CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2691|Reply: 7

10 Fakta Pornografi Di Seluruh Dunia, Terkejut Dibuatnya

[Copy link]
Post time 26-3-2019 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Apakah pornografi? istilah pornografi dipinjam dari perkataan Greek, 'porneia' yang bermaksud pelacur. Istilah ini membawa makna 'penulisan tentang pelacur'. Pornografi boleh ditakrifkan sebagai bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ok, dah faham maksud pornografi? Jom, kita gali lebih dalam lagi melalui 10 fakta tentang pornografi ini.


Pornografi adalah tidak bermoral. Malah, jika dibuat kajian, lebih seluruh populasi dunia yang akan menyokong untuk mengharamkan terus pornografi. Tetapi, tahukah anda, kenapa industri pornografi terus wujud di muka bumi yang fana ini? Untung.


Ya,  fakta pertama yang anda perlu tahu tentang pornografi ini adalah,  industri ini ialah industri  yang paling menguntungkan di dunia, jauh di hadapan industry peruncitan, teknologi malah hiburan. Bila dah untung, mesti ramai yang nak melabur. Inilah punca kenapa industri ini terus wujud.






Fakta kedua, 13 ribu video porno dihasilkan setiap tahun, dan mengaut keuntungan 13 bilion dollar di seluruh dunia. Untuk maklumat, Hollywood hanya mengeluarkan 507 filem porno setahun dan mengutip keuntungan 8.8 bilion dolar. Hurm, berbelas ribu lagi tu negara mana yang terbitkan ya?


Fakta ketiga, setiap saat dianggarkan 30 juta orang pelawat mengunjungi laman web lucah. Bayangkan sehari, seminggu, sebulan, setahun?  Memang tak ada kerja lain agaknya mereka ni.


Fakta keempat, dari analisis laman web terkenal (uhuk, uhuk) Pornhub, kata kunci yang paling banyak dicari di Amerika Syarikat ialah ‘creampie’. Kenapa la mereka ni tak cari perkataan biscuit ke, cream cake ke, red velvet cake ke.


Fakta kelima, tahukah anda?  (tiba-tiba)  hukuman bagi rakyat yang menonton video lucah di Korea Utara adalah hukuman mati? Mesti ramai yang bersyukur sebab lahir di Malaysia kan…


Fakta keenam, separuh dari kandungan di internet ialah kandungan porno atau berunsur porno. Harap mak ayah yang ada anak tengah membesar tu, pantau sikit masa mereka layari internet.Tak salah ambil langkah berjaga-jaga kan?


Fakta ketujuh, kajian dari Universiti Montreal Kanada, mendedahkan kebanyakan lelaki di Kanada telah terdedah kepada pornografi seawal usia 10 tahun. Kalau kajian ini dibuat di Malaysia, rasanya ramai yang terdedah kepada pornografi lepas umur 15 tahun. Sebab itu pemantauan ibubapa sangat –sangat penting.


Foto: Carian internet


Fakta kelapan, di Amerika Syarikat, kata carian berunsur porno boleh mencecah 68 juta carian setiap hari, yang mana membentuk 25 peratus dari jumlah carian di internet sehari.


Fakta kesembilan,  pelakon lelaki dalam industry filem lucah hanya mendapat bayaran yang rendah berbanding  pelakon perempuan. Bagaimanapun, mereka mendapat bayaran 3 kali ganda lebih besar jika terlibat dalam filem lucah gay berbanding filem lucah biasa.


Fakta kesepuluh, Amerika Syarikat adalah pengeluar terbesar DVD dan web lucah di dunia, dihadapan negara kedua terbesar, Jerman.- CARI  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la.sampai skang alvin merempat
Kerjaya sendu dia pilih
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:01 PM | Show all posts
fakta kesebelas minyak dhab minyak lintah adalah carian rasmi di malaysia selepas minyak ron 95
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Patut la.sampai skang alvin merempatKerjaya sendu dia pilih


Kalau dia buka lobang rezeki yg lagi satu mungkin lebih masyuk lalu tak lagi sendu {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dokupangg: Kalau dia buka lobang rezeki yg lagi satu mungkin lebih masyuk lalu tak lagi sendu {:smile


Curlasttt komen double meaning chuols ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Patut la.sampai skang alvin merempatKerjaya sendu dia pilih



Tetiba teringat blog heols. Murung meols smggu lps terbaca time tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Patut la.sampai skang alvin merempatKerjaya sendu dia pilih


smlm iols tgk utube kumar drag queen lawak gila ckp psl ciknek cina.. bila uols ckp psl ni iols teringat si kumar cite pasal ni lawak gilaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 11:53 AM | Show all posts
Kalau kajian ini dibuat di Malaysia, rasanya ramai yang terdedah kepada pornografi lepas umur 15 tahun


Bebudak kat Malaysia ni seawal sekolah rendah pun dah pandai nak merogol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.069571 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list