CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1339|Reply: 13

[Tempatan] KL-Singapura laluan paling sibuk di dunia. 30,187 penerbangan

  [Copy link]
Post time 26-3-2019 03:12 PM | Show all posts |Read mode
KL-Singapura laluan paling sibuk di dunia
26 Mac 2019 2:10 PM


KUALA LUMPUR 26 Mac - Laluan perjalanan udara di antara Kuala Lumpur ke Singapura dinamakan sebagai laluan antarabangsa yang paling sibuk di dunia dengan 30,187 penerbangan beroperasi.

Menurut laporan OAG, Kuala Lumpur disenaraikan sebagai dua daripada lima pasaran utama antarabangsa paling sibuk di dunia, manakala laluan Incheon ke Osaka turut mencatatkan jumlah penerbangan yang meningkat dengan sejumlah 2,223 penerbangan.

“Laluan paling sibuk di dunia, Korea Selatan Jeju ke Seoul, juga merupakan satu daripada yang paling singkat, dengan 79,460 penerbangan beroperasi, diikuti oleh Melbourne ke Sydney dengan 54,102 penerbangan.

“Tiga puluh peratus daripada laluan antarabangsa paling sibuk di dunia beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG), yang disenaraikan dalam enam daripada 20 pasaran utama antarabangsa yang paling sibuk di dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

OAG merupakan syarikat pembekal data perjalanan global yang dan telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.

Tambah OAG, Singapura merupakan destinasi paling popular bagi laluan jarak jauh paling sibuk di rantau itu, dengan enam ketibaan di negara berkenaan.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 06:10 PM | Show all posts
Rugilah HSR kena cancel
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib dah nmpk semue ni, buat hsr x rugi, ntah2 lg ramai naik, sbb lg cpat dan.mudah dr flight,sampai kl masuk bandar terus xde bhenti kat sepang, check in sekejap je boleh lenggang2..tibe2 iols rindu najib
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk artikel laluan KL-Singapura paling sibuk di dunia, tapi dlm artikel tulis flight Jeju - Seoul lagi banyak.

So, yang mana satu paling sibuk di dunia? KL ke Singapore, Jeju ke Seoul atau Sydney ke Melbourne?

Atau laluan antarabangsa paling sibuk KL-Singapore
Laluan domestik paling sibuk Seoul - Jeju?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Datang atok bodo dia pi kansel HSR sbb dendam dg najib
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 26-3-2019 06:34 PM
Najib dah nmpk semue ni, buat hsr x rugi, ntah2 lg ramai naik, sbb lg cpat dan.mudah dr flight,sampa ...

Kannn..iols tak setuju betul batalkan HSR.

Tambahan pulak bila melibatkan stesen mcm Melaka, Muar dan Batu Pahat yg mana kepadatan penduduk tinggi dan memerlukan perkhidmatan HSR utk terus direct ke KL, JB mahupun Singapore. Rugi pegi kensel benda tu.

Iols rasa dengan adanya benda tu boleh boost pelancongan Melaka lagi. Sbb easy acces dari KL dan Singapore ke Melaka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2019 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni krjn lama dah kaji....laluan kl-spore paling sibuk. datang madey yg bodo tu dia pi batal projek HSR
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan tak pass bahasa nmpknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni dah tak pakai train dah. Target ramai pakai kereta terbang. Lagi laju daripada hsr. Landing depan rumah aje.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:57 AM | Show all posts
danieladam replied at 26-3-2019 06:36 PM
Tajuk artikel laluan KL-Singapura paling sibuk di dunia, tapi dlm artikel tulis flight Jeju - Seoul  ...

reporter mengelirukan... susah nak hadam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 26-3-2019 06:10 PM
Rugilah HSR kena cancel

Kalau buat HSR
Maharaja TOL Malaysia miskin sebab kurang guna Plus tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak miskin sebab keretapi cuma alternatif. Hanya untuk org yg banyak duit dan masa terhad. Nak pergi meeting kat KL pukul 8, pukul 10 boleh ada kat Singapore misalnya. Tapi tiket akan mahal la. Yang bagusnya akan menambahkan pekerjaan dan dapat untung untuk negara melalui kutipan tiket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2019 12:26 AM | Show all posts
kalau tajuk letak ANTARA tu baru betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 02:51 AM | Show all posts
iols buat summary ye :-

laluan antarabangsa paling sibuk Incheon - Osaka.
2nd kl - SG

laluan domestik paling sibuk seoul - jeju.
2nd Melbourne - sydney
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.745233 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list