk perkenalkan balik sistem lama, iaitu fail kerja, tatacara prosedur dan carta aliran tugas supaya penjawat awam dapat mengenal pasti apa permintaan pengguna.
“Ini cara tingkatkan kecekapan dalam bidang berkaitan birokrasi, namun orang ramai juga perlu tahu tempat untuk dituju jika ingin meminta sesuatu kelulusan.
“KSN ketika ini berusaha untuk bekalkan kepada orang awam berhubung apa yang perlu dilakukan sekiranya ingin melaksanakan sesuatu urusan.
“Contohnya nak buka hotel, apa yang perlu dilakukan dan di mana tempat untuk dituju bagi mendapatkan kelulusan,” katanya pada sesi dialog sempena Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.
Dr Mahathir berkata, kerenah birokrasi harus ditangani kerana ia berupaya mengundang kesan negatif, khususnya ke arah menggalakkan amalan rasuah dalam sektor perkhidmatan awam.
“Kerenah birokrasi ini lazimnya melambatkan kerja, justeru orang akan bagi upah untuk percepatkan proses. Itu rasuah dan tidak baik kepada sistem pentadbiran perkhidmatan kerajaan.
“Oleh itu, inisiatif menangani birokrasi ini sedang diusahakan KSN, sebelum ia dihebahkan kepada jentera kerajaan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptamanya merayu anggota CUEPACS dan penjawat awam memberikan kerjasama kepada kepemimpinan kerajaan baharu bagi menyokong usaha pemulihan negara.
Berbekalkan keamanan dan bebas daripada sebarang tindakan liar, katanya, usaha itu berupaya dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun, sekali gus memacu matlamat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2025.
“Kita minta CUEPACS dan jentera kerajaan bersabar sikit, malah ‘ikat perut’ supaya hutang negara yang menjangkau nilai trilion ringgit angkara pentadbiran terdahulu dapat dikurangkan.
“Apabila hutang berkurangan, kita akan dapat membelanjakan wang ke arah usaha menangani peningkatan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan bersesuaian kepada rakyat,” katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ontua ni mencecer tak abis2..ujung2 guna balik sistem lama. baik guna sistem timbang kati terus.
nang bekunang |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 25-3-2019 02:59 PM
ontua ni mencecer tak abis2..ujung2 guna balik sistem lama. baik guna sistem timbang kati terus.
...
Mengundur masa lepas |
|
|
|
|
|
|
|
1. Don't implement something yang menyenangkan satu pihak, and menyusahkan yang lain. Buat kajian betul2. Jangan implement for the sake of memenuhi KPI orang atas dan memudahkan pemantauan tanpa impak positif untuk customer dan pekerja.
2. For the love of god, stop cakap pasal hutang negara and pentadbiran terdahulu x bleh ke. Grow up. Korang dah berada di situ, so do your effing job without pointing fingers. Sampai bila nk salahkan yang terdahulu and bear in mind that u were there for 22 years too. So u are part of the problem too.
3, Stop la bg hint yang korang x nk bagi ape2 kat govt servants, for the sake of nnt bg jgk untuk jaga nama baik. We know the game. |
|
|
|
|
|
|
|
merayuuu ..???
da merayu kat org pastu suruh org ikat perut
pikir la sendiri da sendiri yg nak sgt jd PM |
|
|
|
|
|
|
|
Hari sabtu keje balik tak? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaa..ni baru menangis tak berlagu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
So apa guna ISO yg sedia ada skrg.. fail meja mmg dah ada.. audit pun monitor.
Better jgn ckp pasal ikat perut.. kalau tak nak bagi diam je |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya kemaskini sistem sekarang bukannya patah balik ke belakang |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya makin maju ke depan..
tapi dia dok patah balik ke belakang..
apalah bakal jd dgn malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ak x paham..
sepatutnya sistem sekarang lagi elok dari yg lama...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by apam at 26-3-2019 11:03 AM
Back to 90's la balik. Nostalgia zaman 90's
Or maybe 80's. Dasar pandang ke timur.
So, harga barang pun akan turun balik ke zaman tu. Rumah 100k dah kira mahal.
Ai sokong !! |
|
|
|
|
|
|
|
balik zaman dulu
sure brg turun
tak sia-sia korang undi PH
|
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya sistem lama lagi bagus dari baru la ek?
sepatutnya sistem sekarang lagi ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ngkaw buat pejawat awam, pegawai pangkar bawah bagi markah jugak kat borang kpi pegawai gred atas deme??? What say you? Peopleee?? |
|
|
|
|
|
|
|
Civil service needs more than desk files, work procedure manuals
March 26, 2019 2:00 PM
After 30 years, desk files (fail meja), work procedure manuals (manual prosedur kerja) and flow charts (carta aliran tugas) are making a comeback. I still vividly remember when all this was first introduced in the early 1980s to enhance efficiency and work flow in the civil service.
To put it in a nutshell, a desk file is to spell out the tasks, functions and responsibility of an individual officer/staff while a work procedure manual is to document the work flow and output of a department or agency. Together with flow charts, they are supposed to provide clarity and enhance efficiency in the civil service. These documents spell out not only the tasks to be performed but also the time needed to complete the tasks.
From my experience, the challenge is in writing a “proper” desk file and manual. If we are not careful, there is a real danger of documenting the “activities” rather than “outputs” of each individual or department.
This is especially so when the civil service is bloated and when we have too many departments and agencies that are performing overlapping, or even duplicative, functions. On the surface, each department or agency will have its own desk files, manuals and flow charts, but the tasks being performed are essentially redundant and unproductive.
To be fair, desk files and work procedure manuals do help to enhance skill and knowledge among civil servants. If timeframes to complete certain tasks and processes are included in the desk files and manuals, the effort can help to reduce deliberate delay due to attempt to solicit bribes.
However, desk files and manuals can’t really help much in resolving the problems of over-staffing and duplication. Many departments and agencies are able to justify their own existence by producing elaborate desk files and long manuals even though they are performing unnecessary, overlapping or duplicative functions. Each of these functions inevitably causes delay.
For desk files and manuals to work effectively, we must first overcome overstaffing, redundancy and duplication in the civil service. For this, we need reorganisation, redeployment, privatisation or even a voluntary separation scheme which, to me, are much more daunting.
Only a lean and mean civil service will be able to cut bureaucratic red tape.
T K Chua is a FMT reader |
|
|
|
|
|
|
|
sembang byk orang tua ni.. kedai roti sendiri pun x pandai urus lagi nak sembang mcm pandai. bila nak potong gaji menteri2 kabinet sijil fake tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hah? Yang kena buat carta alir segala tu ka? Apa shit ini tak cukop bagus ka sistem sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
ketika kita jauh tersesat tanpa halatuju
.....kembali lah ke landasan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada pun skrg sis....markah lnpt 360, pegawai subordinat boleh bg mrkah pegawai atasan dia...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|