|
Edited by Yanz0000 at 3-4-2019 11:33 PM
Hii harini kita buka kaunter ketuk2 kuali ok. Siapa suka ayam penyet? Haa boleh masak sendiri je uolsss. Disarankan buat waktu free je sebab rumit tk rumit juga tp sedap hokehhh. Complete resepi iols share dkt sini.
Resepi Ayam Penyet
Ayam sekor atau 8 ketul
Air (agak2 tenggelam ayam tu semua)
Garam 2 sudu teh
Serbuk ketumbar 1 sudu teh
Serbuk jintan manis 1 sudu teh *optional
Serbuk jintan putih 1 sudu teh *optional
Serbuk kunyit 1 sudu teh
5 biji buah keras
Bawang sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia seinci
Cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras dan halia sampai halus
2. Air dalam periuk yg berisi ayam didihkan dan letak semua bahan kisar tadi
3. Letak garam, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit
4. Biar sampai ayam masak. Matikan api.
5. Biarkan dalam periuk satu jam atau lebih untuk biar air tadi meresap ke dalam ayam (air ayam ni jgn dibuang ye banyak kegunaan dia)
Sementara tu kita boleh sediakan tempe dan tauhu
Tempe 1pkt
Tauhu 1pkt
Cara :
1. Potong tempe dan tauhu
2. Masukkan tempe dan tauhu kedalam periuk ayam tadi dan biarkan satu jam atau lebih
Resepi tepung krup krap ayam penyet
2 cawan tepung ubi
Gula garam secukup rasa
Telur 1 biji
Air rebusan ayam
Cara goreng ayam, tauhu dan tempe:
1. Setelah sebati 1 jam lebih tu, toskan ayam, tauhu dan tempe. Letak tepi
2. Campurkan tepung ubi, telur gula dan garam (hati2 ya sebab air rebusan ayam dah masin)
3. Campurkan air rebusan ayam. Agak2 cair sikit jgn terlalu pekat.
4. Rendam ayam, tauhu, tempe kedalam air tepung tadi.
5. Goreng hingga masak rangup.
6. Untuk krup krap tu, lebihan air tepung tu tapiskan guna penapis atau renjis2 je dlm minyak panas tu. Angkat bila warna bertukar coklat. Tutup api.
Resepi sambal ayam penyet
Bawang besar sebiji
Bawang putih 2 biji
Cili merah 4 biji
Cili padi merah 4 biji
Belacan 1 inci bakar dulu
Gula merah sedikit
Garam gula secukup rasa
Ikan bilis separuh genggam
Tomato 2 biji
Limau nipis sebiji
Cara :
1. Goreng dulu bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, tomato, belacan, ikan bilis
2. Setelah masak, tumbuk atau blend bahan tersebut
3. Kemudian masak lagi sekali setelah minyak panas.
4. Masukkan garam, gula, air limau nipis secukup rasa. Tutup api
5. Siap!
Resepi nasi ayam penyet
(selalu nasi putih tp kalau nak kelainan, boleh cuba)
Cara:
1. Nasi sukat mcm biasa, cuma air campur sedikit dengan air rebusan ayam tadi.
Sup tadi pun boleh digunakan sebagai sup sampingan ya! Sedap sgt
Wallah dah siap!
Selamat mencuba ye!!
P/s : gambar tempe tauhu tu masa tgh rendam dlm air rebusan ayam dan gambar ayam tu adalah ayam yg telah direbus dan ditoskan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|