CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 896|Reply: 8

[Tempatan] Teksi elektrik pertama Mei ini, Sam berkacamata bulat pamer model

[Copy link]
Post time 26-3-2019 01:42 PM | Show all posts |Read mode




MALAYSIA akan menjadi negara pertama menyediakan perkhidmatan teksi elektrik dijangka beroperasi pada pertengahan Mei depan.

Pengarah Big Blue Capital (M) Sdn Bhd (Big Blue) Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, teksi elektrik dikenali Zeno bermaksud anugerah tuhan dalam bahasa Greek itu, dengan kerjasama tiga syarikat dari China.

“Big Blue diberi lesen pertama operasi teksi elektrik secara e-hailing oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“APAD meluluskan 10,000 kenderaan e-hailing jenis teksi kepada kami sekali gus Big Blue menjadi syarikat pertama peneraju teksi elektrik di dunia,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Central, Jalan Ampang, hari ini.

Katanya, empat jenis kenderaan teksi elektrik akan dikeluarkan iaitu 2,000 jenis kompak, 3,000 sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) serta 5,000 kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ia dijangka beroperasi sepenuhnya akhir tahun depan.

“Lapan kereta elektrik akan dibawa masuk ke Malaysia untuk Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan berada atas jalan pertengahan Mei depan untuk promosi.

“Selain itu, 1,000 hingga 5,000 kenderaan lagi akan dibawa masuk untuk perasmian pada 12 Julai depan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC),” katanya.

Menurutnya, kereta elektrik itu dilengkapi tiga tablet yang diletakkan di papan pemuka dan dua diletakkan pada ‘head rest’ kerusi pemandu dan penumpang.

“Selain itu, sebagai langkah keselamatan kereta ini dilengkapi dengan kamera yang akan meliputi luar, dalam dan belakang sekiranya kemalangan dan gangguan lain.

“Ia juga akan menggantikan semua teksi Big Blue dan tambangnya menggunakan kaedah sama seperti teksi sekarang.

“Kami juga sudah melancarkan aplikasi Big Blue Customer iaitu khas untuk pelanggan yang mahu menggunakan teksi serta Big Blue Partner bagi pemandu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 12:26 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 02:14 PM | Show all posts
nanti dah beli cmne nak lawan grab?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta elektrik mcm best je...ada tempat khas untuk parking lagi kat Pavilion...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Big blue = pegi mampos.

Adalah dgn teksi listrik ni pemandu still kene byr RM 200 utk permit masuk 4 hotel oleh big blue ?

Bila hotel Tak kenakan bayaran, apad Tak kenakan bayaran, dbkl Tak kenakan bayaran?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 02:51 PM | Show all posts
Macam mana charge harga dia?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:55 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 26-3-2019 02:15 PM
Kereta elektrik mcm best je...ada tempat khas untuk parking lagi kat Pavilion...

untuk pemilik individu bagus. stengah tempat parking ada charging station di choice locations and such.


utk big blue neh, tang mana 10,000 teksi nak pergi utk charge beteri?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 05:12 PM | Show all posts
tunggu masa je laaa nak sekau.  puas hati lah puak2 ni goreng rakyat......  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
So ironic, ko nak rasmikan taxi electric ko kat klcc, ibupejabat Petronas, mau nye bos2 bsr petronas xsenang hati bile org da start beralih ke kenderaan electric
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 06:59 PM | Show all posts
naik grab aku bawa RM10 tapi bila naik teksi meter papar RM15

ko pilih mana????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.064604 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list