CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Jumpa Mayat Lelaki Dalam Tangki Air : Polis Kenal Pasti Mayat

  [Copy link]
Post time 26-3-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembong2 tu semua dah melarut kat air yg salur ke pengguna ..... sbb lama sgt. Baru ... mmg kembong sbb cecair dlm tu membusuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 26-3-2019 12:03 PM
mcm kes tangki air di apartment ke hotel ke
tp kes di luar negara lah
kesahnya penduduk perasan yg ...

Ya dah lama. Pasainya mayat sudah mereput
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kes lagu ni. Ada satu kes, depa memang berkurun pakai ayaq tu. Padahal penduduk memang perasan ayaq depa pakai untuk makan minum tu dah berbau, dan berwarna
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:12 PM | Show all posts
Remyda replied at 26-3-2019 12:07 PM
Ya dah lama. Pasainya mayat sudah mereput

btl ke mayat tu, penduduk tempatan yg hilang since 7/2018?klu btl, polis xde plk nk check kt tangki tu ye


lps ni klu ada org hilang
pls check tangki air masing2



Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:14 PM | Show all posts
Harap lepas2 keraplah pihak berkenaan lakukan pemeriksaan jangan tunggu bila ada kerosakan baru nak siasat dan lakukan pemeriksaan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 12:34 PM | Show all posts
tak dapat bayang sepanjang mayat ada dalam tu.. air tu buat masak minum mandi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 12:38 PM | Show all posts
arwah ni nama aiman.. aku baca kat page N9 Radar
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 01:00 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 26-3-2019 12:12 PM
btl ke mayat tu, penduduk tempatan yg hilang since 7/2018?klu btl, polis xde plk nk check kt tangk ...

Hilang dari july 2018... dah berbulan la depa minum “air mayat”
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.sinarharian.com.my/article/20186/BERITA/Tragedi/Polis-kenal-pasti-mayat-dalam-tangki-air
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:57 PM | Show all posts
trauma .. air  kaya zat protien
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 26-3-2019 01:16 PM
https://www.sinarharian.com.my/article/20186/BERITA/Tragedi/Polis-kenal-pasti-mayat-dalam-tangki-air

Thank u

Polis kenal pasti mayat dalam tangki air

26 Mar 2019

NORAFIDAH ASSAN
JEMPOL - Individu yang ditemui mati dalam tangki air Palong 12 Ahad lalu telah telah dikenal pasti berdasarkan penemuan dompet pada pakaiannya selain dilaporkan hilang pada Julai tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, hasil pemeriksaan pada mayat lelaki berusia 22 tahun itu telah menjumpai dompet pada pakaiannya mengandungi kad pengenalan yang beralamat terakhir di Desa Keratong, Pahang.

"Semakan pada kad pengenalan mendapati lelaki itu dilaporkan hilang sepertimana Tun Razak 618/18 repot bertarikh 10 Julai 2018 yang di laporkan oleh ayahnya," katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Muhd Nurhishamuddin berkata, penemuan mayat tersebut dilaporkan oleh pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) jam 5.40 petang Ahad lalu di Balai Polis Bandar Seri Jempol.

"Pekerja tersebut datang melawat tangki itu untuk melihat dan menyukat air dalam kolam agihan air.

"Berdasarkan siasatan awal, pemeriksaan terakhir yang dilakukan SAINS pada bulan Februari lalu tetapi tidak melihat ke dalam kolam agihan tersebut dan kali terakhir kerja mencuci dalam kolam agihan tersebut adalah pada bulan Oktober tahun lalu yang melibatkan jumlah takungan air bersih 800,000 gelen," katanya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mayat dilakukan semalam yang disertai oleh 10 anggota bomba dan penyelamat dari Unit Scuba dan telah keluarkan bahagian pinggang ke kaki jam 1.18 petang.

"Manakala bahagian cebisan dikeluarkan pada jam 2 petang.

"Seterusnya operasi dihentikan bagi tujuan pembuangan air dalam kolam agihan tersebut dan pada jam 6.10 petang, beberapa bahagian lain seperti tengkorak dan rahang serta beberapa tulang," katanya.

Beliau berkata, mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Jempol dan proses bedah siasat dilakukan hari ini bagi mengetahui punca kematian.

"Setakat ini kes ini klasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Semalam, Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, pihaknya telah melakukan kerja penutupan tangki air tersebut sebaik sahaja mengetahui mengenai penemuan mayat dalam tangki milik SAINS itu.

Katanya, kolam SAINS adalah kawasan larangan dan sedia maklum ianya berkunci.

"Pada masa ini SAINS dalam usaha membersihkan semula kolam tersebut sebelum bekalan air dibekalkan kepada pengguna di kawasan terlibat.

"Pembersihan dilakukan termasuk membuang semua air dalam tangki tersebut dan menggantikan dengan air yang baru," katanya.
Kolam Palong 12 mempunyai kapasiti sebanyak 800,000 gelen dan dijangka bekalan air akan dipulihkan hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh diri atau kena bunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg minum air direct..tanak nasi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:11 PM | Show all posts
harus jadi zombie semua penduduk kampung yg minum air rendaman mayat tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:13 PM | Show all posts
melugai tekak aku  baca ni
harus pasang cctv kt tangki air
kadang matpet layan stim jatuh dlm tu
mcm kita rebus lama2 ayam smpi isi dia hancur sebati dlm sop
gitula umpamanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 03:25 PM | Show all posts
camner dari keratong blh masuk dlm tangki di palong?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:27 PM | Show all posts
Penuntut UiTM Raub hilang selepas keluar ke kedai - Kampus
https://kampusuols.com/.../Penun ... lang-selepas-kel...

Aug 17, 2018 - Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 21, penuntut jurusan Sains Komputer ... hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Keratong ...

ni ke uollssss
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:36 PM | Show all posts
asfaz replied at 26-3-2019 11:15 AM
dari palong 12,13,14,15,16,
terlibat.
mertua ai palong 12,dikhabarkan dah lama arwah ni hilang  ...

emmmmmmm dap nye

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:37 PM | Show all posts
monreyes replied at 26-3-2019 03:27 PM
Penuntut UiTM Raub hilang selepas keluar ke kedai - Kampus
https://kampusuols.com/.../Penuntut-UiTM ...

ini ke?

Penuntut UiTM Raub hilang selepas keluar ke kedai
NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN Jumaat | 17 Ogos 2018       


KUANTAN - Polis meminta kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai maklumat atau mengenali seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub yang dilaporkan hilang sejak 9 Julai lalu.

Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 21, penuntut jurusan Sains Komputer dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Keratong Indah, Bandar Tun Razak, Rompin kira-kira jam 3 petang hari berkenaan.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Nor berkata, mangsa dilaporkan keluar rumah dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss untuk ke kedai berhampiran.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa tidak kembali semula memaksa ahli keluarga mencarinya namun usaha mengesan mangsa gagal hingga sekarang.
“Kehilangan mangsa sudah dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.335115 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list