CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Misteri orang hilang

  [Copy link]
Post time 6-4-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Circa 1999 mcmtu ada sorang kenalan acik hilang dlm hutan jugak
Masa tu dia pengarah jab perhilitan bahagian hilir perak. Namanya en. Mokhtar
Baik org nye. Byk bantu acik and team utk projek2 kami yg melibatkan hutan rekreasi belah hilir perak
Org jumpa mayat dia kat hutan belum after 2days ke mcmtu la. Perut terburai. Kena sodok dgn seladang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 6-4-2019 02:33 PM
Circa 1999 mcmtu ada sorang kenalan acik hilang dlm hutan jugak
Masa tu dia pengarah jab perhilitan ...

Allahuakbar.. Kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2004..jurutera petronas..nama tak ingat samada hisyam@ehsan..kitaorang just panggil dia abg san.. Hilang masa masuk hutan dengan geng2 dia dekat hutan pulau keldon area gua musang tak silap saya..sampai sekarang tak jumpa2..tak tau status.. Msa kejadia tu mak sedara saya sebelah rumah memang jaga anak dia yang masa tu umur 2 tahun.. Wife dia cikgu sekolah tengah pregnant..lama gak usaha cari dia.. Then, ada ustaz cakap jin yang sorok dia tu nak tukar dengan anak dalam perut wife dia..memang tak la kn.. Kesian sangat dengan wife dia..tertekan..lepas setahun kemudian wife dia mintak tukar mengajar sekolah kat kampung dia.. Terus lost contact dengan wife dia.. Sekarang anak sulung dia da form 5..tapi kami dah tak tau keadaan wife and anak2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 6-4-2019 02:33 PM
Circa 1999 mcmtu ada sorang kenalan acik hilang dlm hutan jugak
Masa tu dia pengarah jab perhilitan ...

Allahu.. Sedihnya.. Tapi at least kematian dia kita tau.. Berbanding dengan yang hilang sampai sekarang tak jumpa2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak share satu kisah seram kelakar yg terjadi tahun 2015 dulu. Kalau ada sape2 yg ingat lagi.

SIRI MISTERI: Villa Nabila gemparkan negara

KEJADIAN misteri yang melanda Villa Nabila di Johor Bahru, Johor pada November 2013, cuma sekitar tiga hari tetapi tempoh sesingkat itu menyebabkan ramai penduduk termasuk pihak berkuasa gempar.

Ia dikatakan berlaku lewat malam Sabtu, 16 November 2013 apabila sekumpulan 30 remaja berpeleseran pada malam minggu memutuskan memasuki banglo usang di Jalan Skudai itu.

Sebelum ini, reputasi Villa Nabila sebagai lokasi berhantu sering disebarkan, malah terkenal sehingga peringkat antarabangsa apabila portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikan banglo usang itu sebagai antara lokasi menyeramkan di Malaysia.

Remaja tidak ghaib

Tindakan cekap polis dalam melakukan siasatan terhadap kes misteri berkenaan akhirnya menjumpai remaja lelaki terbabit. Akan tetapi, mangsa bukannya disorok hantu atau sesat di alam ghaib sebaliknya remaja lelaki terbabit hilang dan tidak pulang ke rumah kerana menginap di rumah rakannya di Flet Taman Desa Mutiara di Tebrau.

Mengikut siasatan, remaja lelaki itu bimbang dimarahi ibu kerana pulang lewat lalu mengambil keputusan tidur di rumah kawan. Dia hanya sedar kehilangannya itu menggemparkan ramai pihak apabila polis datang mencarinya di rumah rakan itu.

Terungkainya misteri kehilangan remaja di Villa Nabila pada tahun itu secara tidak langsung memberikan kesimpulan yang amat bermakna kepada semua rakyat Malaysia bahawa tidak semua cerita panas yang disebarkan menerusi laman sosial boleh dipercayai!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
noyurie replied at 7-4-2019 03:53 PM
Tahun 2004..jurutera petronas..nama tak ingat samada hisyam@ehsan..kitaorang just panggil dia abg sa ...

Kesiannya.. gua Musang dekat kawasan yg sama macam Hassan Ayat tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shaz79 replied at 7-4-2019 08:17 PM
Kesiannya.. gua Musang dekat kawasan yg sama macam Hassan Ayat tu ke?

Hassan ayat kat gunung yong yap.. Ni dkt pulau keldong... Dekat gak la ngan kawasan anak orang asli yang hilang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape cerita kes acap ye? Katanya bomba & polis amik alih dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak share satu kisah orang yg hilang secara tiba2 dan agak menggemparkan satu ketika dulu.. tapi pengakhirannya sangat menyedihkan.. semoga roh mereka di cucuri rahmat.

