CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

    [Copy link]
Post time 1-3-2020 03:34 PM | Show all posts
best sambungan dia..

hrp2 cpt TT upate sambungan seterusnya.

Nasib baik masih ada org2 tua lama yg masih panjang umur, boleh bercerita ape yg pernah berlaku di zaman Bobot teraniaya dan menganiayai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2020 06:38 PM | Show all posts
Kes 2/2019-20 - Bobot (Bahagian V)*Aku lama tak update sebab banyak benda nak diuruskan, biasalah awal-awal tahun. Lepas tu isu coronavirus dengan krisis politik Malaysia baru-baru ini pun buat aku tak ada mood nak menulis sebab sibuk follow-up dengan berita di Malaysia. Disamping itu, aku juga mendapat material dari kenalan baru mengenai pengalaman beliau sewaktu bekerja dengan Indian Railways selama hampir 50 tahun. Itu akan dikongsi dalam kes-kes akan datang.

Semua tertumpu ke Patinggi, menunggu arahan. Tok Di perasan bapanya melihat ke tanah dengan mata tak berkelip, mungkin mencari cara untuk berdepan dengan Bobot yang semakin hampir.

Tok Di melihat bapanya menekan tapak tangan ke ubun-ubun si otak udang dan perlahan berdiri. Kata Tok Di, jeritan Bobot membuatkan segala jenis binatang sedang bertenggek di pohon-pohon bertempiaran sehingga daun-daun gugur memenuhi persekitaran sungai tersebut.

"BERDIRI SEMUA!" jerit Patinggi. Seorang demi seorang muncul dari semak. Ketua kampong mengarahkan semua bersedia untuk menyerang dan menegaskan bahawa Bobot hanya satu orang dan lagi sedang bersusah payah menyeberang kederasan air sungai separas peha itu. Mereka menghampiri gigi air dan menunggu kehadiran Bobot yang lagi tergopoh-gapah air deras kini separas pinggang. Tok Di sangat berharap Bobot tak sempat sampai ke bahagian mereka, dia harapkan ada kepala air menghanyutkan Bobot atau terpijak batu licin dan lemas dibawa arus kuat.

Beberapa orang kampong melontar buluh-buluh runcing ke arah Bobot. Ada yang berjaya ditepis, dan ada tertusuk di tubuh, terutama buluh-buluh lebih kecil. Setiap kali ada buluh menembusi kulit, Bobot akan meraung kesakitan, namun itu tidak menghentikan langkahnya. Serangan pertama berlarutan sehingga tiada lagi buluh runcing. Ia kemudian diganti dengan batu-batu sungai yang tidak berapa memberi kesan kepada Bobot.

Bobot berhenti seketika untuk mencabut buluh-buluh tertanam di badan, dan diiringi raungan kesakitan bagi setiap buluh yang dikeluarkan. Kumpulan Patinggi juga sudah penat membaling batu dan terduduk kepenatan, kecuali ketua mereka.

Tok Di melihat bapanya memasuki sungai dan berhati-hati menuju ke arah Bobot. Orang kampong hanya mampu memerhati sahaja kerana masing-masing takut kalau dibawa arus memandangkan semua tak tahu berenang. Bobot melibas-libas parang tetapi Patinggi masih di luar jangkauan

"AKU NAK BAWAK BINCANG DENGAN KAU! AKU NAK BICARA DENGAN KAU!' suara lantang Patinggi memetir. Seperti disuntik semangat, yang lain menyertai Patinggi dan memegang apa sahaja boleh dijadikan senjata. Ada pegang batang kayu, pegang batu besar, batu kecil disamping golok dibawa dari rumah.

"KAU JANGAN GANGGU ORANG KAMPONG LAGI, KAU PERGI JAUH-JAUH, KAU TAK DIBURU KAMI TAK DIGANGGU!" kata-kata Patinggi mengundang tanda tanya. Kata Tok Di, dia tahu ada tak puas hati kerana ada di antara mereka kehilangan orang tersayang di tangan Bobot.

Salah seorang berteriak dan meluru ke arah Bobot. Golok dihala dan Tok Di yakin dia perasan bibir mungil Bobot seakan tersenyum. Sepantas kilat satu hayunan ke atas melintas di hadapan matanya. Lelaki cuba menyerang tadi tercampak ke belakang dan bedebur masuk ke dalam sungai. Beberapa cuba mengejar tubuh rakan rakus dibawa arus, tetapi Patinggi tidak berganjak, matanya tajam memandang Bobot.

