CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13360|Reply: 40

[Pelbagai] Buku Seloyak Mata Sakit

  [Copy link]
Post time 3-4-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Apakah kaedah yang anda guna pakai untuk menjaga buku-buku anda supaya kelihatan baru atau setidak-tidaknya dalam keadaan baik?

Adakah anda membuat tanda harga? Atau menggunakan hardcovers sebagai pelapik kulit buku anda? Atau sekiranya buku-buku anda dipinjam oleh rakan taulan, mereka haruslah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan anda?

...kongsikan...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols selalu balut buku2 iols ngan pembalut plastik, kertas warna warni, kertas majalah lawa2 untuk jaga ketahanan kulit buku.
Time malas lunyai2 la buku iols. Bak kata org buku lunyai ni betul2 digunakan.
Penah jumpa kawan yg balut betul2 novel beliau, baca pun kena selak cermat, x boleh selak luas2 gitu.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
BALUT BUKU - balut buku dengan kemas menggunakan plastik buku. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak terutamanya di bahagian tepi-tepinya. Ia juga dapat mengelakkan buku kita terutamanya bahagian muka buku daripada terkena debu dan apa sahaja kekotoran. Pemilihan plastik juga amat penting. Pilihlah plastik yang berkualiti dan tahan lama. Plastik yang nipis dan berkualiti rendah mudah koyak dan cepat bertindak balas terhadap haba. Jadi, pilihlah plastik yang tahan lama untuk menjimatkan kos dan masa. Tak perlulah nanti asyik kena tukar plastik saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ELAKKAN BUKU TERDEDAH KEPADA HABA PANAS - Elakkan daripada meletak buku di tepi tingkap atau tempat panas. Ini kerana ia boleh menyebabkan buku melengkung dan permukaannya tidak rata. Kadang-kala permukaan buku juga boleh kelihatan mengelembung dan plastiknya terkeluar. Bukan itu sahaja, buku yang terdedah lama kepada kepanasan juga boleh menyebabkan kertas menjadi kekuningan. Macam buku lama pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
SIMPAN BUKU DI RAK BUKU - Sediakan rak buku untuk menyimpan semua buku-buku anda. Jangan biasakan dengan meletak buku di merata-rata kerana ia boleh menyebabkan buku terlipat dan rosak sekiranya anda lambat menyusunnya. Dengan adanya rak, kita boleh terus menyimpan buku yang baru dibeli. Rak buku bercermin lebih elok kerana ia boleh mengelakkan buku daripada cepat berhabuk dan berdebu. Tapi kalau kurang budget tu, macam saya la... Gunakan rak biasa pun tak apa asalkan kita rajin mengelapnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ATUR BUKU SECARA MENEGAK- Buku seelok-eloknya disusun secara menegak atau dalam erti kata lain secara berdiri. Ini akan memudahkan kita mengambilnya. Kalau ada buku yang terlebih tinggi dan tak muat rak buku kalau nak susun secara berdiri, barulah disusun secara baring. tapi kalau boleh elakkanlah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
LETAK PENGHADANG BUKU - Jangan lupa letak penghadang buku tau sekiranya buku yang disusun belum penuh di rak. Ini sebenarnya untuk mengelakkan buku kita rosak sebab tanpa penghadang ia tidak dapat berdiri dengan baik. Lama-kelamaan buku kita boleh menjadi senget. Kan dah tak elok. Penghadang buku ni ada dijual di kedai buku, ada yang kecil dan ada yang besar. Pilihlah mengikut kesesuaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
SUSUN BUKU MENGIKUT KATEGORI - Sebaik-baiknya, susun buku mengikut kategori masing-masing supaya mudah untuk mencarinya pada masa hadapan. Kalau bilangan buku kita sedikit mungkin ia tak menjadi masalah tapi bayangkan kalau buku kita banyak, pasti susah nak cari satu-satu buku tu kan. Jadi, susunlah sebelum kita kena susun dua tiga kali ;) Kalau nak susun pun boleh ikut kreativiti kita. Macam saya, saya susun buku mengikut kategori. Ada novel kreatif, novel remaja, novel kanak-kanak, bacaan umum, resepi, majalah dan lain-lain lagi. Jadi bila nak cari buku resepi ke, terus pergi ke rak buku resepi saja. Memang mudah kan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
LETAK LABEL PADA BUKU - Label ni maksud saya letak nombor siri pada buku. Ini juga bertujuan untuk memudahkan kita mencari sesuatu buku itu. Bila dah letak nombor siri tu, buatlah satu senarai buku-buku tersebut menggunakan Ms. Excel dengan memuatkan segala maklumat berkaitan buku tersebut. Contohnya, nombor siri, judul buku, pengarang, penerbit dan sebagainya. Bila nak cari buku, cuma check no siri dan terus pergi ambil di rak yang sepatutnya. Namun harus diingat, bila dah letak label tu... susun pun kena ikut label lah. Then only it will works.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
JANGAN LIPAT BUKU KETIKA MEMBACA - Sesetengah orang suka melipat buku ketika membaca. Ini adalah amalan yang tidak baik untuk buku. Kalau nak baca buku, bukalah betul-betul permukaannya tu. Lagi satu bila berhenti membaca, gunalah penanda buku. Jangan suka lipat mukasurat buku untuk menandanya ataupun meletak sebentar buku dengan membiarkannya terbuka menghadap lantai. Ini juga boleh menyebabkan binding buku menjadi rosak. Silap-silap boleh lekang pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
AWASI SERANGGA PEROSAK - Pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak seperti tikus, lipas, cicak dan anai-anai. Sekiranya rumah kita ada serangga tersebut, pastikan kita sentiasa menjaga rak buku kita dengan mengelapnya setiap hari. Kalau terlebih rajin, lap buku-buku kita satu-persatu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
SAYANGI BUKU KITA - Ini adalah tips yang amat penting. Sayangi buku anda... bila dah sayang pasti kita akan menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Sumber : drauna gallery

