CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

  [Copy link]
Post time 7-10-2019 06:18 PM | Show all posts
ayohh sambung lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2019 11:34 PM | Show all posts
damm, jgn lama2 damm, cite best ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 11:48 PM | Show all posts
Betul betul misteri ni
Dah muncul pulak 3 mamat misteri tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai...nama dah betul..nama 3 org tu sapa la pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Saspen ni nak lagik
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:27 AM | Show all posts
selesai merempit,damm jgn lama sgt gantung....kami menunggu ni....hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2019 12:08 PM | Show all posts
masih berbisa seperti dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 04:06 PM | Show all posts
lohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dam oiiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 04:09 PM | Show all posts
aduuhh...pls sambung cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaaa tgh syok baca sambung pulakkkk

Btw welcome back bro dam... lama tak pi penang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2019 06:40 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 8-10-2019 06:42 PM

Kes 01/2019 : Tuntutan Notis Guaman (Bahagian IV)

"Kami seperti nama dan nombor kad pengenalan di atas mewakili pengadu bernama Nur Fatehah binti Jasmani berkad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx, bahawasanya mengaku telah menjadi mangsa penipuan individu bernama Syamaizan bin Kamaruddin dimana individu ini telah menggunakan dan memainkan emosi dan perasaan pengadu sehingga berlaku transaksi berjumlah Ringgit Malaysia 5 ribu pada 15 Julai 2015..."

Sebaik mendengar nama 'Fatehah', Syam tersandar. Memori pada tahun 2015 mula bermain satu demi satu bermula dari awal tahun. Pada tahun itu, Rini yang masih berstatus teman wanita pulang ke Sabah. Percintaan jarak jauh ternyata banyak cabarannya, lebih-lebih lagi waktu itu, Syam memulakan kerja baru di tempat kerja sekarang yang merupakan syarikat antarabangsa.

Kalau sebelum ini kerja di syarikat atas rumah kedai, di kerja baru, Syam diberi slot parkir sendiri, siap dengan nombor plat kereta. Tak adalah 'dibagi', dia masih kena bayar sekitar 600 ringgit sebulan untuk slot berkenaan tetapi dengan status sebagai 'Analyst' bertempat di mercu tanda paling ikonik di KL, Syam mula lupa diri.

Kalau dulu setakat pakai suit beli di Padini, lihat senior pakai Hugo Boss, Syam pun mahu juga. Lihat para senior semua sedondon memakai jam tangan TAG Heuer, dia pun mahu juga dan semua rakan sejawat memandu kereta berjenama Eropah, Syam mula rasa jijik lihat Proton Saga BLMnya.

Akhirnya, Syam menanggung hutang beribu-ribu ringgit hasil kerajinan menggunakan kredit kad dan juga akaun pinjaman peribadi. Disamping itu, dalam diam Syam telah mempunyai skandal dengan gadis dari Facebook. Dipendekkan cerita, dari komen secara rawak, dibalas oleh gadis, mula jadi teman tapi mesra, kemudian terlebih mesra hingga ber 'bie' 'sayang' bagai, terbawa ke telefon hingga berjam-jam dan seterusnya.

Tapi mereka tak pernah bertemu dan kedua-dua mereka mengakui sudah berpunya. Ketika itu hubungannya dengan Rini dingin, begitu juga dakwa 'Tiha', skandal Facebook Syam. Ditambah pula foto-foto di profil Tiha dan juga suara yang begitu mengusik syahwatnya.

Pada masa yang sama, syarikat pengutip hutang lantikan bank-bank pembekal kad kredit dan pinjaman peribadi mula menelefon setiap hari, bertanya khabar dan juga bertanya bila nak bayar tunggakan bayaran bulanan yang semakin membiak. Kegagalan membayar perkhidmatan telekomunikasi dan juga internet menyebabkan Syam terputus hubungan dengan dunia maya.

Tiha menghubungi Syam bertanyakan sebab kenapa sepi. Syam ceritakan masalahnya. Tiha mengaku telah jatuh cintaik kepada Syam dan sedia membantu. Keadaan mendesak membuatkan Syam tidak berfikir panjang. Transaksi berlaku, dan Syam pun lega tapi tak berpanjangan.

'Bie..Tiha nak bagitau something kat bie" suara manja seksi Tiha di corong telefon.