"SIAPA BUAT KERJA BODOH LAGI, BIARKAN!" Tok Di tahu bapa bengang ada tidak menunggu arahan. Tak pasti samada sengaja atau apa, orang kampung cuba menyerang tadi di libas belakang mata parang. Kalau lah Bobot hayun bahagian mata tajam...

"KAU JANGAN GANGGU ORANG KAMPONG LAGI, KAU PERGI JAUH-JAUH, KAU TAK DIBURU KAMI TAK DIGANGGU!" sekali lagi Patinggi menawarkan perdamaian.

Bobot hanya menunjukkan jari telunjuk sambil menggoyang kiri dan kanan lalu menghempas tubuhnya ke belakang. Tubuh Bobot dibawa air dan Tok Di bersumpah bahawa dia lihat Bobot meliang liuk seperti kain pelikat dibawa arus sungai.

Itulah kali terakhir Tok Di berdepan dengan Bobot. Pemburuan hari-hari berikutnya hanya membuang masa sehinggalah Perang Dunia Kedua meletus dimana arahan berkurung di keluarkan.

Kata Tok Di dan Tok Deng, selepas itu bapa tidak lagi menjadi ketua kampong. Tindakan diplomasi Patinggi kepada Bobot membuat ramai marah, sedangkan awalnya dia juga beria-ria nak menamatkan riwayat Bobot.

Abah kedua beradik itu tidak lagi menyebut nama Bobot sebahagian besar baki kehidupannya, kecuali tahun terakhir dimana Patinggi mula nyanyuk. Ada kala, dia menangis sendirian mengenang arwah ibu mereka yang meninggal sepuluh tahun lebih awal dan ada waktu ketawa sambil bertutur bahasa Jawa, mungkin tiba-tiba terkenang kisah waktu muda.

"Enab...Enab...alahai Enab" pinta Patinggi satu hari sambil menangis-nangis. Kata Tok Deng, bapa menangis beria-ria sampai hentak-hentak dinding. Pada awalnya semua anggap cuma salah satu episod nyanyuk abah mereka, tetapi lama kelamaan semakin terperinci keluhan Patinggi berkenaan Mak Enab.

"Aku nak kau balek...aku macam ni takda sapa usap" antara kata-kata Patinggi. Tok Deng dan Tok Di mengatakan kebanyakkan racauan abah amat lucah, dengan dambaan hubungan kelamin bersama Mak Enab. Kadang kala mereka kecewa mendengarnya, kerana mensyaki abah mencurangi arwah ibu, lama-kelamaan dibiarkan sahaja, mungkin sekadar buang tabiat orang tua nyanyuk.

Sehinggalah pada tahun 1969. Tahun dimana terjadi rusuhan kaum bersejarah di tanahair dan juga tahun kematian Patinggi. Sebulan sebelum Patinggi menghembus nafas terakhir, seorang bekas jiran mereka datang melawat. Bung Kardi, merupakan antara salah seorang pengasas kampong dan berasal dari tempat sama dengan Patinggi. Dia berpindah dari kampong sekitar 5 tahun sebelum kejadian Bobot terjadi kerana menjadi merchant sailordengan syarikat perkapalan Belanda. Bung Kardi dikatakan telah mengelilingi dunia, dari Manchuria hingga ke Alaska dan akhirnya bermastautin di Sri Lanka selepas tamat perang. Dia pulang ke Malaysia pada tahun itu untuk menguruskan penjualan tanah di kampong.

Bung Kardi tahu akan kejadian menimpa Mak Enab dan kisah Bobot dari beberapa bekas jiran di kampong yang juga sudah berhijrah keluar. Dia bertemu mereka sewaktu melawat ke Singapura sekitar tahun 1965.

"Mak Enab itu pelacur" kata Bung Kardi mengundang kejutan kedua beradik tersebut.

Menurut cerita teman lama abah itu, Mak Enab juga berasal dari kepulauan Jawa tetapi di daerah lain. Pada zaman awal abad ke-20, ramai berhijrah ke kawasan Inggeris, dimana pada waktu itu dikenali sebagai British Malaya. Mereka tertarik dengan cerita-cerita bagaimana penjajah Inggeris memberi tanah untuk bertani, membuka kampong baru, toleransi beragama dan adat budaya tempatan, pendidikan gratis dan macam-macam lagi, dimana jauh berbeza dengan corak pemerintahan Belanda.