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you bagi tacanggg
Lagi semangat iols

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
thank you tag

iols kedekut k buku2 iols..hanya orang yang betul2 rapat je boleh pinjam buku iols dengan beberapa syarat

- jangan sekali2 kelepet muka surat, guna bookmark yang iols sedia kan
- jangan conteng (even masa stadi dulu jangan nak pandai2 conteng..hanya tuan buku dibenarkan
- jangan bukak buku luas2

buku2 memang sentiasa letak di rak buku tapi heran ye, iola tak suka balut buku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2019 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 3-4-2019 09:54 PM
thank you tag

iols kedekut k buku2 iols..hanya orang yang betul2 rapat je boleh pinjam b ...

wah pantang larang kalah orang pakai susuk.seram nak pinjam buku meg, takut jadi mendiang nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua yg Tt senaraikan tu iols dah buat...once in a while iols akan terbalikkan buku tu juga.klu dah lama kepala kat atas,then kaki pula kat atas .Bila baca mmg iols buka sikit je,taknak selak besar sgt.
Cuma satu je,iols letak dekat rak buku terbuka.ye la,bukan dlm aircond mcm kat library.masalahnya bhgn atas bawah yg tdedah tu kertas dia jadi kuning pula...Sedihnya.dah jadi satu hal pula iols tpaksa balut hbs....klu nak baca terpaksa buka balik selotape tepi tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
DandelionW replied at 4-4-2019 08:01 AM
Semua yg Tt senaraikan tu iols dah buat...once in a while iols akan terbalikkan buku tu juga.klu dah ...

yellow stain tu standard.lagi satu jangan kepilkan surat khabar atau orang kampung saya panggil news paper dalam buku, sebab surat khabar tu keasidan dan karbon dia tinggi boleh mencacatkan helaian buku.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts


I used everything but a real bookmark. Kalau bookmark tu tercicir, satu hal pula nak cari balik. Dah ler buat sendiri, laminate sendiri. Sayang bookmark, dan buku

Pantang kalau orang baca tanpa kebenaran. Nak pinjam, minta. Kita bukan jenis kedekut hapahhh nak bagi pinjam, tapi ada rules and conditions pula, orang pun malas nak pinjam dan conteng, saya conteng boleh. Kalau orang lain, saya akan cari sampai jumpa sape yang conteng, anak buah ke adik ke, kawan ke. Siap sedia dengar bebelan

Paling senang jadi mangsa


Memang jaga betul2

Rak buku malas nak beli dah. Most of the books are sitting in the boxes prettily. Senang bila ada apa2, angkat kotak terus

Buku paperback, hardcover tahan lasak, terendam dalam air seminggu pun ada rupa buku lagi. Bila nak baca, buka cover luar tu, tinggal hardcover je. In case kulit luar tu ada graphic 18PG ke, senang nak selindung


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 3-4-2019 09:38 PM
SUSUN BUKU MENGIKUT KATEGORI - Sebaik-baiknya, susun buku mengikut kategori masing-masing supaya mud ...

Haha yang ni iols buat. Iols susun buku-buku ikut authors last name. Kengkonon cam kat bookstore la. Sebab dah ada mini library kat master bedroom so nak tanak kena susun gak in some kind of arrangement.

Dulu masa buku tak banyak, rajin balut satu-satu dengan book cover plastic tu. Skang dah banyak gitu, iols tak wrap dah.

But yes, iols pun kedekut nak pinjamkan my books to other people. Sayanggggg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
JANGAN TINGGALKAN PENANDA BUKU DI DALAM BUKU TERLALU LAMA

Menggunakan penanda buku sudah tentunya perlu terutamanya jika anda membaca buku yang tebal. Tetapi jika anda tinggalkan penanda buku di dalam buku terlalu lama, ia sudah tentu akan meninggalkan kesan atau tanda pada kertas dan bentuk buku tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.653450 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list