CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 9

[Tempatan] Kes tampar pelanggan di MPH Nu Sentral

[Copy link]
Post time 25-3-2019 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Kes tampar pelanggan, MPH gantung khidmat pengawal keselamatan
Mac 25, 2019 16:31 MYT

RANGKAIAN kedai buku terkemuka MPH akan menyiasat kes di mana seorang pelanggan mendakwa dikasari dua pengawal keselamatan.

Menerusi satu kenyataan, MPH memberitahu mereka mengambil maklum kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan dengan sewajarnya.

"Kami berterima kasih di atas sikap prihatin anda dan membawa hal ini ke pengetahuan pihak pengurusan.
"Staf terbabit sudah digantung kerja buat sementara waktu sementara siasatan dilakukan," kata pihak pengurusan kedai buku itu.

Kejadian dilaporkan berlaku di MPH Nu Sentral pada Ahad di mana remaja berusia 13 tahun itu dikatakan telah ditampar sebanyak dua kali oleh pengawal keselamatan di situ.

Pengawal keselamatan itu mendakwa remaja berkenaan membawa keluar sebuah komik tanpa membuat bayaran terlebih dahulu, namun ibu remaja itu menyatakan ia satu salah faham dan anaknya sudah membuat bayaran.

"Dua orang pengawal keselamatan menarik anak saya masuk ke sebuah bilik untuk soal siasat dan tidak memberinya peluang untuk membuat penjelasan.

"Apabila mereka nampak sticker yang membuktikan buku itu sudah dibayar, mereka melepaskan anak saya tetapi langsung tidak meminta maaf," kata ibu remaja itu melalui satu entri di Facebook.

Keluarga remaja itu juga dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 05:20 PM | Show all posts
guard tu sape?? mesti bangla..xpun nepal... saman je mph.. saman...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:28 PM | Show all posts
Tak silap guard Nepal. Biasa aku masuk sana, aman2 aje guard tu greet. Sebelum ni pun ada kes budak leka sangat baca komik sampai keluar dr kedai. Guard tu just suruh stop & check dah bayar ke belum...Ke ni ada kes lain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 05:35 PM | Show all posts
Mesti guard Nepal mereka kadang agak over bila bertugas semua yang masuk kedai dia ingat nak mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 06:39 PM | Show all posts
mmg ptt la emak nya marah..agak2 lah jg.ptt minta maaf selesai lah
ni siap bg penampar pl .dah jd isu besar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Panas pula baca main tampar2 anak orang. ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je.....

Kuang ajar sgt nk tampar ank org
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak guards bangla dan nepal suka berlagak dan main hentam je. Geram pulak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 09:25 PM | Show all posts
mohon parent budak tu saman MPH
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Guard kat rumah aku sekarang ada camera kat body ke kepala mereka....apa ntah nama....so apa2 semua direcord ok! Dorang takleh buat hal, residents pun tak boleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.063805 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list