Kebanyakkan penduduk asal kampong berkumpul di Singapore, dimana lelaki rata-rata bekerja buruh kasar sementara wanita mempunyai pilihan samada bekerja sebagai pembantu rumah, pengasuh anak atau kepada yang lebih 'berani', menjadi perempuan kabaret di gentleman's clubs dengan harapan menjadi 'simpanan' orang kaya, bangsawan atau pembesar Inggeris.

Mak Enab tidak mempunyai paras rupa menarik tetapi dia tahu selera orang putih berbeza dengan lelaki tempatan. Pada pemuda kampong, dia dianggap hodoh tetapi di mata orang putih, dia eksotik. Pengalaman bersama askar-askar Belanda membuatkan Mak Enab tidak fikir panjang untuk meneruskan mata pencarian menjadi objek kepada lelaki-lelaki Inggeris.

Mengambil peluang membina kehidupan lebih baik, Patinggi, Bung Kardi, Mak Enab dan berpuluh-puluh lagi senasib mula meneroka British Malaya dan akhirnya mengambil keputusan membuka kampong petani berdekatan sebuah pekan di pantai barat semenanjung Tanah Melayu. Kerana ramai sudah beranak pinak disamping kesibukan bertani, mereka tiada waktu untuk bersama, di tambah pula anak ramai di rumah sempit. Jadi, Mak Enab menjadi 'penyelesai masalah' kepada banyak rumah tangga. Antara pelanggan Mak Enab termasuklah Bung Kardi sendiri dan Patinggi yang merupakan pelanggan setia. Kata Tok Di, Bung memberitahu abahnya akan ke rumah Mak Enab setiap hari Jumaat apabila matahari petang dah tiba di puncak pokok.

Business is good kata Bung Kardi akan sumber pendapatan Mak Enab. Lelaki tempatan dia layan, mat salleh pun bantai juga. Di kala ramai orang kampong waktu itu tidak pernah langsung melihat kenderaan, kampong mereka sudah biasa melihat motokar dipandu Inggeris keluar masuk. Mak Enab berapa kali beranak entah siapa bapa kepada anak-anak. Kerap menggugur dan melahirkan bersendirian, Mak Enab meluaskan lagi perkhidmatan menjadi bidan, samada menyambut bayi atau pun membunuh.

Banyak versi mengenai Bobot didengari Bung Kardi. Ada mengatakan anak haram Mak Enab dengan Inggeris dan ada kata anak buangan pasangan Inggeris kerana cacat dan sebagainya. Apa yang Bung Kardi masih ingat, Bobot hanya muncul sebagai anak kepada Mak Enab ketika dia sudah remaja. Tak tahu bila lahirnya, tahu-tahu dah ada perempuan tinggi berambut panjang merayau-rayau sekitar kampong.

"Mak Enab itu ada ilmunya" kata Bung Kardi lagi. Dia memberitahu bagaimana kampong didatangi pelawat luar mencari rumah Mak Enab. Dari cerita-cerita orang, Mak Enab menjual janin-janin digugur kepada sesiapa berminat untuk dibuat barang sihir dengan harga tinggi. Bermula menjadi pembekal, terus belajar juga ilmu hitam tersebut. Bung Kardi tahu ada jiran di kampong 'membeli' hantu raya dari Mak Enab untuk jaga dusun buah.

Kejap pelacur, kejap bomoh, Khairul sudah keliru. Sudah lah hari panas berdenting, badan melekit dek peluh.

"Panjang lagi ke citernye Tok?" tanya Khairul kepada pasangan adik-beradik. Dia dah mula bosan, dan rimas nak balek rumah untuk mandi.

"Haa lama dah habes" balas Tok Deng disambut ketawa adiknya. Salam diberi dan Khairul berjanji untuk singgah lagi sebelum pulang ke KL.

Motor dihidupkan dan Khairul keluar dari perkarangan halaman rumah Tok Deng dan Tok Di. Toleh kiri, toleh kanan. Rumah kampong di sebelah kanan, lurus sahaja dalam 5 minit sudah sampai. Kalau ambil sebelah kiri, dia akan pusing satu kampong sebelum sampai ke rumah arwah nenek.

