CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 7

[Tempatan] Adib tiada kesan ditarik keluar secara paksa

[Copy link]
Post time 26-3-2019 03:33 PM | Show all posts |Read mode
SAKSI pakar memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, tiada kesan kecederaan menunjukkan bahawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar secara paksa dari van bomba dinaikinya, pada rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, ia berdasarkan pemeriksaan klinikal ketika anggota bomba itu menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan keputusan bedah siasat yang dilakukannya terhadap mangsa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada hari ke-17 inkues kematian Muhammad Adib.


HAMDAN: Dalam laporan bedah siasat, kamu kata tidak dapat ketepikan ada orang menarik mangsa?

DR AHMAD HAFIZAM: Ya, saya tidak dapat katakan bahawa mangsa keluar atau ditarik. Bagaimanapun, daripada bedah siasat, tiada kecederaan pada anggota kiri si mati yang menunjukkan adanya kecederaan ditarik oleh orang. Untuk seseorang ditarik secara paksa, ada kesan “grip mark” pada bahagian ditarik itu.

Tetapi dalam kes ini, tiada sebarang kesan pada anggota atas kiri si mati.

HAMDAN: Maksudnya?

DR AHMAD HAFIZAM: (Kesan) pada bahagian tangan, lengan atas dan bawah. Saya dimaklumkan si mati adalah penumpang hadapan sebelah kiri van. Jika ditarik keluar pastinya ada tanda atau kecederaan pada bahagian kiri... sebab itu sahaja kawasan yang boleh diakses.

HAMDAN: Pada pemeriksaan kamu (bedah siasat) dan pemeriksaan klinikal (yang dilakukan ketika ketika mangsa menerima rawatan) ?

DR AHMAD HAFIZAM: Hanya ada satu kesan calar pada siku kiri yang berpadanan dengan kesan geseran akibat jatuh.


Menjawab soalan lain Hamdan, saksi sama berkata, tiada kesan kecederaan menunjukkan bahawa baju atau bahagian kolar pakaian anggota bomba itu ditarik.

HAMDAN: Bagaimana dengan kesan tarikan pada baju. Apa komen doktor?

DR AHMAD HAFIZAM: Jika ditarik pada baju sahaja... jika tarikan tidak terkena pada kulit atau anggota badan, kemungkinan mendapat kecederaan tidak ada.

HAMDAN: Bagaimana jika tarikan atas kolar?

DR AHMAD HAFIZAM: Jika ditarik kuat, berlaku geseran pada kolar dan tisu pada leher. Jika ini berlaku kemungkinan kecederaan amat tinggi. Tetapi dalam kes ini tak ada.


Terdahulu, saksi sama berkata, adalah mustahil kepatahan tulang rusuk kiri mangsa disebabkan dipukul dengan parang, dalam keadaan anggota bomba itu berdiri.

Katanya, ini kerana untuk menyebabkan kepatahan itu, mangsa perlu berada dalam keadaan menegak dan objek itu juga dalam posisi sama.

“Pada pandangan saya, daya yang dihasilkan oleh objek itu tidak kuat untuk menyebabkan kepatahan (berkenaan),” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di IJN, pada 17 Disember lalu.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 3:24 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 04:46 PM | Show all posts
Tarik keluar ada kesan ke?

kesan kat tangan? selepas beberapa hari?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ontahlaaa.. aku sonang jahh.. bagi Allah jee.. ade laa kena nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:47 PM | Show all posts
Semoga org2 yg tidak bercakap benar dlm kes ni
mendapat pembalasan Allah swt sewajarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:48 PM | Show all posts
sumpah saja mcm mahsuri buat


sumpah mcm langkawi kena


baru padan muka langkawi

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesan ditarik, interesting, baju bomba mcm aenang grap je, so kalau dibahagian2 xmeningalkan kesan mcm mana? Pinggang, kolar baju bahagian dada, grip leher, grip pinggang. Atau pintu terbukak dan adib sendiri terjatuh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2019 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 27-3-2019 03:13 AM

Lobai2 semua, bersiap lah korang untuk merangkak di akhirat nanti untuk selamanya sebab buat pitenah india bunuh Adib. Siap desak india Murti resign lagi. Stockpile lah knee pad sebanyak mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Redskin replied at 26-3-2019 10:47 PM
Semoga org2 yg tidak bercakap benar dlm kes ni
mendapat pembalasan Allah swt sewajarnya..

Aminnnn....

Byk yg dah berbelit belit skrg ni...hphone pun tetiba hilang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.278211 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list