Rupa-rupanya, Tiha yang disangka seiras supermodel Bella Hadid itu, memang benar-benar Bella Hadid, tapi setakat gambar. Cukuplah sekadar mengatakan Syam telah 'diikankelikan'. Perasaan amarah akibat ego tercalar membuatkan Syam memaki hamun Tiha dan terus memutuskan semua hubungan. Dia hanya menyedari transaksi duit Tiha selepas 5 hari.

Untuk menjustifikasikan penggunaan duit tersebut, Syam anggap itu adalah sebagai 'pampasan' di atas penipuan selama 4 bulan Tiha terhadap dirinya. Lagipun dia mana ada duit nak bayar balik.

Benarlah kata orang, kita mungkin boleh lari dari hutang, tapi kita tak boleh menyorok. Hutang lapuk Tiha datang mematuk di waktu dia sedang terdesak.

"Tapi encik, macam mana boleh jadi 10 ribu? Sedangkan encik sendiri baca tadi-"

"Lagi lima ribu caj servis kami" lelaki Melayu itu memotong kenyataan Syam sambil tersenyum.

"Sejak bile pulak legal firm jadi along ni?" suara Syam meninggi.

"Sapa kata kami legal firm?" oh di luar tu? itu sejarah asal pejabat ni tapi semua lawyer dan associates dah mati, syarikat kami take over"

"ini kampeni apa macam celaka je?" bentak Syam.

"Masih lagi Pai, Zhu, Zhu en ko. Syarikat kami specialised dalam mengutip hutang menggunakan pendekatan...halus" senyuman lelaki itu jika awalnya rasa macam nak lempang, kini perasaan takut menular dalam diri Syam. Kalau selamba lelaki itu mengaku bahawa dia atau 'syarikat'nya yang membuat onar ke dia dan isteri, lelaki itu tahu yang Syam tahu tiada apa boleh dilakukan.

Juga, kerana Syam ternampak kelibat 'nenek' yang menziarahinya minggu lepas muncul di bawah meja betul-betul di kaki. Syam menelan air liur.

"Saye boleh lapor polis macam ni!" Syam mencuba kad terakhirnya walaupun tahu harapan untuk menakutkan lelaki itu amat tipis.

"Dipersilakan" ugutan Syam dibalas tenang sambil meletakkan kad nama tertera nama seseorang berpangkat besar dalam PDRM.

"Encik...tolonglah encik...isteri saye tengah sarat..." Syam akur. Dia cuma mampu merayu sambil menceritakan kisah hidup yang 'malang', dengan harapan dapatlah simpati. Namun lelaki itu sedikit pun tidak terusik, dari wajah tidak berekspresi menunjukkan Syam bukan orang pertama merayu kepadanya.

"Camnilah encik. Saye bagi nombor klien kami, encik cubelah edjas camane. Kalau okey, diaorang akan call untuk batalkan tuntutan, kalau tak, encik kena bayo..." lelaki itu tidak menghabiskan kata-kata, berdiri dan membelek kalendar gadis seksi Tiger Beer tahun 1981 di belakangnya.

"...kena bayo paling lambat Jumaat ni"

"Encik, itu lagi 5 hari..." pinta Syam dengan suara serak nak menangis.

"Ha ye la lagi 5 hari, kenape encik tak bace SMS ka?"

Dahi berkerut. Syam pantas mengeluarkan handphone dan periksa semula SMS. Baru perasan kena klik 'View All' untuk baca keseluruhan mesej. Iyalah zaman sekarang mana ada orang baca SMS lagi.

"Kalau tak dapat bayar Jumaat ni?" tanya Syam.

"Kalau kami boleh kidnap isteri dan bawak ke rumah sewa encik time belajo dulu, tak ada masalah kami nak kidnap anak encik yang dalam perut maknye tu" jelas lelaki itu dengan sinis.

Bahagian culik anak belum lahir itu sudah cukup membuat Syam meluru ke arah lelaki dengan penumbuk sudah siap singgah di muka. Tetapi, dia tersungkur jatuh ke lantai. Rambutnya kemas digenggam oleh tangan misteri. Dia melihat diwajah nenek tua mata buntang, dua lelaki botak pucat seperti mayat dengan soket mata berlubang seraya muncul di dalam kegelapan bolong meja.