Jam menunjukkan hendak pukul 4 petang, matahari masih tegak di kepala. Khairul ambil keputusan untuk menuju ke kiri, ambil scenic route. Motor BMW putih menyusuri jalan kampong redup dengan pohon-pohon rendang. Azan Asar berkumandang dan Khairul mengemudi motor masuk ke halaman masjid. Ketika menopang motor, dia melihat kawasan persekitaran.

Lebih 50 tahun dahulu, masjid batu tersergam indah itu hanya sebuah surau kayu dan laman dimana Khairul berdiri, tempat pertumpahan darah nyawa-nyawa tidak bersalah. Dia menyertai jemaah seramai tiga saf dan sebagai orang luar, pantas beramah mesra dengan makmum lain. Cerita punya cerita, terkeluar lah pasal Bobot.

Boleh dikatakan jemaah hadir semua dari generasi selepas Perang Dunia Kedua, termasuklah Imam.

"Cuba tanya Aing Karim. Rasanye dia ade mase kampong ni baru buka" kata tok Bilal.

Khairul menggaru kepala. Katanya cuma tiga orang sahaja yang pernah hidup waktu Bobot mengganas, macam mana pula ada ada seorang lagi. Aing Karim, warga kampong tinggal di sebelah masjid. Merupakan seorang posmen pencen, dia menghabiskan hari-hari persaraan sebagai siak masjid. Khairul dijemput singgah ke rumah untuk berborak lebih lanjut.

"Pakcik takdelah hidup zaman tu, tapi lahir masa tu. Bidan tukang sambut pakcik si Mak Enab itu lah" jelas Aing Karim. Khairul balas dengan 'Ooo' panjang dan borak biasa tentang kerja sebagai posmen dan sebagainya. Dia tak menyentuh soal Bobot kerana dia rasa sudah tepu nak dengar cerita lebih kurang sama setiap kali.

"Tadi Khairul nak tau pasal Bobot kan?" tanya Aing Karim tiba-tiba.

"Err tadi tu je pakcik, terlepas cakap je" Khairul cuba tukar topik. Dia sememangnya sudah letih nak dengar cerita Bobot pada hari itu.

"Arwah abah pakcik salah seorang buru dia dulu. Masuk keluar hutan. Golok panjang Bobot tu ade lagi pakcik simpan"

Cawan kopi yang nak dihirup terhenti di tengah-tengah. Mata Khairul tak berkelip. Perlahan dia meletak cawan kaca ke atas piring.

"Saye berminat pulak nak tengok golok Bobot"

"Tunggu sat, pakcik pergi ambil" Aing Karim bangkit dari kerusi rotan dan hilang di sebalik langsir ruang pintu di belakang.

Lansir terselak. Aing Karim muncul di muka pintu. Kedua tangan memegang sesuatu berbalut kain kuning.

(Bersambunt - Bahagian Akhir)
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 6-3-2020 06:38 PM
Kes 2/2019-20 - Bobot (Bahagian V)*Aku lama tak update sebab banyak benda nak diuruskan, biasalah aw ...

Tq damm.... Sabar menunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq dammmm..damn it...so nice
Jgn hilang semangat menulis ya..n kalau ada buku..aku nak beli

Kompilasi semua cerita damm
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Best x sabar nak tau ending kisah si bobot ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2020 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow..bang damm da hapdet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2020 01:35 PM | Show all posts
omg gtu kisahnya Bobot.

x sabar tgu episod akhir..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bobot mcm nk muncul lg jaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2020 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhh puas hati dapat baca sambungan cerita si bobot ni...best!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 11:42 AM | Show all posts
tq Dam... best ... tak sabar nak tunggu episod akhir
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 01:10 PM | Show all posts
ko tetap bermain dengan hati aku Damm... hahahaha... setia menunngu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 01:14 PM | Show all posts
tq Damm...ada lagi sambungan rupanya.

Bobot ni mcm mistik juga ye...kene rejam buluh tak mati2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 10:09 AM | Show all posts
panjang lagi kisah bobot ni..tak sabar tunggu final episod
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2020 01:59 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 10-3-2020 02:18 PM

Kisah 2/2019-20 - Bobot (Bahagian Akhir)

Balutan kuning diletak atas meja kopi. Aing Karim membuka simpulan di bucu kiri, kanan dan kemudian di bahagian tengah. Balutan setebal kain guni di tarik perlahan dan Khairul menunggu dengan penuh saspen gulungan selesai berputar.