Kematian doktor pakar, polis tolak unsur jenayah
Ahad, 29 Mac 2009

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menolak wujud unsur jenayah berhubung kes kematian dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri di Bukit Tabuh, Ampang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamiluddin berkata hasil laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur juga mendapati tiada kesan kecederaan pada badan kedua-dua mereka yang boleh disabit dengan perbuatan jenayah.

"Tidak ada unsur jenayah walaupun terdapat kesan-kesan lebam pada badan kedua-dua mangsa tetapi itu kesan akibat terjatuh dari lereng bukit. Kami juga tidak menemui sebarang senjata tajam di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Dr Haliza Mohd Shafie, 53, dan Dr Amin Tai Abdullah, 57, mendapati mereka mengalami kecederaan berganda akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira 180 hingga 200 meter.

Amiruddin berkata keduadua mereka mengalami kecederaan teruk di kepala dan leher serta terdapat kesan luka di beberapa bahagian anggota badan yang lain.

"Kami dapati Dr Amin Tai mengalami patah tulang leher. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Semalam, Dr Haliza dan Dr Amin Tai ditemui mati oleh pasukan penyelamat di Bukit Tabuh, Taman Melawati dekat Ampang di sini selepas dilapor hilang sejak Rabu lepas.

Mayat kedua-dua mereka ditemui pada pukul 2.15 petang semalam, kira-kira enam meter antara satu sama lain.

Dr Haliza dan Dr Amin Tai yang gemar mendaki bukit dipercayai ke bukit itu untuk melakukan latihan pendakian sebelum aktiviti sebenar yang dijadual tiga minggu lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 05:23 PM | Show all posts
betul ke viral yg kata  budak ashraf ni dah dijumpai...tapi taknak balik sebab dah menikah dgn jin...
sapa ada info?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 8-4-2019 05:23 PM
betul ke viral yg kata  budak ashraf ni dah dijumpai...tapi taknak balik sebab dah menikah dgn jin.. ...

Difahamkan kehilangannya tdk terlibat dgn perkara mistik. Cuba follow fb Muhammad Mamzah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 11:02 AM | Show all posts
becir replied at 3-4-2019 08:07 AM
Kan kata dia Ni actually convert to another religion, ikut awek dia..yg I ingat Masa bapak dia men ...

tak paham orang hilang dan tukar identiti ni macam mana dorang hidup
yela takda identiti diri sendiri
selama mana nak jadi pelarian

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 04:02 PM | Show all posts
stryder_cats replied at 4-4-2019 09:14 AM
Terus lupa kes Guru Besar ni.. macam mana la keadaan dia sekarang

Masa hilang tu beliau tengah menjalani kemo untuk kanser kan? So mungkin dah tak ada?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 04:11 PM | Show all posts
Ringkasan aje, cnp:
___________________
5 Kes Kehilangan Kanak Kanak Yang Mengejutkan di Malaysia


1. Ting Song Seng

Ini adalah kisah kehilangan seorang kanak kanak yang menggegarkan Malaysia pada tahun 1996, Ting Song Seng yang pada waktu itu berumur 10 tahun dilaporkan hilang semaas menunggu bas di sekolah rendah jenis kebangsaan cina taman rasah klang. Tiada petunjuk untuk mencari keberadaan ting.

Ibu bapanya tidak putus putus di dalam usaha mencari anak mereka termasuklah menyebarkan 50 puluh ribu risalah dan poster. Gerakan besar besaran pihak polis juga diadakan usaha mencari sehingga ke Negara Thailand. Namun begitu Ting tidak dapat ditemui sehingga hari ini, yang kini berumur 31 tahun.

2. Noor Amila Edrus Norsham

Noor Amila Edrus Norsham yang berumur 5 tahun menjadi mangsa dendam suami kepada kakak tirinya hanya akibat hutang. Noor Amila yang pantang mendengar azan di masjid dia akan segera bersiap untuk menunaikan solat secara berjemaah. Namun begitu selepas keluar solat maghrib si sebuah surau yang terletak hanya 20 meter dari rumah ibu tirinya di jinjang dia disahkan hilang.