"Bayar je lah hutang klien kami, masalah selesai. Tak payah penat-penat nak lari jauh-jauh, tiga ekor pegawai pengutip hutang kami boleh buru encik sekeluarga dari ceruk mane pun dalam dunia ni"

"Oh ye, encik juga boleh cuba pakai bomoh atau ustaz untuk halang pegawai kami, tapi setakat ini lah kan...bomoh siam, bomoh indon, ustad darusyifa ke, darusalam ke, ustad rukyah ke...tak berjaye encik..." kalau tadi lelaki itu berbicara dengan tenang dan sopan, kali ini dia memberi amaran dengan angkuhnya.

Syam berdiri tanpa menepuk habuk-habuk lantai melekat di pakaian ataupun membetulkan rambut yang kusut masai. Dia memasukkan nombor-nombor telefon dalam handphone.

Pasrah.

Sebelum dia meninggalkan pejabat Pai,Zhu, Zhu en ko, Syam bertanya.

"Kalau macam tu, apasal dalam SMS tak cakap awal-awal yang korang ni along?"

"Saman bunyi lebih professional, dan kami adalah professional, menjamin hutang pelanggan terbayar tidak mengira jumlah dan tempoh, nanti kat luar ambil name kad kat ane, boleh lah tolong pass kan kat sesape kengkawan encik nak guna perkhidmatan kami" jawapan panjang lebar dengan senyuman meleret.

Syam meluru keluar tanpa menghiraukan lelaki India yang menghulur kad nama di pintu masuk.

Langit senja nan merah kelihatan sebaik tiba courtyard. Tak sangka begitu lama dia di dalam. Masih pelik sebenarnya kerana Syam rasa tak lebih dua jam dari dia ikut lelaki di restoran tadi.

Buka pintu kayu, Syam terpacul di celah antara rumah kedai berhadapan jalan utama. Bukannya tadi dia di lorong belakang? Ahhh pening.

Handphone dikeluarkan dari poket untuk memesan Grab menuju ke Gurney Plaza. Terdapat notifikasi SMS dari nombor telefon berkod +1.

"TM: Tn SYAMAIZAN, terima kasih di atas lawatan ke pjbt kami. Peringatan mesra kepada tarikh akhir pembayaran tunggakan pada 16 November..."

Syam mengeluh panjang.

(Bersambung haha)




Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 07:00 PM | Show all posts
tengah melantak ayam goreng, buka forum ni
Lucky me..dah ada sambungan
tapiiiiiiiiii....tersembur ayam  baca ayat ni.

Tiha menghubungi Syam bertanyakan sebab kenapa sepi. Syam ceritakan masalahnya. Tiha mengaku telah jatuh cintaik kepada Syam dan sedia membantu.


seram weh dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak cari company ni? Iols nak hantar tuntut hutang 50k ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhhh, belum final, sambung yaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 8-10-2019 07:05 PM
Mana nak cari company ni? Iols nak hantar tuntut hutang 50k ni

Nak hantar jua. Tapi tuntut hutang 1k ja hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pitera replied at 8-10-2019 09:09 PM
Nak hantar jua. Tapi tuntut hutang 1k ja hahahaha.

Orang yang pinjam tu dah dua kali pergi Mekah tau. Takde pula cerita Mastika dia kena sambar petir kat sana. Dahlah duit 50k tu duit anak yatim! So, kalau betul company ni wujud, iols nak cari!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok diwar2kan perkhidmatan dorg ni. Ramai yg nak kutip hutang. Kejap je blh viral ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 8-10-2019 09:59 PM
Orang yang pinjam tu dah dua kali pergi Mekah tau. Takde pula cerita Mastika dia kena sambar petir ...

wahhh very the wow! Kita terus halal gitukah duit dia tu lepas pergi mekah? Aiols sokong u kaka. Kalo balik penang aiols nak gi jenguk tempat ni kalo ada
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pitera replied at 8-10-2019 10:55 PM
wahhh very the wow! Kita terus halal gitukah duit dia tu lepas pergi mekah? Aiols sokong u kaka. K ...

Nanti uols update kat sini yer. Rindunya dengan makanan kat Penang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary nya servis ni. Dari terjebak dengan "pegawai2" nenek tua la botak bagai, aku sanggup halalkan hutang

Tapi takde la hutang banyak2, setakat rm100 boleh la halalkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066315 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list