Aing Karim menghenti tarikan apabila bentuk parang mula kelihatan di sebalik balutan. Perlahan dia mengurai lipatan terakhir, dan terlihatlah parang lagenda terebut.

Kata Khairul, panjang parang sekitar sedepa orang dewasa lelaki. Berwarna hitam, hanya pisaunya yang tinggal manakala pemegang kayu sudah reput dimakan zaman. Aing Karim merupakan anak kepada Jan Rimau, pembina rumah terkenal di kampong. Bapanya mengetuai salah satu kumpulan memburu Bobot dan menemui kawasan disyaki jadi penginapan oleh Bobot sewaktu dalam pelarian.

Menurut Aing Karim lagi, parang Bobot yang dijumpai terpacak atas tanah, dapat ke arwah bapa kerana tiada siapa berani sentuh. Jan Rimau berkeputusan untuk menyimpan sebagai 'souvenir'. Sepanjang dalam simpanan, tak ada perkara serius pun berlaku dan arwah bapa sendiri menggunakan parang Bobot sebagai salah satu peralatan dalam mata pencariannya sebagai pembina rumah.

Walaubagaimana pun, arwah bapa menukar hulu parang kerana sebab mistik. Parang tidak bersarung itu pada asalnya mempunyai hulu diperbuat dari tanduk kerbau. Dikatakan, Jan Rimau dan abang-abang Aing Karim lebih tua telah beberapa kali menjumpai parang terpacak di dinding atau tiang rumah dengan sendirinya. Jan Rimau juga mengaku terjumpa parang berdiri dengan bucu mata dan terseret pantas menuju ke pintu sebaik dibuka.

Atas nasihat, dia membuang hulu tanduk kerbau dan melakukan 'pembersihan' baru lah boleh diguna seperti biasa. Khairul bertanya kenapa tak dibuang sahaja parang tersebut, Aing Karim mengatakan peralatan pertanian dan pertukangan seperti parang, cangkul dan sebagainya sangat bernilai kerana itulah punca pendapatan kebanyakkan orang Melayu pada awal abad ke-20. Biasanya, peralatan diturunkan dari anak ke bapa dari satu generasi ke generasi baru dan ada orang kampong masih menyimpan parang dan mata cangkul berusia lebih 100 tahun.

Sekali lihat tiada apa menarik tentang parang Bobot. Tetapi bila dilihat dengan membayangkan cerita-cerita Bobot dan mengetahui berapa ramai manusia tidak bersalah kecundang olehnya, Khairul merasa seram sampai dia sendiri menutup kembali dengan kain.

"Apa yang ko rasa tu, aku pun rasa mase awal-awal terima parang ni" jelas Aing Karim, memahami tindakan janggal Khairul. Kata Aing Karim, arwah bapa mengamanahkan kepadanya parang tersebut tanpa sebarang panduan, selain dari menyimpan dengan baik dan tidak menggunakannya sama sekali.

Sebaik parang berhantu dibalut kembali, maka selesailah pencarian Khairul tentang lagenda Bobot. Dia meninggalkan rumah Aing Karim dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah kampong. Motor menyusuri jalan lengang sambil mengelak tahi-tahi lembu yang menghiasi permukaan tar.

Motor berhenti di hadapan papan tanda usang memaklumkan pembinaan empangan tadahan bekalan air. Sebuah jalan berturap kecil membelah hutan tebal menuju ke destinasi dimana sebelum ini dikenali sebagai 'Jeram' oleh warga tempatan.

Walaupun panas-panas terik ketika itu memang syok kalau dapat berendam dalam sungai, di fikiran Khairul teringat kepada cerita Bobot. Kalau ikutkan maklumat-maklumat telah didapati, di hujung jalan kecil ini lah terletak tapak rumah Mak Enab. Sifat ingin tahu meluap-luap tetapi pada masa sama, timbul rasa takut untuk pergi sendiri, dibuatnya jadi apa-apa nanti, sudahlah signal handphone pun tak dapat.

