CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3525|Reply: 27

[Tempatan] Sindir menyindir KJ, Syed Saddiq, Azmin, Nik Nazmi

  [Copy link]
Post time 25-3-2019 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Sindir menyindir KJ, Syed Saddiq, Azmin, Nik Nazmi

https://www.malaysiakini.com/news/469441

News  |  Diterbitkan Hari ini 1:41 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 1:41 tengahari



Kenyataan Nurul Izzah Anwar tentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam wawancaranya bersama media Singapura bukan saja mengundang kritikan terhadap ahli Permatang Pauh itu, tapi juga membuatkan ahli politik lain menyindir antara satu sama lain.

Melalui ciapan Twitter, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman menujukan sindirannya kepada bekas penyandang jawatannya, yang juga bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Syed Saddiq mengirim ciapan itu selepas Khairy menyindir Mohamed Azmin Ali dengan berkata menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak mempunyai visi dan arah dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara.

"Ketika dia (Azmin) jadi menteri besar Selangor, BN pun katakan hal sama - 'tal ada arah/visi/guna puntu belakang (jadi menteri besar)'.

"Tapi akhirnya dia buktikan dia yang terbaik. Skim Peduli Sihat, Bantuan Ibu Tunggal (Kiss), Skim Tawas, pinjaman mikro kredit tanpa faedah Hijrah.

"Anda (Khairy) masih sibuk buat klip video untuk Najib ketika itu," katanya.


Ciapan Khairy tentang Azmin itu adalah sebagai membalas ciapan ahli parlimen PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang mempersoalkan istilah 'cengeng' yang digunakan untuk merujuk kepada 'wanita yang menyatakan pendiriannya'.

Meski tidak menyebutkan secara spesifik, Nik Nazmi dipercayai merujuk kepada kenyataan Azmin yang mengkritik Nurul Izzah.

"Apabila seorang wanita membuat kenyataan, gelar dia cengeng? Tak patut, sangat tak patut," kata Nik Nazmi yang merupakan ahli parlimen Setiawangsa.


Azmin sebelum itu membuat ciapan dengan mengatakan bahawa Malaysia memerlukan orang yang mahu berjuang sehingga saat akhir dan bukannya orang yang banyak merungut.

"Negara ini memerlukan mereka yang mahu bekerja dan bersedia untuk menghadapi semuanya, bukan orang cengeng. Apa pun cabaran, kita perlu atasi. Jika tak mampu berdepan cabaran, keluar dari dapur," katanya.

Azmin dipercayai merujuk kenyataan Nurul Izzah dalam wawancara Straits Times yang antara lain menyebut bahawa Dr Mahathir sebagai "bekas diktator yang banyak membuat kerosakan".


Nurul Izzah berkata demikian ketika ditanya gambaran tentang cabaran yang dihadapinya kebelakangan ini.

Antara lain, bekas naib presiden PKR itu mengakui cabaran bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya.

"Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Dalam wawancara itu, Nurul Izzah turut menyatakan kekecewaannya terhadap beberapa perkara termasuklah penyertaan bekas wakil rakyat Umno dalam parti komponen PH.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 05:05 PM | Show all posts
KJ perli bakal bapak mertua si SS ni. ptt la beliau melenting
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:40 PM | Show all posts
sindiaq menyindiaq...kerja tak buat....bowdow punya menteri sekoq2...wakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok ler Tu kutuk mengutuk bawak bahagia...teruskan ciapan hahaha hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Empat penjuru
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:31 PM | Show all posts
wow budaya sindir menyindir skrg ni ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 08:52 PM | Show all posts
Rafizi bleum masuk lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yb-yb dah takde keje ke?  yb-yb melayu malas, kuat phd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 09:28 PM | Show all posts
Nurul Izzah dah hidu bau hanyir dlm pakatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 10:43 PM | Show all posts
saddiq punya kementerian punyalah haru, sibuk dia tulis panjang2 memuja-memuja mahathir, padahal isu reform parliament kau diam ya. dasar parti bunga raya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:10 PM | Show all posts
KJ tu, walau main-main twidder bagai, tetap dah buat yg terbaik di bawah gomen BN yg lalu....KBS sgt cemerlang dgn pencapaian atlet2 Malaysia di persada antarabangsa...terutamanya atlet2 paralimpik utk sukan olimpik di rio dgn gold dan silver medal lagi...sukan terjun dunia, basikal dunia dll pun byk kaut gold medals....KJ pun aktif join acara2 sukan mcm triathlon tu...mmg tepat sebagai menteri belia dan sukan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 11:49 PM | Show all posts
SS ni mmg banyak Syok Sendiri.
Maybe sbb muda sgt kot, x matang lg.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
adiwarna replied at 25-3-2019 11:10 PM
KJ tu, walau main-main twidder bagai, tetap dah buat yg terbaik di bawah gomen BN yg lalu....KBS sgt ...

ko tak tau ke menteri KBS yg baru...sgt hebat BERMAIN PLAYSTATION???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:43 AM | Show all posts
ciap menciap macam ayam berak kapur sekor2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 26-3-2019 12:09 AM
ko tak tau ke menteri KBS yg baru...sgt hebat BERMAIN PLAYSTATION???

Dgn dj2 hauk tak kelaka plak tu masalahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 25-3-2019 05:05 PM
KJ perli bakal bapak mertua si SS ni. ptt la beliau melenting

another KJ in the making la? aim anak bakal PM gituh biar dpt elevator access to the top. kalau naik tangga lambat la pulak merangkak2, lagi sadis sikit lagi nak sampai atas kena tendang tergolek jatuh tangga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 25-3-2019 05:05 PM
KJ perli bakal bapak mertua si SS ni. ptt la beliau melenting

Oh..iols ketinggalan keretapi. SS ni bercinta dgn anak Azmin ke? Ke dgn Azwan Ali?

Ops..kalo Azwan Ali, adik ipar. Kalo pak mentua anak Azmin la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:28 PM | Show all posts
di page Msiakini ramai hindu & cina yg setuju dgn nurul izzah pasal atok diktator

"Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah,"
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai mcm budak2... Da biasa jd pembangkang bile bg kj suh buat.. x buat ..sibuk nk complaint je...  Biarla pembangkang buat kj complain2... Ko da jd gomen wat la kj... Klu smua nk complaint sape nk wat keje.... Nk harap kan org tua tu yg buat segala...  Menyusahkan la
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 26-3-2019 12:09 AM
ko tak tau ke menteri KBS yg baru...sgt hebat BERMAIN PLAYSTATION???

Kahkah  Kawan aku kata geli gelemang dengar menteri belia membahasakan dirinya dgn nama sendiri dlm ucapan rasmi instead of 'saya'
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.433676 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list