CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18759|Reply: 110

Sharifah Aini, liku hidup seorang biduanita negara

  [Copy link]
Post time 29-3-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 11-9-2019 03:47 AM

Agak mencabar nak membuka thread berkenaan Biduanita Negara bersuara Emas ini. Carian google tidak banyak membantu.
Tapi sayanglah kalau kisah hidup beliau tidak ditulis di mana-mana.

Mungkin sumbangan kecil kite sebagai forumer dapat sedikit sebanyak membantu mendokumentasikan  kisah hidup Kak Pah.

Sumber rujukan: Wikepedia & Blog & bicara lisan dgn orang dulu-dulu.

Gambar: album pertama Datuk Sharifah Aini.
Dipetik dari blog: budak sinchan blogspot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by trunks at 11-9-2019 03:47 AM



Sharifah Aini Syed Jaafar dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci Al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya.

Sharifah Aini telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 04:56 PM | Show all posts
sukanya...menangis aku bila dia meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
arwah ni nyanyi lagu english pnylah sedap n clear  tone n sebutan die.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 05:27 PM | Show all posts
lagenda yang tiada pengganti...ada satu lagu tu,panjang btul napas dia..aku lupa tajuk lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-3-2019 04:19 PM
Sharifah Aini Syed Jaafar dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesa ...

Dulu
Kini
Selamanya

Tokchik memang pengemar setia almarhumah kak pah

Dlm hp
Berpuluh lgu arwah disimon utk halwa telinga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak byk tau kisah hidup beliau..tapi suara beliau mmg sangat lunak..org dulu2 mmg suka..bdk2 skrg mgkin tak kenal kut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik2 ada dengar crita kak pah bergaduh ngan mak dia...sib baik kak pah dikurniakan dgn anak yg soleh......pandai kak pah didik anak dengan ilmu keagamaan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah seorang yang suka merendah diri... pernah semasa makan di sebuah restoran di BSC, arwah duduk dibelakang meja ambo ,  tak lama kemudian arwah tak sengaja terlanggar kerusi ambo semasa arwah hendak beredar selepas makan...arwah berkata" I am so sorry  " .

Tak lama kemudian, Ambo cakap dengan arwah isteri ketika itu... you tau siapa dia, dialah biduanita Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
And she was soooo beautiful... to my eyes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak i dgn pakngah i peminat dia . Pakngah i jd wartawan hiburan sbb nk dekat dgn penyanyi pujaan dia ni. Now pakngah i dh buat grab full time lps vss dgn utusan. Nanti i korek citer psl arwah dgn pkngah i.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 29-3-2019 06:57 PM
Masa kecik2 ada dengar crita kak pah bergaduh ngan mak dia...sib baik kak pah dikurniakan dgn anak y ...

Mmg dia ade gaduh. Big thing jugalag masa tu. I wish arwah @sepitsiput bangun dari kubur n cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 29-3-2019 07:02 PM
Mak i dgn pakngah i peminat dia . Pakngah i jd wartawan hiburan sbb nk dekat dgn penyanyi pujaan dia ...

Pls do. My mak cik pun gilakan arwah ni. So my pak cik bagi kaset2 arwah ms nak mengorat my mak cik
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
wajaman replied at 29-3-2019 05:27 PM
lagenda yang tiada pengganti...ada satu lagu tu,panjang btul napas dia..aku lupa tajuk lagu tu

Lagu - Kudaku Lari

Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari
Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari
Gerakkan keretaku
Kawanku telah menunggu
Ayuh lari … uh
Haaaa … …. a … a… a…
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari hai kudaku lari
Haaaa … …. a … a… a…
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari hai kudaku lari
Kudaku lari kencang
Rasa hatiku girang
Kawan kawanku riang
Ah … ha …
Haaaa … …. a … a… a…
Kudaku lari…

Lagu ini ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by trunks at 11-9-2019 03:48 AM

Peristiwa pada 1968 cukup bermakna dalam riwayat hidup Sharifah Aini. Itulah titik tolak yang belum ada noktahnya lagi dalam kariernya sebagai penyanyi. Sharifah Aini sanggup membohongi datuknya untuk menyertai satu pertandingan seni suara di Singapura. Mungkin itu rintangan dan rezekinya untuk menjadi penyanyi tersohor hingga ke hari ini.

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam". Sekalipun mendapat tempat ketiga, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Kassim Masdor dipertanggungjawab mendidik dan menerbitkan album pertamanya. Pada 1970, lahirlah album Seri Dewi Malam - yang terus melonjak dan meletakkan nama Sharifah Aini dalam senarai artis rakaman. Album tersebut telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by trunks at 11-9-2019 03:49 AM

Sharifah Aini bukannya berasal dari keluarga mewah. Sejak kecil dia sudah didedahkan dengan kesabaran tinggi terutama terpaksa membantu keluarga mengambil upah menjahit pakaian dan menjual kuih. Malahan, beliau pernah menjadi juruhebah sambilan di Radio Johor. Siapa sangka... sekarang ni Sharifah Aini sudah mampu hidup mewah dengan rezeki yang Allah beri melalui suara lunaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 29-3-2019 07:06 PM
Lagu - Kudaku Lari

Larilah hai kudaku

Ya lagu ni lah. Katanya 17 harkat tau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-3-2019 07:06 PM
Peristiwa pada 1968 cukup bermakna dalam riwayat hidup Sharifah Aini. Itulah titik tolak yang belu ...

Kaka. Thank you for making this. Suara yg takde ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-3-2019 07:04 PM
Pls do. My mak cik pun gilakan arwah ni. So my pak cik bagi kaset2 arwah ms nak mengorat my mak ci ...

Mesti lagu seiring dan sejalan jd siulan pakcik kansss? Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 29-3-2019 06:57 PM
Masa kecik2 ada dengar crita kak pah bergaduh ngan mak dia...sib baik kak pah dikurniakan dgn anak y ...

Ada kisah yg menyebabkn timbul selisih faham antara kak ph dn ibunya

Lg pun kah pah dibesarkn olh tok nya lpas mk ayahnya berpisah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.079689 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list