CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Demi cinta buta, remaja 17 tahun pinjam 7 along utk boyfriend

[Copy link]
Post time 27-3-2019 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah dikk kenapa cetek sangat fikiranmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 26-3-2019 10:05 PM
17 tahun underage. Macam tak sekolah je dah keje

Birthday belum sampai barangkali..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 04:43 AM | Show all posts

Kerana chinta remaja berusia 17 tahun pinjam Along berjumlah RM12K



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x518.

MANGSA menceritakan masalahnya kepada Azman. FOTO Yusmizal Dolah Aling

HANYA kerana cinta, remaja berusia 17 tahun terjebak pinjaman along berjumlah RM12,000, menjadi peminjam termuda yang direkodkan Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setakat ini.

Meminjam dengan tujuh along, semua wang itu dibelanjakan untuk teman lelakinya termasuk ansuran bulanan motosikal serta duit poket menyebabkan dia menghadapi masalah untuk melunaskan pinjaman yang dibuat sejak lima bulan lalu.

Mangsa berkata, dia bekerja sebagai pembantu di kedai serbaneka di ibu negara dan mengenali lelaki terbabit tahun lalu sebelum menjalin hubungan cinta tidak lama selepas itu.

Katanya, sebaik tamat persekolahan, dia mengenali lelaki itu yang tidak bekerja dan sering memberikannya wang setiap kali diminta kerana sayang.

“Selepas itu, dia minta untuk memberikannya wang lebih kerana ingin membeli motosikal. Tanpa berfikir panjang, saya kemudiannya membuat pinjaman along berjumlah RM2,000 dan bantu bayarkan ansuran bulanan.

“Saya memang tidak fikirkan apa kesannya kerana sayangkan dia dan ingin menjalani hidup bersama. Tidak lama kemudian, saya pinjam lagi kerana nak gunakan wang. Gaji saya sebagai pembantu di kedai tidak seberapa,” katanya yang membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM Azman Kang.

Dalam tempoh beberapa bulan, dia membuat tambahan pinjaman daripada tiga lagi along antara RM2,000 hingga RM4,000 dengan tuntutan keseluruhan berjumlah RM12,000 menyebabkan dia buntu memikirkan masalah itu.

“Atas nasihat keluarga, saya rujuk masalah ini kepada PPIM dan cuba berunding dengan teman lelaki. Malangnya dia seperti ingin mengelak dan tidak menjawab pertanyaan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata, pihaknya cuba berbincang dengan lelaki terbabit untuk mencari jalan penyelesaian, namun setakat ini masih belum berhasil.

Katanya, ia menjadi agak rumit kerana pinjaman dibuat atas nama mangsa menyebabkan dia perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman itu seperti mana dipersetujui sebelum ini.

“Setakat ini, berdasarkan rekod kita, dia adalah peminjam termuda kerana sebelum ini kita terima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun. Apa yang berlaku, pada usia semuda ini, dia tidak dapat mempertimbangkan baik buruk tindakannya itu.

“Bukan mudah untuk berurusan dengan ramai along, apatah lagi dia baru saja tamat sekolah tahun lalu. Unit ini akan cuba membantu dan kita akan jadualkan semula pembayaran yang dipersetujui bersama antara keluarga dan along.

“Nasihat saya supaya dia tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan dan jangan mudah percaya kepada janji manis orang baru dikenali. Kita terima banyak kes penipuan dalam urusan pinjaman along ini dan ia memberi kesan seperti ancaman serta ugutan kepada peminjam dan ahli keluarga,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019...long-dek-cinta


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Last year iols dapat surat ugutan along... Bekas jiran sblh pinjam ceti.. pastu tak bayar gamaknya.. habis diletaknya surat berjemaah kat jiran.. ngan mencarut bahasa chinese dia..
Dapat surat ugutan bukan kita yang pinjam pun iols seram sampai report polis..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 07:15 AM | Show all posts
muda muda dah jadi pemurah ya dik?
sekarang sayang x lagi bf hang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm kan je lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2019 08:18 AM | Show all posts
17 tahun dh kerja then buat loan dgn along utk bf x kerja???

ape ni

tolonglah adik-adik sekelian lelaki tak kerja ni tak payah la terhegeh sangat nak buat boyfriend.

Yang si bf keparat ni, kau dh la malas reti memintak je itu ini, pastu gf kau dh susah boleh buat bodoh. g mati je la dik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:33 AM | Show all posts
hujung2 bf biawak buat tak tau je..tak nak susah senang bersama..ko jgk yg kena tanggung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 08:52 AM | Show all posts

Body dah tergadai ..maruah dah tiada hutang bertimbun timbun. Esok lusa Along tangkap buat jual jadi ayam haaaa padan dgn muka!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:55 AM | Show all posts
saya nasihatkan kpd gadis2, andartu2, janda2 semua...kalau lelaki yg mula2 di kenali sudah pandai minta wang...tendang shj buah pelirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:07 AM | Show all posts
bodohnya ko dik...anak sapa la ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat I masa tunggu spm dulu ada member ada pakwe minta nak pinjam rantai emas dia..
Pakwe dia janji nanti pulang balik yang lagi besar lagi..
I masa tu duduk semeja dengan dia kat fast-food..
Terus I cakap kat pakwe member tu... Ko kerja pun tak nak menipu lagi..
Terkejut member I bila I cakap macam tu kat pakwe dia..
Konon dia merajuk tapi lepas tu dia tersedar juga dari lamunan.
Sampah aje pakwe dia tu.. Siap nak tumbuk I lagi masa tu..tapi I ada abang kawasan yang sadoo sentiasa jaga I..

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:41 AM | Show all posts
buat report ni atas dasar apa?
nak suruh orang bayarkan ke apa?
oh, hitamnya hati aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:53 AM | Show all posts
Edited by brego at 27-3-2019 10:02 AM

bodoh karena chenta.
ni nama nya asal kan ber boyfriend,
lepas tu kawin asal kan berlaki.

masuk channel Dave Ramsey, kasi hadam semua video dia.
kasi celik financial sikit.

don't waste your life with stupid debt.
simpan 500 sebulan start umor 23, with dividen 7% per annum,
kita boleh retire sebagai jotawan di usia emas 60 tahun.




Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:00 AM | Show all posts
Darah muda/remaja bai, akal singkat, amik tindakan sendiri tak pikir risiko.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:02 AM | Show all posts
x pasal2 jerk
lahanat betul jntn biawak hidup ni
yg prempuan pun..alahaiiii..macam mana nak membayar tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 10:05 AM | Show all posts
myakayina replied at 27-3-2019 08:33 AM
hujung2 bf biawak buat tak tau je..tak nak susah senang bersama..ko jgk yg kena tanggung..

Tu ok lagi buat dia kumpul duit tu nak menikah dengan betina lain.. putih mata putih tulang dik
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:24 AM | Show all posts
lelaki kalau jenis mintak duit dengan perempuan, dia bukanlah lelaki yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:49 AM | Show all posts
belum ada ikatan apa apa lagi dik
kalau dia takde duit tak payah la beli motor
ko pun tak payah la nak pegi meminjam bagai
naik bas sudah
tak pun nak basikal

pikiran cetek sangat ni
sekarang ada BF yang ko cintai tu bantu ko selesaikan masalah along ni?
ade?
aduhhh

kalau takde duit menyimpan
kerja ot
bukan dengan cara meminjam
kalau dah tak mampu buat cara tak mampu
kumpul duit sehingga mampu
camtu
paham?

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 11:24 AM | Show all posts
Tindakan yang amat tidak bijak dan menyusahkan diri sendiri juga akhirnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.079222 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list