CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2618|Reply: 5

Pergi mendaki di Niu Jilen. Mt Taranaki / Egmont

[Copy link]
Post time 3-4-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mt Taranaki / Mt Egmont.

Assalamualaikum & Hi forummers..
Harap-harap KukuKaka tak tersilap bod.

Hari ni Kukukaka nak share sikit dekat forummer, mungkin ada yang berminat untuk mendaki di New Zealand (atau nama manjanya Niu Jilen). Antara hiking-hiking trek yang famous seperti Tongariro Alpine Crossing, Hooker Valleys, Roy’s Peak & lain-lain lagi.

Hari ni Kukukaka nak berkongsi mengenai trek Mt Taranaki atau nama lainnya Mt Egmont.

Bagi yang berkunjung ke New Zealand & tak terikat dengan masa, boleh singgah ke Mt Taranaki di New Plymouth (North Island).

Pendaki di trek ini tidak seramai seperti di Tongariro Alpine Crossing. Walaupun tidak mendaki, bergambar berlatar belakangkan Mt Taranaki ( time winter ) yang diselaputi salji adalah sangat cantik.

( Fun fact: Mt Taranaki digunakan sebagai backdrop dalam cerita The Last Samurai kerana bentuknya yang sama seperti Mt Fuji di Jepun)

Ada 3 arah untuk mula mendaki iaitu
1.   North Egmont Visitor Centre. (Egmont Rd at Egmont Village)
2.   East (Pembroke Rd at Stratford)
3.   Dawson Falls Visitor Centre (Manaia Rd at Kaponga)

Ada banyak pilihan laluan trail, boleh pilih mengikut keadaan masa, tenaga & kesempatan. Tempoh untuk laluan summit adalah lingkungan 8-10 hours return (kami mengambil masa 11 jam lebih ). Jarak 6.3km one way. Ketinggian 2518m.

Mengikut perbualan dengan orang tempatan yang pernah mendaki melalui kesemua laluan, baginya laluan dari East untuk ke puncak gunung adalah yang paling sukar & perlukan kemahiran teknikal. Memandangkan pengalaman kami tak seberapa, kami naik melalui North. Kukukaka pergi bertiga masa ni. Tapi sejujurnya kami rasakan laluan ini juga agak sukar & tidak sesuai untuk first timer.

Cuaca di NZ adalah sangat unpredictable. Kami terpaksa menangguhkan sehari dari tarikh pendakian untuk menunggu cuaca yang lebih baik selepas dinasihatkan pegawai di i-site.

Seeloknya sehari sebelum pendakian, periksa cuaca untuk persediaan. Boleh pergi / hubungi pihak-pihak ini untuk mendapatkan maklumat semasa & nasihat jika keadaan sesuai atau tidak untuk mendaki.

1. I-site (ada di setiap bandar. Boleh booking shuttle di sini juga kalau perlu)
2. Department Of Conservation (DOC) (Konsep seperti Pejabat Hutan. Urusan2 booking hut juga boleh di sini)
3. Website mountain forecast. (Saya prefer website ini untuk keadaan suhu, cuaca, angin di puncak gunung)
https://www.mountain-forecast.com/peaks/Mount-Egmont-Taranaki/forecasts/2518

Setiap musim & cuaca berlainan juga akan memberikan cabaran berbeza. Musim terbaik adalah summer kerana siang yang lebih panjang. Kami pergi ketika sudah masuk musim Autumn jadi cuaca sudah mulai sejuk & daylight saving off tapi masih sesuai untuk mendaki.

Crampon & ice axe diperlukan untuk summit trail ketika winter & jika puncak gunung diliputi salji. .

( Fun Fact  : Terdapat ais di dalam crater berhampiran puncak gunung sepanjang tahun tanpa mengira musim kerana suhu yang rendah di atas puncak. Pada tarikh kami pergi, suhu dipuncak seingat KukuKaka adalah -5’C. Sejuk oih. Salji turun di New Plymouth 2 minggu selepas kami pergi jadi puncak Mt Taranaki dipenuhi salji walaupun belum musim winter)

( Not so fun fact : Sila extra berhati-hati terutamanya jika mendaki ke puncak ketika bersalji kerana gunung ini dikatakan yang ke-2 deadliest di NZ)

Digalakkan untuk membawa hiking stick, akan sangat membantu ketika menuruni kawasan scree yang seperti tak kesudahan. Kami yang tak bawa hiking stick ni menyesal tak sudah.  Kecuraman 45 degree yang panjang kadang-kadang menyebabkan sedikit perasaan gayat.

Tiada kedai yang menyewakan alatan pendakian di sekitar North Egmont Centre jadi barang-barang perlu disediakan sebelum tiba di sini.

Hari yang kami naik ni agak ramai kerana beberapa hari sebelumnya cuaca buruk & 1 April ketika itu adalah cuti umum  (Easter Holiday) di NZ.

Kalau bernasib baik, dapatlah lihat Mt Tongariro, Mt Ngauruhoe & Mt Ruapehu di kejauhan dari puncak Mt Taranaki. Dalam lagenda Maori pun ada bercerita mengenai kedudukan gunung-gunung ini & lagenda kenapa Mt Taranaki sentiasa terlindung disebalik kabus.

Walaupun view Mt Taranaki ni tidaklah secantik gunung lain, tapi ia tetap memberikan kepuasan tersendiri yang tidak terungkap untuk KukuKaka & kawan-kawan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 10:12 PM | Show all posts
gunung daik bercabang tiga
tiga gunung :
> gunung vokuru
> gunung peYno
> gunung dodolgemuk
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya. Terima kasih share pengalaman. Kuku dah pernah panjat Tongariro ke? It's in my bucket list yang tak kesampaian. Dah sampai ke entrance tapi tak boleh masuk sebab hujan & very low visibility. Masa tu spring. Hampa sungguh. Nak bergambar dari jauh pun tak dapat, langsung tak kelihatan apa pun sebab kabus tutup habis, jalan pun nampak 10 meter ke depan saja
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 02:09 PM | Show all posts
Good info tt. My wishlist cuma nak bergambar berlatar belakangkan Mount Taranaki .
Posing tgh jalan & Taranaki kat belakang. So next trip nak ajak hubby ke north island cover north & west coast plak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2019 06:14 AM | Show all posts
Betul dia macam gunung fuji, tak puas nak pandang.
Saya pernah naik water tower di Hawera, dapat view mount taranaki helokkkk!

Masa di te rewa rewa bridge, mendung. Dari petang semalam tu lagi hujan punya la lebat membawa ke pagi. Nasik dapat tumpang di masjid 😊
Jadi pagi tu xde la view gunung di hujung jambatan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:16 AM | Show all posts
Wow...bestnye...

TQVM for the info... boleh masuk dlm bucket list ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.258865 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list