View: 1106|Reply: 11
|
[Tempatan]
Edar Arak Percuma Di Bandar Melaka
[Copy link]
|
|
25 Mar 2019
NOR FARHANA
MELAKA TENGAH - Tindakan penganjur pasar malam jonker Walk, di sini, yang didakwa membenarkan aktiviti pengedaran minuman alkohol secara percuma, Sabtu lalu, tidak seharusnya berlaku.
ADUN Kota Laksmana, Low Chee Leong berkata, perbuatan itu bukan sahaja dikritik, namun seolah-olah tiada nilai sensitiviti agama lebih-lebih lagi diadakan di depan pekarangan sebuah gereja di kawasan berkenaan.
Menurutnya, tindakan itu telah menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama memandangkan insiden terbabit berlaku ketika cuti persekolahan dan menjadi tumpuan lokasi pelancongan termasuk kehadiran pengunjung Melayu.
"Saya kritik perbuatan pihak penganjur pasar malam Jonker Walk yang dilihat hanya mementingkan kutipan bayaran tanpa mengambil kira nilai sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini, khusus di Melaka.
"Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) harus mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur dengan menarik balik lesen penganjuran," katanya.
Sementara itu, Pas negeri turut menyelar penganjuran berkenaan di kawasan tumpuan pelancong dan dianggap telah mencalarkan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang terkenal.
Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek berkata, kerajaan negeri sepatutnya bersikap lebih tegas dalam menangani perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik negeri ini yang berlaku di kawasan terbuka dan tumpuan ramai.
"Saya difahamkan promosi percuma minuman keras telah diadakan berhadapan dengan gereja Methodist, dan ianya sangat tidak menghormati sensitiviti penganut ajaran Katolik.
"Kami menggesa Ketua Menteri, serta kerajaan PH termasuk Exco yang terlibat tidak bersikap lepas tangan atau membiarkan ia berlaku demi memelihara dan menjaga sensitiviti masyarakat," katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"sngt tidak menghormati penganut ajaran katolik" biar betik??? |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Baru |
|
|
|
|
|
|
|
langsung tidak menghormati penduboq2 etis melaka.....penduboq etis sembah sains...sains mengatakan ethanol itu psychoactive....sains sentiasa tepat......sains tak perenah silap.....wakakakakkkaakkaakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Tp paderi katolik x kt apa pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu kan negeri pemberian Melayu kepada Belanda....apa salah nak meneruskan Budaya 3 bangsa Eropah yg pernah menguasai Kampung Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pas negeri melaka nih, prihatin.
tapi,
setakat mengarang panjang2 pastu sebar dlm grup wasap je nak buat apa??
buat la aduan kat balai, bg polis siasat. hadoihh... |
|
|
|
|
|
|
|
betul pe... pengikut katholik biasanya alim. ajaran kristian sebenar pun tak menggalakkan minum minuman keras. tu yang minum2 mabuk2 tu dah terpesong
|
|
|
|
|
|
|
|
@kucinghitam ikut ajaran nabi isa a.s arak tidak haram, sbb Tu pada awal islam sahabat merujuk pada ajaran nabi isa a.s masih lagi minum arak. Sehinggalah Ada sahabat yg mabuk Dan tersilap bacaan dlm sembahyang, lantas perlahan2 arak diharamkan. The point is arak tidak di haramkan Zaman nabi isa, seperti dlm lukisan the last supper. So siapalak dlm katolik yg haramkan arak??? |
|
|
|
|
|
|
|
forum sebelah kondem act ni.. melayu mudah trigger katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
@sekngucing ikut undang2 arak tak boleh diminum dijual secara terbuka, Dan perlu dpt kebenaran masyarakat setempat utk sebarang jualan, boleh check newspaper utk iklan notis penjualan arak, so suka2 hati distribute arak mmg violate law bkn lagi sensitivity masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
arnauld replied at 26-3-2019 12:13 PM
@sekngucing ikut undang2 arak tak boleh diminum dijual secara terbuka, Dan perlu dpt kebenaran masya ...
hahaha aku tau... tp diorang tak tau... |
|
|
|
|
|
|
| |
|