CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 3

[Tempatan] Dua Pengarah, Kilang Tayar Didakwa Cemar Sungai Kim Kim

[Copy link]
Post time 25-3-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ISNIN, 25 MARCH 2019 @ 3:29 PM

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai, P Tech Resources Sdn Bhd dan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas 15 pertuduhan masing-masing membabitkan kesalahan gagal mematuhi pemantauan udara bersih dan buangan terjadual di Sungai Kim Kim.

Tertuduh, Wang Jing Chao, 34, warga Singapura, dan Yap Yoke Liang, 36, yang juga Orang Kena Saman (OKS) masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Jing Chao dan Yoke Liang masing-masing sebagai pengarah kilang berkenaan didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan pembuangan terjadual, iaitu gagal membuat pemberitahuan mengenai buangan terjadual yang ditetapkan di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Ia membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka juga didakwa atas lapan pertuduhan membabitkan udara bersih iaitu gagal menjalankan pemantauan berkala di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, akta yang sama.

Ia membawa hukuman denda maksimum RM100,00 atau penjara maksimum dua tahun,jika sabit kesalahan.

Kilang terbabit turut didakwa atas 15 pertuduhan sama yang diwakili dua OKS berkenaan.

Semua kesalahan dilakukan di PLO 113, Jalan Nibong 3, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, kira-kira jam 12.05 tengah hari pada 11 Mac lalu.

Mahkamah memerintahkan Jing Chao dan Yoke Liang masing-masing diikat jamin RM141,000 dengan seorang penjamin atas semua kesalahan terbabit.

Bagaimanapun Jing Chao dikenakan syarat tambahan iaitu penjamin perlu warga Malaysia selain melaporkan diri ke Balai Polis Pasir Gudang setiap 1 hari bulan sehingga kes saman itu, selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya Muhammad Asyraf Kamal dan Farra Nor Azura Jumuddin, manakala semua tertuduh diwakili peguam, G Subramaniam Nair.

Semalam, Jing Chao dan Yoke Liang mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan melupuskan buangan terjadual iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu.

Yoke Liang diperintah diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah manakala Jing Chao yang juga warga Singapura, tidak ditawarkan jaminan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yap Yoke Liang (kanan) dan Wang Jing Chao diiringi polis ketika dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman hisap rokok ditempat awam, denda maksimum 10k, penjara 2 tahun.

Eyh sama la dengan buang sampah dekat dalam sungai sampai 4000 orang susah. Baik perokok2 ni buang je bahan kimia dalam sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:37 PM | Show all posts
sepet penyokong kuat DAPee pakatan haramjada la ni...wakakakakakakakak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.077354 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list