"Nantilah..." Khairul ambil keputusan untuk tidak buat kerja bodoh. Lagipun masih banyak waktu di kampong. Motor dihidupkan dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah arwah nenek.

Lebih kurang dua atau tiga hari sebelum perkahwinan sepupu, Khairul dan semua sepupu lelaki melepak di anjung rumah. Waktu itu semua saudara yang tinggal di luar kampong sudah pulang. Cerita punya cerita, keluar lagi cerita Bobot, dimulakan oleh tidak lain dan bukan, si Khairul. Dia menceritakan pengalaman 'mencari Bobot', aktiviti dilakukan sepanjang dua minggu di kampong disambut hilai tawa sepupu-sepupu lain.

Sekitar pukul 11 malam, separuh dah surrender, masuk tidur. Mereka yang tinggal meneruskan borak-borak macam biasa. Kata Khairul, sepupu-sepupunya yang memang duduk di kampong dah biasa tidur lewat kalau hujung minggu. Salah seorang nak merasa bawa motor besar BMW Khairul dan seorang lagi cadang mereka menghabiskan sesi melepak dengan pusing satu kampong.

Empat motor meninggalkan perkarangan rumah arwah nenek tidak mengendahkan leteran makcik-makcik bengang anak dan anak buah merayau tengah malam tak tentu hala. Kampong pun bukan lah besar mana, tak sampai satu jam dah selesai.

"Bon, stop, stop" Khairul yang membonceng mengarah sepupu untuk berhenti ke tepi jalan. Lampu motor menerangi papan tanda pembinaan empangan.

"Ada berani?" cabar Khairul. Masing-masing berpandangan. Alang-alang dah keluar malam-malam buta...

Lampu motor menyuluh laluan sempit dan semakin jauh ke dalam, semakin meremang bulu tengkok Khairul. Padahal tak ada hujan tetapi kedinginan malam terasa hingga ke tulang.

Mereka tiba di sebuah kawasan lapang. Perjalanan terpaksa diberhentikan kerana terdapat palang melintang, menghalang laluan seterusnya menuju ke empangan. Menurut kata sepupu yang tinggal di kampong, pembinaan empangan tak sempat dimulakan kerana terdapat penyelewengan dan kes mahkamah berpanjangan menyebabkan pembinaan terbengkalai, cuma komplek pejabat pengoperasian sempat dibina.

Khairul mendekati sekumpulan tiang-tiang terpacak terletak berhampiran palang dan mendapati ia merupakan tinggalan rumah. Dia bertanya dalam hati, adakah ini bekas rumah Mak Enab?

Bunyi dentuman mengejutkan Khairul. Di lihat sepupu-sepupu sudah mengalihkan palang besi.

Lebih kurang satu kilometer melepasi palang, deruan air terjun meredam bunyi motor dan akhirnya mereka sampai di penghujung.

Sebuah bangunan terletak di dalam kawasan dilingkari pagar besi berkarat.Di dalamnya terdapat empat ruangan, dan grafiti memenuhi setiap inci dinding. Jauh dari orang ramai, struktur satu tingkat itu dijadikan sarang penagih dadah melepaskan gian. Tilam-tilam dan bantal-bantal lusuh berselerakan di ruang-ruang kecil, berserta alat suntikan dan botol-botol arak. Bau hancing dan hapak menyengat hidung tetapi tidak mematahkan semangat mereka untuk meneroka.

Berbekalkan cahaya lampu handphone masing-masing, keempat-empat sepupu itu berpecah untuk memeriksa setiap bahagian. Khairul dengan anak Mak Ngahnya, si Roni pergi ke bilik paling hujung. Cahaya terang LED dipancar mengelilingi ruang hingga ke siling. Roni melompat keluar dari tandas bilik hampir termuntah. Dengan mata berair, Roni menggeleng kepala mengatakan tak perlu masuk ke bilik air.

Hampir lima minit, salah seorang berteriak memanggil. Kesemua segera menuju ke ruangan kedua dimana Bon dan seorang lagi sepupu Khairul, Zek berada.

Zek menjenjet sikat kutu cina dengan dua jari. Dia mengangkat tangan setinggi boleh sehingga terangkat hujung kaki. Terlekat di jari sikat tersebut adalah rambut panjang yang melebihi tinggi seorang lelaki dewasa. Selesai menunjukkan penemuan itu, segera dilempar sikat ke dinding.

