CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1415|Reply: 13

[Tempatan] Semudah ABC. Hanya dua call, 'terbang' RM194,000

[Copy link]
Post time 26-3-2019 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Ahli perniagaan rugi RM194,000 ditipu 'polis palsu'


KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan kerugian RM194,000 selepas terpedaya dengan helah ahli sindiket Macau Scam yang menghubunginya melalui talian telefon dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Lelaki berusia 70-an itu menerima dua panggilan telefon pada jam 11 pagi, 17 Mac lalu sebelum melakukan tiga transaksi ke tiga akaun bank tempatan di bandar Kota Bharu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mangsa menerima panggilan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis dari sebuah Ibu Pejabat Kontinjen di Pantai Timur.

Katanya, pemanggil tersebut mengatakan mangsa gagal hadir ke mahkamah atas satu kesalahan kecurian identiti untuk membuat pinjaman sebelum suspek memindahkan talian kepada suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis.

“Suspek mengatakan pihak berkuasa akan menyita kesemua duit di dalam akaun mangsa dan sebagai langkah keselamatan mangsa diarah memindahkan kesemua wangnya di dalam akaun bank miliknya ke tiga akaun bank lain yang diberikan suspek,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pada hari sama, mangsa kemudian melakukan tiga transaksi pemindahan wang ke tiga akaun yang diberikan oleh suspek dengan keseluruhan wang tunai berjumlah RM194,000.

“Selepas wang itu dipindahkan, mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon daripada suspek meminta dia memindahkan lebih banyak wang menyebabkan mangsa tersedar dia ditipu dan kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Tambahnya, sindiket Macau Scam semakin licik menyasarkan mangsa dari Kelantan tanpa mengira latar belakang dengan cara menipu mangsa menggunakan modus operandi membuat panggilan telefon dan menyamar sebagai pihak berkuasa dari pelbagai jabatan termasuk polis, peguam, mahkamah dan sebagainya.

“Kes yang direkodkan bagi Kelantan dalam tempoh sebulan bagi Mac tahun ini sudah terdapat lima kes dengan kerugian RM339,000, manakala daripada Januari sehingga 25 Mac tahun ini keseluruhan 15 kes dicatatkan dengan jumlah kerugian RM600,000.

“Satu jumlah yang besar dan kami menasihatkan kepada orang awam supaya lebih berhati-hati dan jangan terpedaya atau menjawab panggilan telefon dari individu tidak dikenali serta nombor telefon yang tertera panggilan dari luar negara dan sebagainya bagi mengelak ditipu,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 10:39 PM | Show all posts
Malas nak baca scam2 ni. Dah muak. Doa aku........janganlah aku terkena.
Aku tetap salahkan "banking system" dalam Malaysia ni.
Senang betol transfer.........akaun penerima tu mesti lokal. Then dia pulak transfer to other third party akaun. Takde cooling period ke especially amaun besar2. Takkan tak bolih detect pemunya akaun. Information akaun penerima biasanya  jelas sebelum dibenarkan bukak akaun. Nama, I/C, alamat, company's AA dan MA (kalau syarikat).

Saman je Bank tu jota2..........because of negligence and ketiadaan safety procedures. Banking business based on trust........kalau tak bolih trusted, just close the Bank and allow other people to open and run a new Bank.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Last week i dpt call gini dr polis jeli katanya. Angkat2 je call, mesin berbicara. Pegawai kami akan melayan anda sebentar lg. Sila tunggu.

Ewah2. Ko yg call. Aku plak kena tggu ye. Tp saja i tggu sbb nk tau apa.

Koperal sapetah dia ckp. Slang kelantan pekat betol.
Dia sebot nama penuh i. Pastu sebut ic no. Mmg btol. Tp i ckp , no ic no salah.

Wah dia mula tggi suara mcm polis2 marah tu. "Kenapa tak mengaku plak?" . Dia jerkah i.

Terus i letak

Aritu husband i plak dpt call dr sprm katanya. Hello je, terus letak.

Byk masa terluang ye scammer ni asik nak menipuuuu je kojo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 26-3-2019 02:55 PM
Last week i dpt call gini dr polis jeli katanya. Angkat2 je call, mesin berbicara. Pegawai kami akan ...

Orang kita la ek buat keje terkutuk ni? Hanat sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena oi. Dia ckp i buat pinjaman kat hong leong bank. Hong leong bank tak pernah jejak. Bila dia kata nak tangkap terus i ckp tangkap je la cik sy ni miskin duduk pun kat bus stop and bwh jambatan. Alang2 masuk ke dalam dpt la makan 3x sehari. Huhuhu.terus dimakinya i. I pun end kan call sbb ada hal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 01:02 AM | Show all posts
kat cina ada satu kampung tu dapat jolokan hampir 90% penduduknya adalah macau scammer manakala 10% lagi dalam latihan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2019 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 26-3-2019 10:39 PM
Malas nak baca scam2 ni. Dah muak. Doa aku........janganlah aku terkena.
Aku tetap salahkan "bankin ...

Saman bank pun confirm2 takkan menang. Sah2 sendiri yg buat transaksi tu, apa ke hal nya nak saman bank ???? Lain la kalo bank tu sendiri yg ttbe transfer duit dlm akaun dia ke akaun org lain.....

Cth lain, kalau chuols bg pinjam kereta kt org, tup2 org tu x pulangkan kereta tu, kalo bawak pegi mahkamah utk saman pun payah nak menang sebab chuols yg sendiri pegi bagi kunci kereta kt org tu.......unless chuols ad buat hitam putih bg pinjam smpai bila sekian2.... wlupun realitinya mmg org tu mmg lahanat pinjam kereta tak pulang2.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
syidasaleh replied at 27-3-2019 12:10 AM
Pernah kena oi. Dia ckp i buat pinjaman kat hong leong bank. Hong leong bank tak pernah jejak. Bila  ...

Ha..ha...ni lawak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 01:45 PM | Show all posts
tak habis2 lagi...... aku pegi bank nak buka akaun pun punya la banyak soal jawab teller "kenapa nak buka akaun, siapa suruh buka akaun, ada terima phone call ke, sekarang banyak scam", macam2 lahhh......  tapi bila nak transfer duit amount banyak2 teller tak tanye ke camne?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 02:26 PM | Show all posts
scammer skrg ni mcm2 teknik diaorg buat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 03:01 PM | Show all posts
ye bank akan cari salah kita bile terjadi kes transfer camni. Sistem di tgn diorg. kita tak bole semak ape pon. Kalau kena hack, ia di hack dari akaun sendiri. Bukan bank. Nampak tak penindasan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 03:35 PM | Show all posts
Edited by brego at 27-3-2019 03:37 PM

install app Truecaller.
terutama nya dalam phone parents yg baru dapat EPF.
dapat elak kena psycho dengan scammer at the first place.

bagi aku, scammer ni mesti dapat info dari orang dalam jugak.
tahu2 jer mangsa dia banyak duit.

so jangan simpan duit cash banyak2 dalam bank.
baik labur kan dalam bentuk physical gold, saham or unit trust.

pecah2 kan duit, jangan longgok satu tempat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2019 12:25 AM | Show all posts
trunks replied at 26-3-2019 11:36 PM
lain kali,jangan  angkat call daripada nombor tak di kenali
sebab dari situlah puncanya sebarang sc ...

kalau kita berniaga
kekadang yg call adalah new customer
sebenarnya mana2 call perlu dijawab
melainkan kalau pemanggil tu ckp kita dituduh sekian sekian
baru la part ni kita letak ja telefon


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kenapa kenapa selalu terkena jah mereka ni???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065638 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list