View: 2351|Reply: 9
|
Jurutera Nekad Saman Bekas Majikan RM5.2 Juta Sebab Kentut Di Hadapannya
[Copy link]
|
|
Seorang jurutera menyaman bekas majikannya hampir 1 juta pound (RM5,365,012) kerana 'melepaskan angin' terhadapnya di dalam bilik pejabat kecil tidak bertingkap.
David Hingst dari Melbourne, Australia menyaman bekas majikannya di Construction Engineering kerana membulinya dengan melepaskan kentut di hadapannya.
Gambar Hiasan
Dia memberitahu mahkamah bahawa tindakan itu adalah salah satu bentuk buli dan penyelia Greg Short sering melepaskan kentut di tempat kerja, lapor AAP.
Disebabkan itu, Hingst terpaksa menyembur pewangi terhadap Short yang digelarnya Encik Busuk.
"Saya terpaksa duduk menghadap dinding ketika dia masuk ke dalam pejabat yang kecil tanpa tingkap itu.
"Kemudian, dia akan melepaskan kentut ketika melintasi runagan kerja saya. Dia melakukannya lima hingga enam kali sehari," katanya.
Menurut Hingst, dia mengalami tekanan berat akibat tindakan Short dan mahu menyaman lelaki itu sebanyak 970,761 pound (RM5,205,167).
Mahkamah Agung Victoria bagaimanapun menolak kes itu pada April tahun lalu kerana hakim Rita Zammit mendapati perbuatan Short melepaskan kentut tidak semestinya suatu perbuatan buli namun, Hingst nekad membuat permohonan semakan keputusan mahkamah.
Short bagaimanapun mendakwa dia tidak ingat melakukannya.
"Mungkin saya ada terkentut sekali dua. Saya tidak ingat, jadi saya tidak akan mengatakan bahawa saya tidak melakukannya. Cuma, saya tidak ingat ada melakukannya," katanya yang menafikan dia sengaja berbuat begitu untuk mengganggu Hingst.
Hingst mendakwa tingkah laku Short adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menyingkirkannya dan telah menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan yang berat selain mendakwa Zammit berlaku tidak adil dan berat sebelah terhadapnya.
Difahamkan, Mahkamah Rayuan akan menetapkan keputusan pada Jumaat ini. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam ni pon ade... tapi memang stress kalau bau kentut orang.. anak kentut busuk dalam kereta pon mengagau carik tingkap nak bukak.. ni kan pulak ofis yg takde tingkap.. boleh migrain satu hari oii |
|
|
|
|
|
|
|
adui mcm ni pun ade ke................ |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu jangan buat perangai kurang sopan tak pasal2 kena saman nanti |
|
|
|
|
|
|
|
adoiiiiiiii...mesti busuk giler kentut tu
sampai sakit jiwa dia |
|
|
|
|
|
|
|
mesti mengganggu pernafasan ni sbb tu nk saman |
|
|
|
|
|
|
|
kalau 2,3 kali ok la mungkin kelakar jua tapi kalu dh 7 kali tu tak kelakar la..dah la takda tingkap boleh mati keracunan bau |
|
|
|
|
|
|
|
kawan bantai makan garlic kot... mana la xmelepas angin..tp tu point nak gaduh ler tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dan2 trs tak ingat berapa kali dah kentut kat org tu ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|