CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2271|Reply: 9

Jurutera Nekad Saman Bekas Majikan RM5.2 Juta Sebab Kentut Di Hadapannya

[Copy link]
Post time 26-3-2019 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Seorang jurutera menyaman bekas majikannya hampir 1 juta pound (RM5,365,012) kerana 'melepaskan angin' terhadapnya di dalam bilik pejabat kecil tidak bertingkap.


David Hingst dari Melbourne, Australia menyaman bekas majikannya di Construction Engineering kerana membulinya dengan melepaskan kentut di hadapannya.




Gambar Hiasan




Dia memberitahu mahkamah bahawa tindakan itu adalah salah satu bentuk buli dan penyelia Greg Short sering melepaskan kentut di tempat kerja, lapor AAP.


Disebabkan itu, Hingst terpaksa menyembur pewangi terhadap Short yang digelarnya Encik Busuk.

"Saya terpaksa duduk menghadap dinding ketika dia masuk ke dalam pejabat yang kecil tanpa tingkap itu.

"Kemudian, dia akan melepaskan kentut ketika melintasi runagan kerja saya. Dia melakukannya lima hingga enam kali sehari," katanya.


Menurut Hingst, dia mengalami tekanan berat akibat tindakan Short dan mahu menyaman lelaki itu sebanyak 970,761 pound (RM5,205,167).








Mahkamah Agung Victoria bagaimanapun menolak kes itu pada April tahun lalu kerana hakim Rita Zammit mendapati perbuatan Short melepaskan kentut tidak semestinya suatu perbuatan buli namun, Hingst nekad membuat permohonan semakan keputusan mahkamah.


Short bagaimanapun mendakwa dia tidak ingat melakukannya.

"Mungkin saya ada terkentut sekali dua. Saya tidak ingat, jadi saya tidak akan mengatakan bahawa saya tidak melakukannya. Cuma, saya tidak ingat ada melakukannya," katanya yang menafikan dia sengaja berbuat begitu untuk mengganggu Hingst.


Hingst mendakwa tingkah laku Short adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menyingkirkannya dan telah menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan yang berat selain mendakwa Zammit berlaku tidak adil dan berat sebelah terhadapnya.


Difahamkan, Mahkamah Rayuan akan menetapkan keputusan pada Jumaat ini. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 02:07 PM | Show all posts
macam ni pon ade...  tapi memang stress kalau bau kentut orang.. anak kentut busuk dalam kereta pon mengagau carik tingkap nak bukak.. ni kan pulak ofis yg takde tingkap.. boleh migrain satu hari oii
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:49 PM | Show all posts
Lain macam gurau
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:12 PM | Show all posts
adui mcm ni pun ade ke................
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:57 PM | Show all posts
Sebab tu jangan buat perangai kurang sopan tak pasal2 kena saman nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 07:54 AM | Show all posts
adoiiiiiiii...mesti busuk giler kentut tu
sampai sakit jiwa dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2019 09:15 AM | Show all posts
mesti mengganggu pernafasan ni sbb tu nk saman
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 11:49 AM | Show all posts
kalau 2,3 kali ok la mungkin kelakar jua tapi kalu dh 7 kali tu tak kelakar la..dah la takda tingkap boleh mati keracunan bau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2019 11:57 AM | Show all posts
kawan bantai makan garlic kot... mana la xmelepas angin..tp tu point nak gaduh ler tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2019 02:03 PM | Show all posts
dan2 trs tak ingat berapa kali dah kentut kat org tu ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060314 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list