CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 2

[Tempatan] Laksana peluasan Sistem Rekod Perubatan Elektronik

[Copy link]
Post time 26-3-2019 01:40 PM | Show all posts |Read mode
SEBANYAK 25 peratus daripada 145 hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara sudah memiliki sistem teknologi maklumat bagi merekod perawatan pesakit termasuk Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kaedah rekod maklumat secara digital itu dilaksanakan di beberapa hospital dan klinik kesihatan KKMA, sejajar dengan perkembangan sektor teknologi perubatan.

Katanya, kaedah rekod secara digital itu turut dilaksanakan di beberapa negara jiran.

“KKM merancang untuk melaksanakan peluasan EMR secara strategik di hospital serta klinik seluruh negara secara berfasa dalam tempoh tiga tahun.

“Menerusi kaedah ini, informasi akan bergerak bersama pesakit sekaligus membolehkan mereka mendapat rawatan yang lebih menyeluruh walau di mana sahaja.

“Kertas kerja mengenainya sudah lengkap dan akan dibentangkan dalam masa terdekat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Hasan Bahrom (BN-Tampin) pada sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Hassan meminta KKM menyatakan adakah kementerian terbabit merancang untuk merekod maklumat pesakit secara digital seperti di lakukan Singapura dan Thailand bagi memudahkan rakyat menerima perkhimatan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan berbanding kaedah manual.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan Hasan berhubung isu keselamatan data yang direkodkan, Dr Dzulkefly berkata, isu keselamatan siber sememangnya diberi tumpuan.

“KKM akan menjaga sebaik mungkin maklumat yang diperoleh daripada pesakit,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai statistik pengidap diabetes dan obesiti di negara ini, Dr Dzulkefly berkata, kerajaan prihatin terhadap peningkatan prevalen obesiti dan diabetes di kalangan rakyat Malaysia justeru beberapa pelan tindakan jangka panjang dibentuk bagi menangani masalah itu.

Katanya, ia termasuklah Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (2016-2025), Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III (2016-2025) dan Pelan Strategik Aktiviti Fizikal Kebangsaan (2017-2025).

“Salah satu polisi bagi menangani masalah obesiti dan diabetes adalah melalui pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman manis bergula yang telah diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2019.

“Selain itu, satu Kajian Keanjalan Permintaan Sugar-Sweetened Beverages di Malaysia akan dijalankan oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM) tahun ini bagi mengenal pasti kesan kenaikan cukai ke atas permintaan atau pengambilan minuman manis kepada rakyat Malaysia.

“Kajian itu membolehkan kerajaan

memperolehi anggaran hasil kepada negara selepas cukai itu dilaksanakan ” katanya.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, prevalen Diabetes di Malaysia adalah sebanyak 8.3 peratus pada tahun 1986 dan terdapat peningkatan sebanyak dua kali ganda pada tahun 2015 iaitu sebanyak 17.5 peratus.

Manakala, prevalen obesiti turut meningkat empat kali ganda dari 4.4 peratus pada tahun 1996 kepada 17.7 peratus pada tahun 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 12:29 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 01:57 PM | Show all posts
tahniah..antara menteri yg nampak buat kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 07:00 PM | Show all posts
Abah aku meninggal sebab kemunduran sistem rekod perubatan yg mundur di Malaysia. Dia koma kat Hospital Teluk Intan tapi rekod perubatan di HTAR Klang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057917 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list