Sepatutnya objek keras seperti sikat pasti akan menghasilkan bunyi padat tetapi apa terjadi sebaliknya. Salah seorang menyuluh ke arah sikat dilempar dan mendapati terdapat tubuh tinggi hampir mencecah siling berdiri tegak di sudut dinding. Rambut panjang lebat mengurai hingga ke buku lali dan Khairul yakin dia dan sepupu lain perasan sepasang tangan 'dihiasi' kuku panjang meruncing seperti berbelas tahun tidak dipotong.

Dalam sepantas kilat, mereka bertempiaran lari keluar, hidupkan motor dan memecut laju meninggalkan Jeram. Khairul dan lain tidak berhenti sehngga tiba di rumah kampong.

Walaupun sudah hampir pukul 1 pagi, masih ada makcik-pakcik tidak tidur, menyiapkan kelengkapan majlis akad nikah. Leteran menyambut kepulangan Khairul dan sepupu-sepupu. Mereka pantas mandi, dan Khairul mengaku mandi wajib kerana tak tahu bagaimana lagi untuk 'membuang' apa-apa badi yang mungkin ikut pulang. Seperti sudah berpakat, tiada siapa berbicara tentang kejadian di Jeram pada hari-hari berikutnya, seolah-olah ia tidak pernah berlaku.

Tiga tahun kemudian.

Khairul bertunang dengan teman wanitanya. Sehari sebelum majlis pertunangan, buat pertama kali dia dan saudara dapat berkumpul sejak perkahwinan sepupu di kampung tiga tahun lepas. Amin, salah seorang dari sepupu terlibat pada malam kejadian memaklumkan bahawa handphone nya terjatuh sewaktu mencicit lari ketika itu. Dia tak peduli pun nak ambil semula dan bila beli handphone baru, dia menerima panggilan dari nombor lama. Bila di block nombor tersebut, akan ada panggilan dari nombor lain pula. Berkali-kali menukar handphone dan nombor baru tidak menyelesaikan masalah dan akhirnya Amin tidak lagi menggunakan handphone sudah masuk tahun kedua. Sekiranya memerlukan, dia akan menggunakan handphone isteri.

Khairul mendapat idea. Dia mempunyai satu handphone sudah tak dipakai dan membeli sim prepaid. Kemudian dia 'menghadiahkan' kepada Amin dan diminta untuk menganggap seperti mendapat handphone baru. Sebaik sahaja Amin menghidupkan handphone, satu panggilan dari nombor tidak dikenali diterima. Mereka berpandangan antara satu sama lain, dan perlahan mengangkat panggilan sambil speaker di aktifkan.

"Hello..." kata Khairul.

Tiada balasan tetapi mereka tahu panggilan tersebut bertuan kerana boleh mendengar bunyi angin dan desiran daun ditiup angin.

Dan juga bunyi orang bernafas.

"Hello...Bobot..." kali ini Khairul menguji teorinya.

Paparan skrin menunjukkan hampir seminit mereka mendengar bunyi orang bernafas dan desiran angin.

Tiba-tiba...

"Aku nak balek..." suara persis wanita muda keluar dari corong telefon.

Apa terlompat mereka semua dan panggilan ditamatkan. Ketakutan terpancar di wajah masing-masing dan Khairul segera mematikan handphone, mencabut sim card dan kemudian membuang semuanya ke dalam tong sampah besar berdekatan.

"Okeylah, enough lah pasal Bobot ni" kata Khairul, menutup tirai obsesinya terhadap Bobot.

Tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh..Bobot masih hidup...ker jelmaan Bobot.
Terbaik Damm, thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Waduhhhhh....debar2 mujur khairul n the geng selamat
Rasanya tu bukan bobot dah kot....atau bobot ada pendamping..

Tq dam...terbaikkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2020 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aii hidup lagi bobot..dekat 100 tahun la umo dia..or more than that..nak balik mana bobot..mak ko pun dah xde..
Ada bnda bobot ni waris kot..thats y xmati2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 12:07 PM | Show all posts
bila dicari-cari, diseru-seru...mmg rasa nak balik lah si bobot
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 03:22 PM | Show all posts
kata bomoh siam Kamarul dalam citer hantu k limah..dia ingat kita kalau kita ingat dia..obses ngan BObot
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 03:48 PM | Show all posts
best sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.190434 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list