Seminggu selepas itu kira2 pukul 1230 hari mayat nor amila ditemui berdekatan semak di kampung kemensah hulu kelang. Menyayat hati bila kepalanya hampir terpisah dari badan dan kaki serta tangganya diikat sebelum dibuang dari tebing yang tinggi. Suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

3. Nurul Nadirah Abdullah

Hanya disebabkan oleh dendam peribadi terhadap keluarga, kanak kanak kecil yang menjadi mangsa. Bukti perbuatan dayus dan tidak berhati perut. Nurul nadirah disahkan hilang pada tahun 2012 selepas keluar dari rumah untuk pergi membeli mee segera di kedai runcit yang terletak di bawah rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Apa yang menyanyat hati, Seminggu selepas kehilangannya mayat nurul dijumpai di dalam lubang tapak perumahan terbengkalai di Damai, Masai. Dan ia disahkan sebagai nurul. Suspek yang Berjaya ditahan dikatakan mencekik nurul sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalam lubang dan membakarnya, hanya kerana berdendam dengan neneknya kerana terasa dihina dan dipandang rendah. Suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 2013.

4. Sharlinie Mohd Nashar

Ini adalah sebuah kes yang berlaku pada tahun 2008 bila Sharlinie yang berumur 5 tahun hilang berdekatan dengan Taman Medan, Putera Jaya. Dia telah diculik ketika bermain di taman permainan yang berdekatan bersama kakaknya kira kira 200 meter dari rumah mereka. Tiada siapa yang tahu keberadaan sharlinie, tiada petunjuk yang boleh digunakan untuk menjejaki kanak kanak tersebut.

Apa yang menyanyat hati, kedua ibu bapa sharlinie Mohd Nashar Hussin dan Suraya Ahmad masih berharap yang anak mereka masih hidup sehingga hari ini, dan akan menemui sharini di satu hari nanti.

5. Nurin Jazlin Jazimin

Ini adalah kehilangan yang mengejutkan seluruh Malaysia berlaku pada tahun 2007 dahulu bila Nurin Jazlin Jazimin yang berumur 8 tahun disahkan hilang apabila pergi ke sebuah pasar malam berdekatan dengan rumahnya di seksyen 1, wangsa maju. Ramai yang cuba membantu mengesan keberadaan Nurin termasuklah media, orang ramai dan juga NGO.

Apa yang menakutkan, misteri kehilangan nurin terjawab bila mayatnya dijumpai di dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di sebuah kedai di jalan PJS 1, Taman Petaling Jaya Utama oleh seorang lelaki. Walaupun terdapat rakaman CCTV tentang kejadian itu namun begitu lelaki tersebut masih tidak dapat dikenalpasti. Kisah ini sebenarnya ngeri untuk diceritakan secara terperinci, cukuplah sekadar maklumat untuk dijadikan pengajaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 04:56 PM | Show all posts
Tq mak nora.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 3-4-2019 09:18 AM
Late 90s dulu Ada satu minah salleh hilang Kat hutan Kita jugak Kan..Kat pahang kalau xsalah. Budak  ...

Tak der sambungan eh kisah Minah Saleh tu?? Komuniti apa agaknya yg menahan ya? Means sheols masih idup Dan dalam ketakutan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-4-2019 10:07 AM
Teringat member hilang. Jumpa dekat bukit area yg selalu orang cari dia.
Sebagai hamba Allah, bagi ...

Apa maksud uols ,'dia cakap "Aku takut Allah x redha atas perniagaan kami"?? Dia tu siapa???
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 4-4-2019 09:52 AM
Helooo ni tered orang hilang bukan kota hilang
Kang mak nora korang halau acik menceceh kat  ...

Misteri nya. Teringin nk tgk tasik biru tu sendiri. Tp rasa x mampu nk buat jungle trekking & hiking. Dah tua huhuhu.
Candi borubodur kt jogja tu pun company s’pore dh amik alih kan. Thats y entrance fee dia mahal nk mamps (rm100) ok.
Rugi lah klu gomen x take action dgn tmpat2 sejarah kita. Kita kaya kut ngn hutan, bukit & gunung ganang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 09:16 AM | Show all posts
kes orang hilan ni buat aku teringat masa duduk belajar kat mrsm dulu. OT jap. saje nak kongsi. tengah beberapa hari nak spm budak hilang dekat asrama perempuan. cari satu sekolah tetap lah tak jumpa. asrama 3 blok, check setiap bilik tidak lah dijumpai. last2 panggil ustaz azan baca sikit2, ketemu jua di dalam bilik stor kosong  di hujung blok sana. bila tanya katanya dia nampak dan cuba panggil orang yang cari dia dalam bilik tu tapi orang yg cari tu tak nampak. cian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cocokerunch replied at 11-4-2019 08:31 AM
Misteri nya. Teringin nk tgk tasik biru tu sendiri. Tp rasa x mampu nk buat jungle trekking & hiki ...

Pegi la endau rompin tu. Kalau masuk ikut state park entrance, treknya agak landai, byk susuri sungai. Sungai situ banyak area air cetek yg jernih berbatu kerikil
Acik dulu selalu masuk ikut kg peta (kg OA) sbb senang nak upah dorang jadi guide.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.089995 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list