Bukan mudah menjadi adik kepada pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, kerana setiap apa yang dilakukan pasti menjadi tumpuan dan bualan ramai. Namun ianya bukanlah sesuatu yang merimaskan bagi si cantik Ameera Khan ini sementelah dia juga meminati dunia 'glamour' seperti kakaknya.
Ameera juga dilihat matang dan mempunyai jiwa yang kental seperti Neelofa dalam menepis segala tohmahan dan cacian yang dilemparkan kepadanya.
Lihat sahaja akaun media sosial Instagram miliknya, sentiasa dipenuhi dengan komen-komen negatif walaupun gambar yang dimuat naik olehnya tidak keterlaluan.
Semalam, Ameera telah berkongsi foto dirinya yang kini sedang berada di Shanghai, China dipercayai atas urusan kerja. Walau bagaimanapun, gambar tersebut telah mengundang banyak komen yang tidak senonoh.
Kredit foto : Ig Ameera Khan
Ramai yang meninggalkan komen tidak senonoh dan biadap..
Kredit foto: Ameera Khan
Entah apa agaknya yang difikirkan individu-individu tersebut semasa meninggalkan komen sedemikian tanpa ada rasa segan silu. Bersabarlah ye, Baby! -CARI. |