Mengidam ketika hamil adalah suatu perkara normal. Mungkin hanya segelintir ibu hamil mengidamkan makanan atau benda pelik hingga pening kepala suami dibuatnya.
Namun, sepelik mana ragam ibu hamil yang sedang mengidam?
Kredit foto: Glamour
Selalunya, ibu hamil akan mengidamkan makanan dan minuman 'luar biasa' hingga ada masa tidak masuk dek akal atau sukar untuk mendapatkannya.
Menurut Mirror, satu survei terhadap 100 wanita bergelar ibu di Mumsnet mendapati beberapa perkara jelik atau menjijikkan yang diidamkan mereka ketika hamil.
Dah bersedia untuk mengetahui perkara paling menggelikan yang diidamkan ibu hamil? Teruskan membaca!
Seorang wanita yang usia kandungannya kini mencecah 35 minggu mengakui dia mengidam makan kapur.
Kredit foto: Kidspot
Ya, betul! Kapur yang digunakan guru untuk menulis di papan hitam sekolah.
"Saya teringin nak makan kapur yang 'rangup'. Saya sudah mencuba mengunyah ais, kacang, epal dan macam-macam lagi, tapi semuanya tidak dapat menghilangkan rasa ingin makan kapur!" katanya yang juga memiliki ketagihan baru untuk menghidu bau produk pencuci.
Sementara itu, seorang pengguna lain mengakui dia mengidam makan belon!
Kredit foto: New York Magazine
Lebih luar biasa daripada itu, ada yang teringin makan span yang direndam sabun, pelembut fabrik, cecair pencuci dan produk cucian lain.
Kredit foto: Wise Geek
"Saya tahu ia pelik, tapi saya gemar menghidu aroma dari kedai kasut murah atau bau getah dan plastik.
"Setiap hari, saya akan mengunjungi kedai itu ketika waktu makan tengah hari dan berpura-pura melihat kasut yang dipamerkan. Tetapi, saya sebenarnya hanya mahu menghidu bau kasut itu saja," kata seorang ibu.
Lebih pelik, ada yang menikmati aroma pencuci tandas wangian sitrus.
Kredit foto: Getty
Nak lagi aneh? Ada ibu hamil yang betul-betul teringin 'menjilat batu' dan 'simen yang masih basah'.
Kredit foto: Carian Internet
Uisy, luar biasa betul. Macam tak masuk akal pula. Betulkah ibu hamil boleh mengidam benda-benda pelik sedemikian? - CARI |