CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4702|Reply: 13

[SBS] Absolute Boyfriend - Yeo Jin Goo, Minah, Hong Jong Hyun

[Copy link]
Post time 2-4-2019 11:19 AM | Show all posts |Read mode

>>> kmania.info

Dua drama baru lakonan Yeo Jin Goo ini akan menemui penonton pada Mei dan penghujung tahun 2019   



Yeo Jin Goo mungkin bakal mencatatkan sejarah sebagai artis Korea pertama mempunyai tiga drama bersiri untuk slot mingguan dalam setahun. Ia bermula dengan tvN Crowned Clown yang disiarkan pada awal tahun hari itu, disusuli dengan dua drama yang akan menemui penonton berselang-seli pada Mei dan penghujung tahun 2019 nanti.

Hal ini kerana drama lakonannya yang tertangguh sebelum ini iaitu Absolute Boyfriend sudah ditentukan jadual tayangannya di cenel SBS pada bulan hadapan sebagai gantian kepada SBS Big Issue. Setelah sekian lama pihak produksi yang memerapkan drama ini, mereka mengesahkannya sebentar tadi, “Drama ini tak terlalu berat jalan ceritanya, malah penuh dengan kegembiraan. ‘Absolute Boyfriend’ akan ,menyergah layar emas pada Mei 2019.”

‘Absolute Boyfriend’ diadaptasikan daripada siri manga Jepun yang popular oleh Watase Yuu dengan tajuk yang sama, berkisarkan  tentang robot (android) bernama ‘Night Tenjo’ yang telah diprogramkan untuk menjadi sorang kekasih yang sempurna. Riiko Izawa ialah seorang wanita yang begitu teringin untuk memiliki teman lelaki, dan dia akhirnya memiliki robot tersebut yang dikenali sebagai Night Tenjo. Bagaimanapun, ianya bakal mewujudkan situasi percintaan tiga segi apabila seorang lelaki dipejabat Riiko juga menaruh perasaan terhadapnya. Minah akan memegang watak sebagai seorang jurusolek  kesan khas Uhm Da Da, yang mana sebelum ini pernah ditawarkan  kepada Song Ji Hyo. Yeo Jin Goo pula akan membawakan watak Young Goo, sebuah robot yang direka untuk menjadi teman lelaki yang sempurna bagi seorang wanita. Hong Jong Hyun berkemungkinan besar akan memegang watak  seorang pelakon popular Ma Wang Jun, di mana watak ini pernah ditawarkan kepada Chun Jung Myung sebelum ini.


Dalam masa yang sama, Yeo Jin Goo turut akan membintangi drama tulisan penulis skrip lagenda, adik-beradik Hong untuk terbitan cenel tvN, ‘Hotel Del Luna’ yang dirancang untuk tayangan pada penghujung tahun 2019 ini bersama Lee JI Eun (IU). Beliau akan membawa watak sebagai pengurus hotel berhantu ‘Hotel del Luna’ di mana pelbagai makhluk halus mendiaminya termasuklah ‘puteri bunian’ yang akan dilakonkan oleh Lee Ji Eun (IU).


>>> kmania.info





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm zentai kareshi eh..bf robot beli online..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2019 11:46 AM | Show all posts
kaoru44 replied at 2-4-2019 11:43 AM
Mcm zentai kareshi eh..bf robot beli online..

yup same. mmg drama ni adaptasi jepun yg tu.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 10:54 AM | Show all posts
oemmgiiiii. suke gila drama ni. dh layan yg japan. dh baca manga dia. x sabar nk tgk yg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 11:58 AM | Show all posts
adik angkat iols belakon laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 11:59 AM | Show all posts
edit double post
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2019 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Omg best drama ni. Kelakar betul robot tu. Ada 40 espiode semuanya. Setiap episode bersiaran  35 minit. Hope tak sedih sgt la mcm drama jepun tu. Tp kehidpuan heroin tu sangat la lonely wlaupun dulu ada bf.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde sapa yg tgk ke drama ni. Muka robot tu sgt la flawless
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2019 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by masnona at 27-6-2019 01:23 PM

  
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by masnona at 27-6-2019 01:26 PM

  
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 03:36 PM | Show all posts
masnona replied at 2-6-2019 08:34 AM
Xde sapa yg tgk ke drama ni. Muka robot tu sgt la flawless

ahahaha..siannya mas uols sorang2 meroyan kat benang ni ek..iols mmg looking fwd sgt nak tgk drama ni sbb hadek YJG ni blakon...kulit si YJG ni mmg nmpk flawless kan..last wiken iols ada sedut dah epi 1 tapi raya ni mmg taksempat tgk langsung bz smpi ke sudah..btw best ke cite ni smpi ke ending? ke belom smpi ending lagi drama ni? maaf la iols mmg ketinggalan ketapi sgt2 ni...tgh2 usha2 sini sana tak tahu nak layan drama ape lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mimiekiut replied at 2-7-2019 03:36 PM
ahahaha..siannya mas uols sorang2 meroyan kat benang ni ek..iols mmg looking fwd sgt nak tgk drama ...

Iols stuck dkt episode 27, sbb nak fokus tgk angel last mission:love. Haha....
Tgk ig minah dan YJG ni xupdate sgt pasal drama ni. Tambah2 rating drama ni xbrapa ok dkt korea nun. Mybe sbb drama ni dh lama shooting. YJG pun asyk promot hotel del luna je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 12:44 PM | Show all posts
masnona replied at 2-7-2019 03:50 PM
Iols stuck dkt episode 27, sbb nak fokus tgk angel last mission:love. Haha....
Tgk ig minah dan  ...

yeahaaaaa...
akhirnya i'm back setelah hibernate selama berbulan2 drpd menonton kdrama

disbbkan adik angkt iols yg belakon ni maka iols gigih jugak marathon cite ni..now @ episod 9/18..jln cite romcomm yg light2 saje..sesuai tgk santai2 je..xde memeningkan kepala iols la..ahahaha..


lakonan YJG pun besha2 je sbb cite romcom kan..watak jadi robot lak tu..kena la nmpk stiff wpun character very the loving..mmg takleh challenge lakonan heols dlm cite Clowned Crown dulu la..harap cepat setel cite ni sbb pas ni nak tgk hotel del luna plak..ehehehe

btw, i hope ending cite ni Da Da couple balik ngan bf lama dia tu..

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 10:07 AM | Show all posts
fuhhh dah lama giler tak tgk kdrama secara marathon..akhirnya bjaya gak tgk sampai epi 15.rasa nak tepu pun ada..tapi episod toward ending ni meleret sikit lak rasanya..geram pun ada gak kt da da yg tergila2kan pakwe robot tu..apa2 pun iols akan gigih jugak layan smpi abis sbb ni first drama yg iols layan setakat ni..hope habis hari ni so leh layan hotel del luna lak pas ni..baru best nak lepas umah sebelah nnti..ahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.226342 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list