CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 702|Reply: 1

[Tempatan] Kejayaan saya pengorbanan ibu

[Copy link]
Post time 26-3-2019 08:18 AM | Show all posts |Read mode


MACHANG: Lumpuh dari paras pinggang ke kaki sejak berusia dua tahun setengah akibat terjatuh tidak melunturkan semangat lelaki ini untuk berusaha gigih sehingga mengenggam segulung ijazah.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan, Muhammad Syafiq Mohd Azlan, 27, berkata, dia tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk tidak berjaya dalam akademik dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.90.

Anak bongsu daripada lima beradik ini berkata, untuk bergerak dia sepanjang masa perlu bergantung dengan kerusi roda.

Katanya selepas memperoleh keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dia menyambung Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang pada 2013.

“Setiap dua kali sebulan ibu (Sawiah Harun, 60) akan berulang alik menghantar saya dari Kuala Krai ke UiTM Machang untuk berjumpa dengan pensyarah bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

“Kejayaan saya pada hari ini didekasikan kepada ibu yang banyak berkorban masa dan tenaga menghantar saya untuk menghadiri kelas selama ini.

“Dalam masa sama, saya juga berasa sebak kerana kejayaan yang diraih ini tidak dapat dikongsi bersama arwah ayah (Mohd Azlan Mohd Zain) yang meninggal dunia pada 2015 kerana penyakit jantung dan kencing manis kronik,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-90 di UiTM Cawangan Kelantan di sini semalam.

Seramai 625 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing yang disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah.

Sementara itu, seorang lagi graduan Diploma Pengajian Perbankan, Siti Noratirah Othman, 22, yang juga penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dengan CGPA 3.78, bertekad mahu mengubah nasib keluarga ke arah lebih baik.

“Ayah hanya bekerja sebagai buruh untuk menyara kami sekeluarga dan ini menjadi pembakar semangat untuk saya belajar dengan bersungguh-sungguh.

“Saya membesar dalam keluarga serba sederhana dan saban hari ayah berhempas pulas mencari rezeki halal bagi menyara saya dan adik beradik yang masih bersekolah untuk memastikan kami mendapat pendidikan pada tahap tertinggi,” katanya.

Anak kedua daripada enam beradik ini berkata, untuk mendapatkan keberkatan dalam pelajaran, dia selalu menghubungi kedua ibu bapanya untuk meminta restu setiap kali menduduki ujian di universiti.

“Saya juga menunaikan solat hajat hampir setiap hari sebelum menghadiri kuliah selain mengamalkan bacaan dari Surah Al Mulk.

“Dua perkara ini sudah menjadi amalan saya sehingga ke hari ini,” katanya yang kini menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 8:00 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 11:10 AM | Show all posts
anak2 aku tu walopun degil asal nk piksa je mesti akan memohon doa restu dari aku ni mintak diorg dpt jwb paper..alhamdulillah dari piksa upsr upp1 spm semesta satu dua final ddan segal piksa baik2 saja result mereka. Doa dari seorg ibu itu Allah makbulkan selagi dia tidak berada dalam kemaksiatan dan perkara syirik..wallahualam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061182 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list