CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1111|Reply: 10

[Tempatan] 'Kita Bukan Buta Sejarah'

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
25 Mar 2019

ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diselar kerana cuba memanipulasi kesilapan teknikal perkataan ‘wira Jepun’ untuk meraih populariti politik.

Exco Pelancongan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, Najib sengaja menggambarkan konon Kerajaan Negeri Kedah mengagung-agungkan tentera Jepun yang menjajah negara apabila tugu peringatan yang dibaik pulih itu siap.

Menurutnya, ia adalah inisiatif Konsulat Jepun yang mahu bahan sejarah itu dipulihara.

“Kita bukan buta sejarah hingga nak agungkan penjajah, Najib yang buta sejarah kerana cuba ambil kesempatan atas kesilapan teknikal. Padahal tugu terbabit wujud sejak 1941 dan dibaik pulih, bukan kerajaan PH yang bina,” katanya, pada sidang media, hari ini.

Mohd Asmirul Anuar turut menasihatkan Najib agar memberi tumpuan kepada perbicaraan kes beliau setelah berdepan pelbagai pendakwaan, berbanding mengangkat isu remeh seperti ini.


“Benda kecil macam ni dimanipulasi, kami sekadar mahu ingatkan generasi muda agar celik sejarah, selain menolak peperangan dan hidup harmoni. Jika ada pihak mainkan sentimen sebegini, rakyat yang rugi,” katanya.
Menurutnya, orang ramai harus mengkaji sejarah dan celik maklumat, berbanding membuat kenyataan melulu.

“Saya sudah jelaskan, kami tidak iktiraf askar Jepun sebagai wira. Najib boleh datang jumpa saya jika mahu belajar sejarah Kedah,” katanya.

Semalam, Najib membidas Kedah kerana merasmikan Tugu Wira Jepun, selain mendakwa kerajaan negeri memberi gelaran ‘wira’ kepada askar penjajah yang disifatkan tidak wajar.

Pada masa sama, Mohd Asmirul Anuar kesal dengan tindakan provokasi Pemuda MCA Alor Setar yang memasang kain rentang berbaur perkauman pada pagar tugu terbabit, petang semalam.

“Jangan kaitkan isu ini dengan sentimen perkauman, ini hanya sejarah lalu. Saya beri amaran kepada mereka, jangan ulangi perbuatan ini kerana boleh undang ketegangan kaum. Jika masih berdegil, kita akan buat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, MCA sepatutnya berjumpa dengan pihak terlibat untuk penjelasan, bukan melakukan provokasi.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 25-3-2019 04:31 PM

Sendiri buat, najib yang salah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Exco makan gaji buta ka apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:10 PM | Show all posts
dasaq pandang ke timoq ceq...wakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape jadah la pi suruh najib concertrate kat kes dia. Jawap la tuduhan dia, setakat jawapan masalah teknikal, budak keje kfc pun swlalu kasi alasan mcm ni.

Dah padam ke belom? Apsal orang yg rasmikan tu cakap bukan duit kerajaan buat tugu? So lepas ni kalau ada tugu partay komunis malaya besar2 muka botak chin, asal bukan kerajaan bayar, sudah cukup? Ape ke tongong jawapan standard mcm ni?

Sape menteri komunikasi kerajaan ni? Buat kerja professional la sikit. Bagilah keyakinan sikit yg korang bukan sarkas.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Empayar Kedah Tua..Kerajaan Zabag mustahil dirogol Jepun, Mamak dan Siam Perut Hijau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 25-3-2019 12:31 PM
Empayar Kedah Tua..Kerajaan Zabag mustahil dirogol Jepun, Mamak dan Siam Perut Hijau

Betul.  Bugis pula tak mustahil dirogol makassar, melayu, jepun dan maluku
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 26-3-2019 06:56 AM
Betul.  Bugis pula tak mustahil dirogol makassar, melayu, jepun dan maluku

Najib Makassar Pon ngaku Bugis...ko yg Melayu Kedah asal usul Mamak pulak nak klaim bukan2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 07:59 AM | Show all posts
nobito replied at 25-3-2019 11:48 PM
Najib Makassar Pon ngaku Bugis...ko yg Melayu Kedah asal usul Mamak pulak nak klaim bukan2

Asal usul mamak? Hahaha. Siapa yang claim bukan bukan kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 26-3-2019 07:59 AM
Asal usul mamak? Hahaha. Siapa yang claim bukan bukan kat sini

YG ni muka kebiasaan orang Kedah kannn.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 26-3-2019 12:02 AM
YG ni muka kebiasaan orang Kedah kannn.

Takdenya muka berserabut macam tu jadi kebiasaan orang kedah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.077067 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list