CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9104|Reply: 5

Mesin kopi kapsul Arristo, Dolce Gusto, Nepresso

[Copy link]
Post time 27-3-2019 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Sekiranya anda tercari-cari mesin kopi berkapsul. Saya dapat bagi review Arristo dan Dolce Gusto. Nepresso ni taktau lak. Tak pernah tgk lagi org pakai. Tapi saja je letak mana tau forumner lain boleh bagi feedback

Introduction, kenapa pilih mesin kopi berkapsul? Bagi yg terjebak dgn greenpeace dan alam sekitar. Mungkin ini boleh menyebabkan kemarahan anda sbb it is a single use plastic. Lepas pakai buang takleh recycle. Kenapa guna juga? Bagi yg nak letak mesin ini di pejabat atau rumah, tapi takde ruang. Mesin kopi berkapsul maintenance rendah. Tak comot, tak perlu dibersihkan selalu. Tak mcm mesin kopi yg tidak berkapsul.

Kenapa perlu mesin kopi, beli je 3in1? Bagi yg gemar kopi tidak bergula. Mmg sesuai beli mesin kopi. Saya dah cuba nescafe zero packet takde gula. Serdak apa ntah berkumpul kat bawah. For many coffee and tea lovers. Coffee/tea should be enjoy without sugar/sweetener. Tapi kalau nak letak gula/pemanis juga, boleh letak ikut selera kita. Bukan ikut selera pengilang.

Kos kopi? Saya bg contoh utk expresso sahaja. Kalau beli kat setabak mau gak kopi rega Israel. McCafe Americano (expresso tambah air) ada gak RM3.50. tapi bagi kopi mesin kapsul. Dengan air di mampat pada tekanan tinggi. Dpt memerah kopi mcm kat kedai kopi mahal. Arristo RM2.16 secawan, dolce gusto RM 2.09 secawan. Beza 7 dit je..? Harga berdasarkan 10 capsules arristo RM21.60 di shopee dan 16 capsules dolce gusto RM33.49 di Tesco online. Untuk dapatkan kopi bersusu seperti Latte, Macchiato atau Cappuccino. Harga akan up kerana ditambah dengan kapsul susu. Arristo akan menjual low fat milk capsule sama harga 10 capsules rm21.60. Cuma arristo akan ada resepi berdasarkan setting utk dapat kan latte/macchiato /cappuccino. Bg dolce gusto setiap jenis kopi dijual dalam kotak custom. Sekotak cappuccino 8set RM29.89.

Cappuccino arristo RM4.20. Dolce Gusto RM 3.74. Beza 4 kupang kot.

Harga mesin?
Lepas beli kapsul tu, takkan nk pinjam mesin kopi kawan kot. Jadi sini ada perbandingan rega mesin itu sendiri. Untuk dolce gusto. Harga mesin bermula dari rm400+. Mmg mahal bukan. Tapi pakej arristo seperti perjanjian sewa beli. Mcm mesin air coway, cuckoo tu. Cuma bayar sewa seringgit je sebulan utk mesin kopi arristo. Marketer yg promote kat aku tu ckp sambil bagi aku minum secawan cappucino free. Kena bayar singgit sebulan dan wajib beli capsule sekotak (10 capsules) setiap bulan. Tapi kalau kita deposit rm280+, kita akan dpt diskaun utk harga capsule wajib beli tiap2 bulan tu. Kalau nak kembang bisnes boleh join dia punya MLM group. Aku bukan rajin nk MLM... .

Kesimpulan

Aku mmg dah ada mesin kopi dolce gusto, sbb menang tikam haritu. Jadi takyah la aku beli arristo. Bagi yg belum ada mesin kopi kapsul lagi. Saya mmg suggest amik arristo sbb rega mesin tu affordable. Rega kapsul pun tak beza byk. Dari segi saiz, mesin arristo ni lebih comel. Letak kat dlm opis pun cantik.


This is my honest review. Not paid review. Marketer bg aku secawan kopi cappuccino je bg aku rasa. Huhu....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kna ada credit card baru blh sewa rm1 kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Suelicious80 replied at 3-4-2019 12:01 AM
Kna ada credit card baru blh sewa rm1 kan

Xtau lak, maybe yer kot. Sbb nk pegang akaun penyewa. Kena tanya betul2 seller
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berminat tp bila tgk pakej vip tu ada baiknya beli aje mesin kopi kat shopping mall. Deposit dah 300 lebih..ada delivery charges..kira punya kira x jadi beli..bancuh je kopi cap kapal api ke 434 ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 17-4-2019 02:37 PM
Berminat tp bila tgk pakej vip tu ada baiknya beli aje mesin kopi kat shopping mall. Deposit dah 300 ...

Yg aku tau, deposit tu refundable. Dapat balik 100% bila kita pulangkan semula mesin diorang.
Kalau yg minum banyk kopi, berbaloi la kot letak deposit sbb kapsul kopi jadi murah sikit, rm1.89 berbanding rm2.16 sebijik.

Kalau stakat minum 2 cawan sehari, tak payah  lerak deposit. Pakai kad kredit pastu ambik plan yg rm0 deposit. Lepas guna, kalau rasa tak sesuai pulangkan.

Tu yg aku tau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 8-10-2019 10:39 AM
Yg aku tau, deposit tu refundable. Dapat balik 100% bila kita pulangkan semula mesin diorang.
Ka ...

Sy dah sewa pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.075098 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list